Helaian Pertama

132 12 11
                                    

BLIND ©cytypat
:: Helaian Pertama

Mug yang dihiasi cetakan abjad-abjad kecil berwarna-warni digenggam pada pemegangnya dengan kemas.Asap kecil yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar membawa aroma coklat daripada mug-menjadi aroma yang lali pada deria bau Seokjin.

Seokjin menapak perlahan ke ruang balkoni apartment tingkat tiga rumah sekangkang kera yang diruangi dinding bercat putih.Rutin harian biasa Seokjin, dia mampu mengulangi perbuatannya setiap hari tepat pada masanya dan tempat kebiasaan.Dia meletakkan mug putih berabjad yang berisi air coklat di atas meja kecil yang dilindungi payung kecil sebagai atap pelindung dan mula melabuhkan punggungya pada kerusi kayu tanpa penghadang.

Semua benda yang berada pada penglihatan Seokjin adalah agak lambat,seperti sebuah rakaman video yang disunting- dilambatkan pergerakan dan suaranya.Angin berhembus perlahan,tetapi mampu membuatkan bulu roma Seokjin berdiri tegak kerana kesejukan selepas hujan menangisi bumi sebentar tadi.Keheningan masih dapat dirasai tetapi Seokjin masih tidak terdetik untuk menapak kembali ke rumah hanya untuk mengambil kot bulu hangat itu.

Kedudukan meja dan penghadang balkoni adalah agak dekat , Seokjin mampu untuk melihat suasana jauh dari pandangan iaitu di bawah apartmen, sebaris bangunan rumah kedai yang aktif beroperasi sehari-harian.Penghuni-penghuni di kawasan kediamannya menapak ,keluar atau hanya berjalan terus sambil menjengukkan kepala pada deretan kedai yang ingin dimasuki.Seokjin menghirup air coklat panas dengan perlahan lalu memandang semula suasana di bawah balkoni itu.

Namun , pandangan Seokjin kini langsung tidak tertancap pada suasana yang diperhatikan sebentar tadi.Pandangannya kini hanya tertancap pada seseorang - yang menutupi bahagian rambut pendek paras leher dengan sehelai jaket tebal sambil memandang ruangan jalan bertar di hadapannya.Seokjin mengulum senyum simpul tatkala memandangnya.

"Hyung," Yoongi, teman serumah merangkap kawan rapatnya yang hanya muda setahun dari umur Seokjin menepuk perlahan bahu Seokjin.Seokjin terhinjut , sekilas memandang Yoongi -seraya mengangkat keningnya.

"Hyung tengok apa ? " soalan ringkas yang ditanyakan oleh Yoongi tidak dijawab mahupun sepatah perkataan meniti di bibir Seokjin.Seokjin terus mengulum senyuman tipis lalu menghalakan jari telunjuknya di bawah balkoni-tepat di mana seseorang yang dilihat oleh Seokjin berada.Yoongi yang sekadar menurut bahasa isyarat Seokjin lantas melihat ke arah telunjuknya.

Apabila Yoongi melihat apa yang telah ditujukan oleh Seokjin sebentar tadi , wajah Yoongi kini memaparkan sebuah mimik muka yang sukar ditafsirkan , tetapi masih mampu melihat sisi senyuman yang meniti di bibirnya.Yoongi seolah-olah mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Seokjin , tetapi pada masa yang sama - dia juga tidak mampu mentafsirkan apa yang ingin disampaikan oleh Seokjin.

" Kenapa ? " Yoongi mula mempersoalkan turutan Seokjin kepadanya sebentar tadi.Yoongi tidak dapat jawapan yang dimahukan secara terus , dan Seokjin masih tidak bersuara.

Hanya beberapa saat kemudian , Seokjin bersuara dalam nada perlahan , tetapi Yoongi masih lagi mampu menangkap butir perkataan yang disampaikan.

" Dia seperti sesuatu , "

" ... sesuatu yang tidak mampu dijangka dek akal.."

"..dan kadang-kala mengelirukan tanpa perlu dipertikaikan."

Senyuman meniti dia bibir Yoongi tatkala Seokjin memberi jawapan kepada persoalan ringkasnya sebentar tadi.

Tapi apakah Yoongi memahaminya ? Adakah senyuman itu hanya permainan mimik sahaja ? Tiada sesiapa yang mengetahuinya , melainkan empunya diri sendiri.

[ 4 8 4 patah perkataan ]

B L I N DWhere stories live. Discover now