f o r t e e n

191 28 0
                                    

"Haru, saya nak singgah supermarket dulu sebelum balik," Taehyung tiba2 bersuara. Haru mengangguk. Mereka pun menuju ke pasaraya di pekan.

"Waaahh, banyaknya barang kat sini!" ujar Haru teruja. Taehyung menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila ramai orang memandang mereka pelik.

"Err..ah ha'ah..ha..ha..kat kampung takda barang banyak macam ni ke?" Taehyung pura2 menyoal agar orang ramai mengalihkan perhatian dari mereka berdua atau lebih tepat, Haru.

"Emm..mana saya tahu?" jawab Haru. Taehyung mengeluh. Dia hanya memandang Taehyung yang nampak pelik.

"Kenapa?" soal Haru lagi. "Takda apalah. Jom pergi sana," Taehyung terus menarik Haru untuk pergi dari situ dan mencari tempat yang kurang orang.

"Awak ni, cakap tu slow slow lah," kata Taehyung. Haru menunduk. "Maaf.."

Taehyung pun membelek barang yang perlu dibelinya. Dia nak beli barang yang Jisu suka.

"Taehyung~~~" Haru tiba2 berbisik di telinganya membuat dia terkejut.

"Yah, awak ni dah kenapa?" soal Taehyung pelik dengan Haru yang tiba2 berbisik.

"Awak kan suruh saya cakap slow slow~" bisik Haru lagi. Taehyung menepuk kepalanya.

"Ye tapi bukan berbisik macam ni~" kalini Taehyung pula berbisik di telinga Haru dan menjentik dahi Haru.

"Ouch. Sakitlah awak ni," Haru mencebik dan suaranya kembali normal. "Heh," Taehyung ketawa kecil. Seronok kenakan Haru.

"So, macam mana dengan kawan baru?" soal Taehyung. Kalini mereka dalam perjalanan pulang dari supermarket.

Haru terus rasa gelabah bila ditanya Taehyung.

"Umm..ah..da-dalam proses.," ujar Haru dengan sengihannya. Padahal jantungnya tengah berdegup kencang takut kena marah dengan Taehyung.

Taehyung mengusap kepala Haru secara tiba2. Haru terkelip2.
Eh?

"Takpelah. Slow slow ok? Saya tahu awak mesti boleh buat ramai kawan," ujar Taehyung. Haru mendongak memandang Taehyung. Mereka berhenti dan memandang antara satu sama lain. Taehyung menantikan respon Haru pula.

"Saya akan buat kawan! Saya janji!" Haru terus memegang kedua belah tangan Taehyung dengan wajahnya yang semangat semacam.
Taehyung? Tahan gelak woi tahannnn.

"O-okay." Taehyung berdehem seketika sebab tahan gelak.  Haru melepaskan tangan Taehyung dan mereka akhirnya berjalan hingga sampai ke rumah.

+++

"Awak buat apa tu, Soyeon?" soal Haru apabila melihat Soyeon ralit menulis sesuatu di dalam sebuah buku.

"Saya tengah tulis diari..." jawab Soyeon yang masih khusyuk dengan diarinya.

"Diari??" soal Haru lagi. Curious.

"Yup."

"Nak tengokkk," ujar Haru lalu mendepakan kedua tangannya.
Soyeon terus menyorokkan di belakangnya.

"Tak boleh,"

Haru mencebik. "Kenapa pula?"

"Diari ni...kita tulis apa yang kita rasa dan takda siapa yang boleh tahu. Ianya rahsia antara Soyeon dan diari ni sahaja," ujar Soyeon.

"Maksud Soyeon?"

"Emm. Ok contoh kalau Haru takda sesiapa nak luahkan perasaan, Haru boleh tulis kat buku ni dan jadikan diari. Tapi takda sapa boleh baca kecuali Haru sorang," ujar Soyeon lagi.

"Oo. Taehyung..ada diari ke?" soal Haru.

"Emm. Dia kata, Haru lah diari dia," ujar Soyeon. Haru terdiam sambil berfikir.

Aku?

"Tapi Haru bukannya buku!"

Soyeon menepuk dahi.

"Maksudnya..Taehyung hanya luahkan kat kak Haru je dan takda siapa yang boleh tahulah. So kak Haru kena simpan rahsia Taehyung oppa lah," ujar Soyeon.

"Oo...Boleh ek? Kalau camtu, Haru pun nak diari jugaklah."

"Awak nak diari?" soal Soyeon. Haru mengangguk laju.

"Kalau camtu...nah. Ni buku lebih Soyeon. Saya takut diari saya habis jadi saya beli lebih," Soyeon menghulurkan sebuah buku diari yang berwarna ungu. Haru mengambilnya.

"Habis tu camne kalau diari Soyeon habis nanti?" soal Haru.

"Takpelah. Nanti saya beli lah lagi." ujar Soyeon dengan senyuman.

Haru terus memegang kedua belah tangan Soyeon.
"Terima kasih Soyeon!" ucapnya dengan ceria sekali.

Dia memandang buku diari itu lalu tersengih sendiri.

"Oh ya. Haru dah dapat kawan ke?" soal Soyeon tiba2. Senyuman Haru mati.

"Dah kot..."

"Aik? Asal kot plak?" soal Soyeon hairan.

"Kawan tu camne eh?"

Soyeon menepuk dahinya lagi.

"Kawan tu...ermm..ha orang yang kita mula bercakap dengan dia. Tulah kawan," ujar Soyeon. Dia menyambung kembali menulis diari.

"Ooo, kalau camtu, Haru dah ada kawan dah!" ujar Haru gembira. Tak tahu pula itu definisi 'kawan'.

"Yeke? Siapa?" soal Soyeon.

"Ada tiga..sorang yang Haru tegur dalam kelas pagi tadi. Tapi tak tahu namanya.."

"aikk? Camne boleh tak tahu nama?" soal Soyeon pelik.

"Sebab..Entahlah. Haru try cakap dengan dia, dia balas pendek je lepastu dia cakap dengan kawan2 dia.?"

"Hmmph. Dia ignore Haru ke? Tak baik betul. Ok lah lagi dua orang? Sama jugak ke?" soal Soyeon lagi ingin tahu.

"Lagi dua orang diorang tegur Haru. Sorang Jen, sorang lagi Sunji. Dorang sangat baik. Ah, dorang ada nak kenalkan lagi sorang kawan diorang yang sama kelas dengan Haru tauu. Esok mungkin kawan diorang tu datang," ujar Haru dengan senyumannya. Dia menongkat dagu. Tak sabar nak buat kawan lagi.

"Wahh. Bagusnya. Kalau orang macam tu, Soyeon sokong kak Haru nak berkawan." kata Soyeon.

"Hihi. Oh ya Soyeon. Boleh ke kalau Haru nak cerita pasal hari ni dalam diari Haru?" soal Haru lagi.

"Hahah. Boleh laa. Haru boleh tulis pape je dalam diari. Pasal harini, esok, kelmarin semua boleh." balas Soyeon. Dia gembira tengok Haru yang makin mengenali dunia.

"Ok lah. Haru nak tulis jugaklah," Haru mula membuka buku diari barunya itu dan mencoretkan apa yang dia alami hari ini. Dia tidak mahu melupakan memorinya sepanjang menjadi manusia.

+don't forget to vote and comment+

[OG] Teddy bear | k.t.h Where stories live. Discover now