#2-Najib Bin Ihsan

226 19 29
                                    

Haippp..bukan Najib yang tu. Ini Najib yang lain. Najib yang berpekerti mulia tapi bukan tahap ustaz. Namun, cukup baik yang bukan ditahap akan mencuri RM 2.6 billion. Apatah lagi Najib ini tidak makan kangkung oleh sebab alahannya. Dia hanyalah seorang Najib yang sangat minat melukis, menghasilkan seni dan menolong manusia serta haiwan. Ya, Najib adalah seorang lelaki hensem yang datang dari ceruk kampung. Mungkin itulah sebabnya orang kampung tidak memandang remeh terhadap hobi dan hasil seninya kerana rupanya yang seiras Mario Maurer. Kehensemannya itu mungkin terhasil daripada percampuran bangsa ayahnya (Melayu) dan ibunya (Siam). Novel melayu, watak-watak utama mestilah hensem dan lawa..ye dop? Kalau muka setakat macam tapak kasut terseret..sapa nak buat cerita? Tak selera nak membaca.




 
Subuh ini dia dikejutkan dengan Ouro yang tak henti-henti mengunyah ibu jari kaki Najib. Najib bangun dan memetik suis lampu. Najib memerhatikan ibu jari kaki kanannya yang dikunyah Ouro tadi. Hilang sudah cagu dan kematu di ibu jari kakinya itu.




 
"Thanks Ouro my baby.." Najib mengenyitkan mata kepada Ouro. Ouro pengsan sekejap oleh sebab terkena panahan kehenseman Najib.




 
Ouro kalau dalam bahasa Portugis maksudnya emas. Tapi Ouro yang kini sedang berbaring di hujung katil itu bukanlah berwarna emas atau oren atau kuning atau yang sama spesies dengannya. Ouro hanyalah kucing kampung yang berwarna hitam legam sehitam gelapnya malam dengan matanya berwarna hijau sehijau pucuk muda. Bukan pucuk muda yang itu (jangan google)..ini pucuk pokok la. Najib menamakan kucingnya Ouro hanyalah sebab terpengaruh dengan novel yang pernah dipinjamnya, iaitu Tundukkan Playboy Itu. Sukati dia la.




 
Setelah selesai solat Subuh, Najib turun ke dapur dan duduk di salah sebuah kerusi satu set dengan meja makan. Ibunya yang sedang sibuk menyediakan bahan untuk memasak sarapan dipandangnya.




 
"Haih..duduk je? Dah tu tak reti-reti nak tolong? Mentekedarah nak, tolongnye tak nak!" Ibunya, Saiya Sukhaporn sudah mula bising.




 
"Maafkan Najib, mae (mak dalam bahasa Siam)..Najib salah. Meh Najib tolong mae. Mae duduk jelah ye." Najib bertutur dengan penuh sopan dan tertib kepada ibunya sebelum perlahan-lahan mengendong ibunya ke meja makan. Sejuk berais perut ibu mengandung kalau melihatkan perlakuan Najib.




 
Ibunya kini sudah duduk di kerusi tempat Najib duduk tadi dan memandang Najib yang sedang mengasap parang dengan kemenyan sebelum digunakan untuk memotong ayam dan sayur-sayuran. Kemudian diperahnya pula limau ke atas parang panjang itu. Jampi-jampi serapah penghalang masakan jadi tak sedap tidak lupa dibaca oleh Najib. Ayahnya yang baru saja pulang dari masjid duduk bersebelahan ibunya, juga memerhatikan Najib yang kini sedang bersilat pula di dapur. Ini adalah perlu bagi menghalang anasir-anasir jahat dari mengganggu fokusnya semasa proses memasak yang akan berlangsung hanya beberapa minit saja lagi.




 
Dan pada pagi yang indah itu mereka bertiga selamat bersarapan nasi lemak berlaukkan sambal sotong, ayam goreng lengkuas, telur mata kerbau, udang masak kunyit dan tidak lupa timun hiris sebagai sumber vitamin. Inilah rutin Najib setiap pagi sejak umurnya menginjak 13 tahun. Mungkin sebab itulah agaknya ibunya sudah lupa cara-cara memasak dan selalu acah-acah marah kepada Najib kerana tidak menolongnya di dapur. Kalau Najib tak tolong, alamatnya tidak berasaplah dapur mereka saban hari dan waktunya. Tapi kalau Najib nak salahkan ibunya tak boleh juga. Ibunya telah banyak hilang ingatan akibat kepalanya dihempap buah kelapa yang tiba-tiba jatuh ketika ibunya sedang enak bergosip panas dengan jirannya, Mak Bedah. Itulah bahananya bergosip.




 
"Najib.." Suara lunak ibunya kedengaran.




 
"Ye mae.." Dan suara penuh kelelakian dari Najib pula kedengaran.




 
"Mae ada benda nak bincang dengan kamu lepas ni."



Cintaku Sepanjang NamamuWhere stories live. Discover now