Helaian Cebisan

45 5 2
                                    

BLIND ©cytypat
:: Helaian Cebisan

× ×

Peek-A-Boo ! ” Kata Seokjin sambil mendepakan tangan untuk menekup sepasang mata kepunyaan Myungeun.

Jin ahh ! ” Myungeun ingin mengalihkan tangan Seokjin yang menutupi matanya tetapi Seokjin masih tidak ingin melarikan tangannya.Seokjin melentokkan kepalanya pada sebelah kiri atas bahu Myungeun dan meletakkan dagunya pada bahu Myungeun.

Seokjin mengeraskan pergerakan kepalanya dan menggunakan dagunya untuk bergerak di atas bahu Myungeun.Myungeun mengekek kecil bukan kerana Seokjin membuat lawak — tetapi kerana merasakan gerakan dagu Seokjin pada bahunya amat menggelikan.

Gemanhae ! Seokjin ! Geli lah !” Myungeun memberi serangan dengan menghentakkan kepalanya pada kepala Seokjin dengan kuat.

Hmmph !”  Seokjin mengalah dan melarikan tangannya daripada menekup mata Myungeun.Seokjin berpeluk tubuh dan berpaling—tidak menghadap muka Myungeun yang sudah tersenyum simpul.

Lahmerajuk ke Seokjin sayang ? ” Tanya Myungeun.Dia senyum meleret dan tergelak kecil dengan perlakuan Seokjin kepadanya yang sudah menjadi rutin apabila bertemu.

Myungeun menapak perlahan mendekati belakang Seokjin.Dia mencebikkan mulutnya—lalu memeluk Seokjin dari belakang dengan erat.

Nak merajuk lagi ke ? ”

× ×

Yoongi , memandangkan kau ada kamera kesayangan kau tu , baik kau ambil gambar kami berdua ?”Tanya Myungeun kepada Yoongi yang sibuk menangkap gambar bunga dan persekitaran di taman tersebut.Yoongi berhenti mengambil gambar dan menoleh ke arah Myungeun yang mengangkat keningnya.

Boleh ja , tapi jangan banyak sangat , habis memori kamera aku nanti , ” Kata Yoongi sambil menunjukkan riak muka yang kosong.

Nama ja kawan Seokjin oppa , tapi nak minta gambar pun kedekut.Hmmph ! ” Myungeun mencebikkan mulutnya lalu memaut lengan Seokjin.

Yoongi tertawa kecil dengan perlakuan Myungeun yang kadang-kala seperti budak-budak tadika berumur 5 tahun.Sememangnya dia tidak kisah tentang permintaan bilangan gambar yang Myungeun dan Jin inginkan tetapi , kadang-kala bagai sesuatu tercalit di hatinya , membuatkan dia merasakan sesuatu perasaan yang tidak dapat ditafsirkan.

Yoongi selalu mengendahkan perasaan tersebut,tetapi semakin dirinya ingin lari daripada perasaan tersebut,perasaan itu makin mencucuk-cucuk hatinya.Dia tidak tahu , apakah perasaan itu sebenarnya?

Yoongi oppa , boleh tak ?” Myungeun menggerakkan tangannya di hadapan wajah Yoongi.Yoongi yang baru tersedar dari lamunan singkat,lantas menganggukkan kepalanya.

B L I N DWhere stories live. Discover now