Part 11
Perlahan-lahan Alice membuka matanya.Pandangannya masih kabur tapi dia yakin ada seseorang di hadapan matanya.
" Alice?" Suara lelaki itu jelas kedengaran.Pandangan Alice semakin jelas dan mendapati itu Orion.Sebaik saja Alice sedar sepenuhnya.Dia teringat tentang bangkai tikus tersebut lalu terus bangun dan memeluk Orion dengan ketakutan.
" Orion...tadi..tadi ada..." Ujarnya dalam ketakutan.Orion mengusap rambut Alice.
" Shhhh...tak apa...aku ada kat sini." Ujar Orion cuba menenangkan Alice.
" Alice, awak ok tak ni?" Soal Victoria dengan bimbang.Alice tidak sedar kehadiran Victoria dan terus melepaskan Orion.Mukanya merah dan cuak.Victoria menyedari dan hanya tersengih.
" Tahniah ye, Master Orion." Ujarnya lagi.
" Alice...kenapa kau pengsan?Kau bukan penakut sangat pun masa ni." Soal Kiwi yang turut ada di situ.
" Ah, Kiwi?" Alice baru tersedar Kiwi berada di situ.Dia cuba mengingati semula tentang hal tadi.Tiba-tiba bayangan percikkan darah yang banyak di atas tanah bersalji muncul semula.
" Aku dah ingat.Aku...ternampak banyak darah di atas tanah yang bersalji macam darah tikus yang ada dalam kotak tu.Kesan kelar dari kaca tu...kesan tu..." Alice mula rasa tertekan.Ingatan apa lagi yang kembali di fikirannya? Kesan kelar itu seperti pernah dia lihat di leher manusia.
" Leher manusia! Kesan tu...sama macam...saya tak ingat lagi!" Ujar Alice lagi, lebih tertekan.Orion terus memeluk.Dia tak tahu apa yang Alice cuba katakan tapi nampaknya Alice tak kuat lagi.Kiwi terdiam mendengar kata-kata Alice.Dia betul-betul terkejut.Victoria semakin keliru melihat keadaan Alice.
" Alice, jangan paksa diri kau lagi.Aku pergi dulu.Master Orion, jaga Alice elok-elok." Pesan Kiwi dan terus beredar.Riak wajahnya lain macam.Tiba-tiba Furyumi Sensei muncul dengan membawa piring kecil berisi dua biji panadol dan segelas air kosong.
" Awak dah sedar, Fuyuki-san? Makan ubat ni ye." Ujar Furyumi sensei dengan perhatian.Alice cuba bawa bertenang dan menelan dua biji panadol tadi.
" Sekarang, awak rehat.Awak cuma terlampau takut tadi.Bertenang ye." pesan Furyumi sensei lalu beredar dari situ.Alice mengangguk lalu tersenyum tawar.
" Victoria, pergi balik kelas.Aku jaga Alice.Tolong beritahu guru kelas aku." Ujar Orion pada Victoria.Victoria mengangguk faham dan turut beredar.Tinggal Alice dan Orion di dalam bilik itu.
" Akhirnya, tinggal kita berdua." Ujar Orion lalu tersenyum nakal pada Alice.
" Uh? Jangan nak mengarut! " Ujar Alice, panik dan mukanya merah.Orion melihat gelagat Alice lalu tergelak.Alice hanya memandang Orion dengan kesal.
" Kau yang fikir bukan-bukan.Dah lah, aku gurau je." Ujar Orion cuba menghilangkan rasa bengang Alice.Alice termenung seketika.Memori apa yang dia ingat tadi? Nampak macam memori buruk.
Selepas waktu rehat, Alice kembali ke kelas.Walaupun Orion tidak benarkan, Alice tetap berdegil.Dah banyak kali dia skip kelas.Alice duduk di tempatnya.Victoria memandang Alice di sebelahnya sambil menongkat dagu.
" Awak dah ok ke?" Soalnya.
" Yup!" Jawab Alice dengan bertenaga.
" Mesti Master Orion kiss awak sampai awak bersemangat macam ni." Ujar Victoria dengan selamba.
" Mana ada!" Dengan segera Alice menafikannya.Victoria hanya tertawa kecil melihat gelagat Alice.Pada mulanya, Alice tak sedar apa-apa tapi dia baru perasan.Semua orang sedang memandangnya dan berbisik sesama sendiri.Entah kenapa hari ini, cikgu masuk lambat.Pelajar pun ambil kesempatanlah.Alice hanya hairan, kenapa mereka bergosip lagi.
YOU ARE READING
Alice in Master's heart *Malay
RomanceManga novel! Kisah tentang Alice yg pindah ke sekolah baru atas tawaran pengetua sekolah itu tetapi macam mana pengetua itu boleh mengenalinya.Dia hanya gadis biasa berumur 16 tahun yang kehilangan kedua orang tuanya tetapi dia langsung tidak boleh...