Part 17
Alice sedang berdiri di luar rumah Kiwi.Hari ini ialah hari di mana Leo mengajak dia keluar.Alice memakai baju longgar lengan panjang yang tebal berwarna merah jambu dan skirt hitam berserta kasut but hitam.Matanya memandang ke arah jalan raya menunggu kedatangan Leo.Tidak lama kemudian, Leo muncul dengan menunggang sebuah motorsikal.Alice terdiam.
" Ohayo, Alice....emm..chan." Tegur Leo selepas membuka helmetnya.
" Ohayo, Leo senpai." Jawab Alice lalu meneguk air liurnya.Leo memerhati Alice dari bawah hingga atas.
" Kawaii..." Pujinya lalu tersenyum sedikit.Alice terdiam seketika.Pertama kali dia dapat melihat senyuman Leo tetapi dia kembali pada sifat asalnya.
" Leo senpai, saya tak ada masa nak buang masa.Cepatlah, awak nak ke mana?" Soalnya dengan dingin.
" Ye.Cepatlah naik." Ujar Leo sambil menepuk-nepuk tempat duduk di belakangnya.Alice memandang sahaja.
" Kata nak cepat." Desak Leo lagi.Alice mengangguk lalu mendekati motorsikal tersebut dan menunggangnya.Leo juga menyerahkan helmet untuk dipakai Alice.Alice memakainya dengan kemas.
" Awak jangan risau.Awak bukan orang pertama yang naik motor ni." Ujar Leo sebaik saja Alice selesai memakai helmet.
" Saya tak cakap apa-apa pun!" Marah Alice.Leo hanya mendiamkan diri lalu menghidupkan enjin semula.Mereka pun mula bertolak ke destinasi yang tak pasti.
" Hari ni, aku keluar dengan Leo senpai.Rasa macam aku dah curang pada Orion tapi aku dah putus pun...Apa yang aku harap ni? Aku harap aku masih ada hubungan dengan dia ke?" Bisik hati Alice sepanjang berada di atas motorsikal bersama Leo.Rambutnya berterbangan dibawa angin yang kuat.
Motorsikal Leo berhenti dihadapan sekolah.Alice mula berasa hairan.Pergi ke sekolah pada pagi Ahad dan lepas ujian pula tu.
" Kenapa kita pergi sekolah ni?" Soal Alice sambil membuka helmetnya.Leo menoleh pada Alice.
" Cepatlah turun.Kita kena pergi ke pertandingan Kendo hari ni." Ujarnya.Alice pun turun dari motorsikal tersebut.
" Kendo?Victoria ke?" Soal hatinya.Leo turut menanggalkan helmetnya dan turun dari motorsikalnya.Mereka bersama ke bangunan tahun 1, tingkat 2 iaitu Dewan sukan.Rupanya ada pertandingan Kendo di sekolah mereka pada hari ini.Victoria terkenal kerana kehebatannya dalam Kendo dan ketegasannya tapi dia seorang yang ceria dan baik hati.Dia juga terpilih menjadi ketua bahagian disiplin kerana itu.Dia nampak macam senang nak bertoleransi tapi berbahaya.Dia juga seorang gadis yang sangat cantik.
" Haisshhh...kita lambatlah.." Keluh Leo tapi ekspresi muka dia sama je.Dia bukan je pendiam tapi hati dia kosong!Alice memandang Victoria yang sedang meneguk air mineral pada waktu rehat sebelum pusingan kedua.Cantik.Itu tanggapan pertama Alice apabila melihat Victoria berpakaian seragam Kendo yang lengkap bersama pedang Katana yang diperbuat dari kayu di tangan kirinya.
" Hoi, Alice,Leo senpai!" Tegur Royal yang tiba-tiba muncul di sebelah kanan Alice dengan ceria.Di belakangnya ada Rai dan juga kembar playboy sekolah itu.
" Alice, senyumlah." Pinta Dark sambil tersenyum lebar.
" Buat kerja awak sendiri." Balas Alice dengan dingin.Dia memang tak boleh senyum! Dark cuma berasa tertikam dengan kata-kata Alice.
" Alice-chan, awak dengan Leo? Kenapa tak dengan Master Orion?" Soal Rai tiba-tiba.Semua memandang Rai dengan cemas.Alice hanya tunduk dengan aura yang suram.
" Hei..hei..Rai-kun, kau tak tau ke yang Master Orion dengan Alice dah putus? Tu lah, belajar je..." Bisik Light pada Rai.Rai amat terkejut lalu memandang Alice.Mata Alice menunjukkan kesedihannya.
YOU ARE READING
Alice in Master's heart *Malay
RomanceManga novel! Kisah tentang Alice yg pindah ke sekolah baru atas tawaran pengetua sekolah itu tetapi macam mana pengetua itu boleh mengenalinya.Dia hanya gadis biasa berumur 16 tahun yang kehilangan kedua orang tuanya tetapi dia langsung tidak boleh...