"Haru,"
satu suara memanggil namanya. Dia terus mengangkat kepala memandang suara yang datang dari hadapan.
Seorang gadis berambut pendek paras bahu datang ke arah mejanya. Jungkook menoleh memandang gadis itu berjalan ke arah Haru.
"Ya saya? A-awak siapa?" soal Haru hairan kerana dia tak pernah nampak gadis itu sebelum ini.
Gadis itu bermuka ketat sahaja. Dia berdiri di hadapan Haru dan wajah dirapatkan. Beg juga masih di sandangnya.
Baru sampai sekolah agaknya."Saya Nana. Selamat berkenalan," ucap gadis itu sambil senyuman diukir di bibir. Haru blur pada mulanya tapi dia tetap membalas senyuman gadis itu. Nana terus melabuhkan punggung di meja sebelah Haru.
"Macam mana awak tahu nama saya?" soal Haru lagi.
Mungkin ke...
"Jen dan Sunji yang bagitahu. Mulai hari ni, kita akan jadi kawan, nae?" ujar Nana sambil menghulurkan tangannya. Senyuman Nana juga..manis. Dia nampak macam seorang yang ceria.
Haru mencapainya. "Nae!"
Akhirnya, dia dapat buat kawan yang sekelas dengannya.
+++
"Oh ya, dah berapa lama awak kat sekolah ni?" soal Nana. Kini mereka berdua sedang menikmati lunch di bangku di bawah pokok.
Haru membuat gaya berfikir.
"Masuk hari ni...dah tiga hari," jawab Haru.
"Ohh yeke? Sorry lah ye. Kelas tu, memang kebanyakannya dah ada geng masing2. Sampai saya pun macam awak juga," ujar Nana. Gadis itu memandang ke langit.
"Um, saya tahu. Jen dan Sunji yang bagitahu saya semalam. Tapi..saya gembira awak ada dengan saya hari ni dan jadi kawan saya," ujar Haru ikhlas. Nana memandangnya.
"Ahhh! Awak ni comel betulla!" Nana terus memeluk Haru ketat2. "Saya terharu!!" katanya lagi.
"Hai, Nana,"
Nana dan Haru menoleh.
"Jen!! Sunji!!" Nana terus bangun dan memeluk kedua kawannya itu. Haru tersenyum.
"Wahh, bukan main borak tak ajak," ujar Jen. "Mana ada. Meh join kitorang rehat," ajak Nana.
"Kau tak ajak pun kitorang akan join," balas Sunji. Haru tersenyum lagi.
Jungkook memandang dari atas.
"Woho kau tengok sape tu?" tiba2 Yugyeom bersuara. Dia turut melihat apa yang ditengok Jungkook dari tadi.
"Eo, kau tengok Haru ke?" soal Yugyeom. "Mana2," Mingyu turut melihat keluar tingkap.
"Nampaknya Haru takdalah sunyi lagi kan lepasni?" ujar Yugyeom. Jungkook memandang Yugyeom.
"Baguslah," balasnya kepada Yugyeom.
Jungkook memandang semula Haru dan kawan-kawannya.
Dia tersenyum.
+++
"Esok Valentines guysss!!!"

YOU ARE READING
[OG] Teddy bear | k.t.h
FanfikceApabila sebuah teddy bear bertukar menjadi seorang yeoja/perempuan. +vote & comment guys+ mengarut tak mengarut haha xD [ start : 30/12/2016 ]