Surat Untuk Tuhan

72 5 2
                                    

Dengan nama Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih...

Kau telah lengkapi aku dengan keperluanku meski ada kehendak-kehendak yang belum dipehuhi. Cuma, kali ini Kau kabulkanlah kesemua permintaan dia, Kau sejahterakanlah jalannya dalam mencari-Mu, Kau permudahkanlah suasananya yang terlihat kelabu, dan Kau jauhkanlah aku darinya jika Kau merasakan tiada kebaikan andai aku berterusan datang dan enggan pulang bila bersinggah di sisinya.

Tuhan, aku akan terusan tamak meminta. Kerana aku tahu Kau Maha Kaya malahan Maha Pemurah.

Namun, apakah sudah cukup beriman aku kepada-Mu untuk merasakan sesungguhnya Kau adalah Tuhan?

Jika belum, barangkali tak selayaknya aku mencoret warkah ini.

Hamba yang hina.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 24, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

#TulisSurat5HariWhere stories live. Discover now