Pada malam itu, mereka berdua duduk di dalam bilik masing2. Masing2 melayan perasaan sendiri. Raihana masih lagi terasa dengan perbuatan Rayyan terhadap dirinya. Dia tunggu Rayyan memujuknya seperti biasa. Kaki dia baru sahaja dibalut oleh mamanya sebentar tadi.Sedang Raihana mengelamun, tiba2 telefon bimbitnya berbunyi.
"Eh..ni nombor siapa pula ni?"kata Raihana di dalam hati. Dia lantas menjawab panggilan tersebut.
"Hello.. Rai lambatnya nak angkat fon."kata pemanggil di sebelah sana.
"Hello ni siapa?"tanya Raihana. "Rai.. ni saya la Ariff."kata Ariff. "Oh.. Ariff saya ingatkam siapa tadi. Maafla saya lupa nak save nombor awak tadi. Ada apa awak call saya malam2 ni?"tanya Raihana.
"Hmm.. takde pape. Saje je call awak malam2 ni. Awak busy ke?"tanya Ariff.
"Takla.. saya tak busy pun." "Rai.. esok kita keluar nak?"tanya Ariff. "Keluar? Nak pergi mana?"
"Kita pergi Sunway Piramid nak?"ajak Ariff.
"Hmm..boleh juga. Esok awak jemput saya ye. Okla.. saya nak tidur dah ni. Good night. Sweet dreams."kata Raihana sambil tersenyum.
"Good night. Sweet dreams too.."balas Ariff sebelum menamatkan panggilan.
*****
"Baby..jom kita keluar nak."ajak Rayyan ketika Raihana melintas dihadapannya. Dia langsung tidak perasan Raihana jalan terhincut-hincut."Tak nak. Baby dah janji dengan kawan baby nak keluar dengan die."jawab Raihana acuh tak acuh
. "Ala.. baby cancel kan la.. jom la keluar dengan abang."ajak Rayyan lagi.
"Baby kata baby tak nak kan. Abang ni tak faham ke? Abang pergila keluar dengan perempuan tak malu tu. Dia kan lagi penting dari baby ni sampai sanggup biar je baby ni sakit sorang2."marah Raihana.
Rayyan terkejut apabila mendengar Raihana memarahinya. Selama ini tidak pernah sekalipun Raihana meninggikan suara padanya.
"Baby.. baby ni dah kenapa? Tiba2 nak marah pulak ni?"marah Rayyan.
"Baby ni dah kenapa? Abang tu yang dah kenapa. Abang langsung tak pedulikan baby ni lagi kan. Semalam abang langsung tak pujuk baby. Dah la abang baby malas dah nak gaduh dengan abang buat sakit hati baby je."kata Raihana. Dia terus keluar dari rumah itu untuk menunggu Ariff.
"Baby.. abang minta maaf ok. Abang tak sengaja buat macam tu semalam. Abang bukannya sengaja tak nak layan baby, tapi abang nak cuba tackle Bella semalam."kata Rayyan jujur.
"See.. sebab kan abang nak tackle perempuan tu abang buat tak peduli dengan baby ni. Baby nak tanya ni, baby ni siapa dengan abang hah? Abang tak pernah macam ni selama kita hidup 23 tahun. Tapi bila perempuan tu datang, abang terus berubah."kata Raihana sedih.
"Baby.. takkan sebab benda ni je baby nak marah2 abang. Ok abang tahu abang salah tapi tak payah la sampai macam ni. Bukannya besar sangat pun kesalahan abang."bela Rayyan.
"Oh., tak besar pun kesalahan abang. Ok la kalau macam tu, tak payah la minta maaf. Dah la kawan baby dah sampai tu."kata Raihana dan terus masuk ke dalam kereta Ariff apabila Ariff memberhentikan keretanya di hadapan rumah Raihana.
*****
"Awak..kita nak pergi mana ni?"tanya Raihana kepada Ariff. Ketika itu mereka sedang melalui satu jalan yang agak sunyi."Saya nak bawak awak ke satu tempat yang sangat istimewa. Awak tunggu je la. Tak lama lagi nanti kita sampai la ke tempat tu."jawab Ariff.
"Oo.. ok. Awak tadi saya bergaduh lagi dengan abang saya."ujar Raihana.
"Awak bergaduh apa dengan abang awak?"tanya Ariff.
"Tadi die ajak saya keluar, pastu saya cakap la saya dah janji dengan awak, pastu die tak puas hati. Die suruh saya cancel kan keluar dengan awak. Saya cakap la tak nak. Lagipun saya masih marahkan die lagi pasal hal semalam. Yela siapa tak geram bila die buat macam tak ade pape je yang berlaku. Awak tau tak die kate semlam die tak sengaja buat macam tu sebab die nak tackle minah gedik tu. Iee..geramnya saya."adu Raihana panjang lebar.
"Dah habis dah?"tanya Ariff sambil tergelak kecil
"Yang awak gelak ni kenapa? Saya serius la."marah Raihana.
"Hehe..takdela, comel la bila awak cerita dengan penuh perasaan macam tu. Siap biat muka lagi."jawab Ariff.
"Ish..awak ni jangan la puji saya waktu saya tengah marah. Nanti saya malu la."kata Raihana sambil tersenyum malu.
"Eleh.. mengada. Malu2 pulak dah.. ala awak tak payah la nak malu2 dengan saya. Tapi awak memang comel pun."puji Ariff lagi. Ketawanya makin kuat apabila muka Raihana semakin memerah.
"Ish..awak ni dah la. Malu la saya kalau awak asyik cakap macam tu."marah Raihana lagi.
Setelah hampir 40 minit mereka berada di dalam kereta, akhirnya mereka telah sampai ke destinasi yang telah dituju.
"Subhanallah.. awak cantiknya tempat ni."kata Raihana teruja apabila turun daripada kereta.
"Macam mana awak boleh jumpa tempat ni?"tanya Raihana. Mata dia masih lagi todak lepas dari pemandangan di tepi lereng bukit itu. Dari situ dia dapat melihat seluruh pemandangan di Kuala Lumpur.
"Cantik kan? Sebenarnya saya secara tak sengaja jumpa tempat ni. Haritu saya baru gaduh dengan ibu dan ayah saya. Pastu saya nak tenangkan diri saya bawak la kereta ni. Tiba2 bila saya sedar saya dah ada kat tempat ni. Kalau awak pergi sini waktu malam lagi cantik. Tapi kalau awak nak pergi sini awak kena la berteman tau awak jangan pergi sorang2 bahaya."kata Ariff panjang lebar.
"Ok.. baik la."jawab Raihana.
*****
"Hai awak.. jom la kita pergi."kata Bella.Ketika itu dia pelik apabila melihat Rayyan tercegat di depan pintu pagar. "Awak..awak ok ke tak ni? Awak pandang apa tu?"tanya Bella.
"Hmm.. saya ok.. takdela tadi saya tengok adik saya keluar dengan kawan die. Baru je die pergi tadi."kata Rayyan jujur. Dia masih lagi terkejut dengan tindakan Raihana yang hanya pergi meninggalkan die tanpa memperkenalkan kawannya yang berada di dalam kereta tadi.
"Oh.. kalau macam tu tak dapat la saya nak kenal dengan adik awak. Tapi tak ape la.. jom la kita keluar sekarang."ajak Bella.
"Hah.. nak keluar?? sekarang ni?"tanya Rayyan.
"Yela.. semalam kan kita dah janji nak keluar harini."jawab Bella.
"Maafla Bella. Saya lupa la yang kita dah janji nak keluar harini. Lain kali jela kita keluar boleh?"tanya Rayyan. Dia langsung tiada perasaan untuk pergi keluar berjalan-jalan dengan Bella. Hatinya masih tertanya-tanya lagi dengan lelaki yang keluar bersama Raihana sebentar tadi.
"Ala..tapi awak dah janji nak keluar dwngan saya harini. Saya dah bersiap cantik2 dah ni untuk keluar dengan awak. Jomla.."pujuk Bella.
"Saya malas la nak keluar harini Bella. Lagipun saya nak tunggu Raihana balik ni."kata Rayyan malas. Dia ingin tunggu Raihana pulang untuk menyelesaikan masalah mereka.
"Please..jomla sekejap pun takpe."kata Bella sambil menarik-narik tangan Rayyan.
"I said no Bella! Awak ni tak faham bahasa ke? Saya dah cakap kan yang saya taknak keluar hari ni. Adik saya pun tak pernah paksa2 saya keluar awak tahu tak. And please behave yourself. Jangan nak sesuka hati je pegang2 saya."marah Rayyan. Hatinya sakit apabila Bella asyik memujuk dirinya. Dia jadi rimas.
"Ok fine.. saya minta maaf. Tapi tak payahla nak marah."kata Bella dan terus masuk kedalam keretanya.
"Tak guna kau Rayyan. Kau tengking aku.. takpe2 kau tunggu jela nasib kau nanti. Aku takkan lepaskan kau senang2. Kau tunggu jela aku kikis duit kau sikit2. Haha.."kata Bella ketika berada di dalam kereta.
hai saya harap korang semua suka dengan cerita ni..
Please vote and comment...
YOU ARE READING
Twin Love
RandomRaihana-seorang gadis yang tersangat manja dengan abang kembarnya Rayyan. Rayyan-seorang lelaki yang sanggup berkorban apa sahaja demi adik kembarnya Raihana. Tetapi.. Semuanya berubah setalah satu kejadian berlaku.. saya just suka-suka je menulis...