#1-Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa Binti Raja Ahmad Irham

449 32 33
                                    

Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa Binti Raja Ahmad Irham. Itulah namanya. Kalau dah namanya sepanjang dan seindah itu, pastilah bukannya datang dari kampung. Ya, Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa (kan lebih afdhal panggil nama penuh..haa...) sedang berada di dalam rumahnya yang sungguh besar dan mewah, di tengah kotaraya metropolitan Kuala Lumpur.


     
Pagi ini terasa sungguh nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Angin itu masuk melalui tingkap biliknya yang sedikit terbuka. Alhamdulillah, setakat ini tiada penyangak mencuri masuk bilik anak dara ini walaupun rumahnya terletak di KL. Kedengaran bunyi burung berkicau riang, yang kemudiannya terus hilang sebaik sahaja jari Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa menyentuh phone dan slide ke kanan (bunyi alarm la tu..mana nak cari burung berkicau pagi-pagi kat tengah KL?).


     
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa mula menggeliat dan menenyeh matanya dengan begitu ayu, menampakkan efek bersinar-sinar daripada Windows Movie Maker cetak rompak (save budget macam student). Menyerlahkan kecantikannya walaupun baru saja bangun pagi, namun seperti sudah bermake-up tebal Kim Kardashian. Rambutnya beralun lembut hasil tiupan angin dan bersinar licin seakan-akan iklan shampu Pantene. Tiupan angin yang semakin kuat daripada tingkap biliknya tidak dapat mencacat-celakan kesempurnaan rambutnya walaupun angin Cyclone Katrina tahap 9 melanda. Inilah natural beauty Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa.


     
Haippp...jangan salah sangka! Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa bukan seperti gadis-gadis dalam drama senja. Ya, dia bangun subuh tadi tapi swan dive semula dengan anggunnya ke katil sebaik saja siap berdoa selepas solat. Ini kali kedua dia bangun. Maklumlah, cuaca sekarang ni kan sejuk. Sedap tido.


     
Raja Arriyana Merlisa Mervina bangun dari katil dan mencapai tualanya yang berwarna hot pink, dibawanya ke bilik air. Perlahan-lahan butang baju tidurnya dibuka satu-persatu menampakkan ................................. yang .........................................................................................................................................................................................................................


 
(penulis terpaksa censored adegan ini kerana ini bukanlah novel 18sx. Mohon kecewa. Penulis tidak mahu menjadi batak dengan publish cerita sebegitu untuk mendapatkan banyak reader, vote dan follower. Dan penulis sedia maklum, ia adalah sangat annoying apabila melihat ayat-ayat seperti 'Jangan lupa vote! Kalau tak vote I tak nak update!... Bersambung di babak seterusnya.)


 
"Mak Nab!" tangan Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa melingkar di pinggang Mak Nab dari arah belakang. Mak Nab yang sedang mencuci sayur di singki tersentak.


 
"Puan muda Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa, janganlah buat Mak Nab macam ni.." Mak Nab yang sudah fasih menyebut nama penuh anak majikannya itu meminta simpati apabila terasa tangan Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa semakin lama semakin naik ke bahagian atas badannya. Dagu Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa pula sudah terletak dibahu Mak Nab. Dapat didengar bunyi nafas Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa di telinga Mak Nab. Hns..hns..


 
"Shhh..jangan bising Mak Nab..nanti mama dengar." Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa bersuara separuh berbisik. Satu jarinya diletakkan di atas bibir Mak Nab.


 
"Arriyana sayaaangg..lamanya basuh tangan. Marilah teman mama makan!" Kedengaran suara mama melaung dari ruang makan.


 
"Nanti kita sambung lagi ye, Mak Nab..wangi Mak Nab hari ni." Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa berlalu ke ruang makan sambil menyanyi kecil. Mak Nab berkali-kali mengucap syukur sekali bersujud kerana terselamat lagi hari ini.


 
"Cantiknya anak mama hari ni..nak keluar ke?"


 
"Takde la mama..pagi-pagi ni nak pergi mana je?"


 
"Arriyana, cer tengok jam dekat dinding tu sayang." Dengan penuh lembut mama memberi arahan.


     
Arriyana berpaling ke sebelah kanan, ke arah letaknya jam dinding. Pukul 1.30PM. Ohh..dah tengah hari rupanya. Mungkin hari ini mendung, itu yang tak perasan. Entah berapa kalilah dia snooze alarm tadi. Ehh..kejap. Agaknya dia solat subuh tadi tu betul-betul subuh ke bukan? Ahh..kira halal la...


 
"Hiks.." Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa buat gaya manja. Nasib baik hari ni Ahad, tak kerja. Kalau tidak..mahu kena pelangkung dengan papanya, Raja Ahmad Irham. Syarikat main juta-juta, mana boleh sambil lewa.


     
Raja Ahmad Irham Bin Datuk Raja Ahmad Iskandar Zulkarnain Shahbandar adalah CEO dan founder syarikat Berjaya Usaha Enterprise Sendirian Berhad Group. Berjaya Usaha Enterprise Sendirian Berhad Group adalah company paling terbesar di Malaysia, jenis businessnya tidak tahu asalkan buat untung besar berlipat kali ganda sejak ditubuhkan oleh moyang Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa, iaitu Datuk Professor Madya Raja Ahmad Zainuddin Zulkifli Anwar Taufeek.

Cintaku Sepanjang NamamuWhere stories live. Discover now