Alice in Master's heart Part 14

2.9K 137 4
                                    

Part 14

             Eve berjalan menuju ke arah Orion lalu meletakkan kedua tangannya di atas meja.Badannya dibongkokkan ke hadapan agar wajahnya merapati wajah Orion.Sejujurnya, Eve seorang gadis yang cantik berambut kuning dan diikat gaya 'pony tail''.Matanya berwarna kuning keemasan yang menawan memandang Orion.

" Orion-kun, saya kesunyian tanpa awak.Jadi, jangan terperap dalam bilik ni dengan kawan nerd awak dan...." Eve menoleh ke arah Alice.

" Manusia lemah ni." Dia menghabiskan ayatnya.Alice merenung Eve lalu terus berdiri.

" Maaf, bilik ni cuma untuk ahli persatuan pelajar.Bukan tempat main-main." Dengan beraninya, dia bertegas pada Eve.Semua memandang Alice dengan terkejut.

" Dan saya tak lemah." Alice bersuara lagi.Eve tersenyum pada Alice.

" Jangan menolak takdir.Manusia memang menyedihkan..." Ujarnya sambil tersenyum sinis dan terus beredar dari situ.Setelah Eve menutup semula pintu bilik itu, Alice hanya berdiri kaku lalu meneguk air liurnya.

" Macam mana ni? Aku rasa nak nangis.Natsu, tolong jangan biarkan aku menangis!!" Jerit hatinya.Bibirnya digigit menahan tangisan.Orion menyedarinya lalu mendekati Alice.

" Tak apa." Ujarnya sambil tersenyum ikhlas.Alice memandang Orion lalu setitik demi setitik air mata mengalir.Orion memeluk Alice untuk menenangkannya.

" Eh~?" Serentak semua bersuara kerana terkejut melihat Alice menangis.

" Biarlah Ohime-sama nak mengadu pada puteranya." Ujar Orion pada semua dengan pandangan mata yang lembut.Alice mengelap air matanya lalu melepaskan diri dari pelukan Orion.

" Siapa mengadu? Saya okey." Ujarnya dengan riak wajah yang serius.

" Eh~?!" Lagilah semua orang jadi pelik.Orion tersenyum bangga.

" Cuma aku je faham Alice." Ujarnya dengan selamba.

" Kalau awak nangis pasal Eve tu.Awak jangan layan dia sangat.Dia tu yang lemah, nak rampas pakwe orang." Kata semangat dari Victoria.Alice hanya memandang Victoria.

" Fuyu, senyumlah! Kau ni egolah!" Bisik hatinya.Lama dia memandang Victoria dengan serius.

" Saya okey." Tapi mulutnya berkata dengan dingin.Victoria terpaksa terima kata-kata itu dengan hati terbuka sebab biasanya Alice akan tersenyum kalau dia bagi kata semangat.Alice membaca teks dari skrin komputer riba semula.

" Manusia lemah? Aku tak lemahlah! Sama ada aku Fuyu atau Natsu.Dua-dua tak pernah lemah!" Kata hatinya penuh semangat.Tiba-tiba dia rasa nak menangis lagi.

" Mungkin Fuyu lemah sikit..." Kata hatinya lagi.Rai memandang riak wajah Alice yang seperti nak menangis.

" Awak betul-betul ok ni, Alice?" Soalnya.Alice kembali serius.

" Ye, baik awak study je." Jawabnya dengan dingin.Semakin lama, semakin dia mendekati sifat Fuyu Alice yang jujur, tegas dan pendiam itu.Rai terdiam.Orion hanya memandang Rai.

            Orion berjalan keluar dari kelasnya.Matanya meliar memandang sekeliling.Tiba-tiba Alice muncul disebelahnya.

" Orion...kun." Tegurnya dengan wajah selamba.Orion menoleh pada Alice.

" Eh, sepatutnya aku yang datang kelas kau." Ujarnya pada Alice tetapi matanya kembali meliar melihat sekeliling seperti mencari sesuatu.

" Master Orion, cari siapa?" Soal Alice.

Alice in Master's heart *MalayWhere stories live. Discover now