#3-Rosmah Germaine

175 16 15
                                    


"Siapa Rosmah Germaine, mae?" Najib mula gelabah biawak. Lidahnya sekali-sekala terjelir-jelir. Walaupun begitu wajahnya tetap tampak hensem.




 
"Rosmah Germaine, gadis cantik berumur 23 tahun adalah anak ketiga kepada Zelig Adalbert, seorang businessman berjaya yang berasal dari German dan ibunya Shahrina Latif Borgiba, berasal dari kampung kita ini." Ibunya menerangkan seperti membaca sinopsis buku cerita.




 
"Tapi Najib tak kenal dia, mae.Sanggup mae buat Najib macam ni. Najib tak rela." Najib menggeleng. Dia berdiri tetapi kemudiannya jatuh terjelepok dan kelihatan lampu sorot yang entah dari mana datangnya menyuluh dari atas. Bahunya tersengguk-sengguk cuba menahan tangis, namun begitu menitis jua air matanya setitik.




 
"Ibunya Rosmah Germaine datang meminang kau semalam masa kau sibuk meniru painting Van Gogh kat dalam studio kau tu. Katanya dah lama anaknya sukakan kau, sejak zaman tadika lagi tapi kau tu je yang selalu buat tak tahu dengan perasaan Rosmah. Kahwin je la dengan Rosmah tu Najib, harta bapaknya kan banyak. Nanti hidup kau jugak yang senang." Kata ibunya sambil membelek-belek gelang emas yang tersangkut di pergelangan tangan kanannya, hasil pemberian Shahrina Latif Borgiba semalam.




 
Najib bangun secara tiba-tiba, berlari sekuat hati sepenuh tenaga dari dapur dan meluru masuk ke biliknya. Pintu biliknya dikunci dengan dua biji mangga dari dalam.




 
"Mae dah terima pinangannya semalam. Sebulan dari sekarang kau kena bernikah dengan Rosmah Germaine. Mae tak kira!" Ibunya bersuara penuh lantang di sebalik pintu bilik Najib.




 
Najib menghempaskan badannya ke atas katil dan menangis semahunya setelah mendengar semua itu. Dalam bilik ini dia tidak perlu control macho lagi. Dia hanya perlu meluahkan segalanya. Mae, sanggupnya dirimu!




 
Najib sangat berpegang teguh dengan prinsipnya. Dia tidak akan berkahwin dengan perempuan yang dia tidak cinta, apatah lagi jikalau perempuan itu bernama Rosmah. Najib tidak mahu nasibnya menjadi seperti ................................................ (penulis terpaksa censored nama yang difikirkan oleh Najib atas sebab-sebab mengelakkan berlakunya permusuhan kaum.) Siapa sangka pagi yang indah tadi apabila tengah harinya bertukar menjadi mimpi ngeri? Muzik latar sedih menemani tangisan Najib. Sekali-sekala kelihatan kamera memfokuskan ke wajah hensem Najib dan zoom pada bekas-bekas linangan air mata di pipinya. Najib menekup mukanya ke bantal kuning yang dulunya berwarna putih bersih, menyebabkan kamera tidak lagi dapat fokus dan zoom pada wajah sedihnya.

.....................................................................................




 
Sementara itu di rumah Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa, kesemua ahli keluarga iaitu Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa, ibunya Puan Dahlia, ayahnya Encik Raja Ahmad Irham dan isteri kedua iaitu Puan Chi Hwa Hwa yang belum habis pantang sedang berkumpul di meja makan. Mak Nab kemudiannya muncul selepas habis mencuci pinggan.




 
"Okey, kita berkumpul pada hari ini adalah untuk membincangkan tentang rasionalnya menambah seorang lagi orang gaji dalam rumah ini. Berikan pendapat masing-masing. Silakan." Encik Raja Ahmad Irham bersuara dengan penuh berdedikasi dan tegas.




 
Masing-masing berkerut memikirkan tentang hal ini. Hanya Mak Nab saja yang nampak tenang setenang air di kali dan tersenyum mesra kerana dalam hatinya dia memikirkan beban kerja yang akan berkurang nanti. Bolehlah dia relaks sikit. Ehh..kejap. Nanti kena potong gaji ke tak kalau ada orang gaji baru? Ahh..f**k. Sekarang Mak Nab tidak lagi tersenyum mesra.




 
Isteri kedua Encik Raja Ahmad Irham mengangkat tangan sebelum menyuarakan pendapat. "Saya rasa ini adalah cadangan yang baik. Saya dah call pakar Fengshui semalam, dia cakap kalau nak keharmonian, ketenangan, keselamatan, keberuntungan dan kenikmatan rumah tangga yang lebih sempurna, eloklah kita tambah lagi satu orang gaji dalam rumah ni. Sebabnya, sekarang ini luck kita lebih terarah kepada sebelah kiri kerana kelahiran anak twins kita, sayang. Untuk seimbangkan Fengshui, kita kena tambah lagi satu orang gaji dalam rumah ni." (penulis berpendapat ini semua khurafat.)




 
"Ada pendapat lain?" Tanya Encik Raja Ahmad Irham. Encik Raja Ahmad Irham memandang satu-persatu wajah yang ada di depannya. Kelihatan efek zoom pada satu-persatu wajah yang ada termasuk wajah Encik Raja Ahmad Irham. Semua sepertinya bersetuju dengan pendapat Puan Chi Hwa Hwa. "Mak Nab! Mak Nab ditugaskan untuk memulakan pencarian orang gaji baru bermula dari saat ini!"




 
"Baik, Tuan Raja Ahmad Irham!" Mak Nab tabik hormat sebelum mengundur tiga langkah dan perlahan-lahan kembali semula ke kubu pertahanannya, iaitu ruang dapur.     

Cintaku Sepanjang NamamuWhere stories live. Discover now