Surat Untuk Masa Depan

270 5 0
                                    

Kamu akan mengerti atas dasar apa Tuhan mengirimkan ujian-ujian buat aku yang hidup dan sedang mengalami masa ini. Aku memahami ini setelah masa lalu mengkhabarkan berita-berita buruk dan kemudiannya Waktu menjelaskan tentang apa, kenapa, bila, siapa dan bagaimana.

Kamu yang mungkin hidup di masa depan, simpanlah kenangan sebagai rujukan untuk menentukan arah haluanmu; meski yang gelap kerana itu yang mengasuhmu menjadi dewasa dan menumbuh dengan akal yang lebih geliga.

Tuhan tak akan mensia-siakan usaha hamba-Nya dan teruskanlah percaya. Tahniah kerana jika kamu kuat dan masih cuba berbahagia dengan serba tiada.

:)

#TulisSurat5HariWhere stories live. Discover now