Helaian Terpisah

57 11 18
                                    

BLIND ©cytypat
:: Helaian Terpisah

"Myungeun,"

Sepasang anak mata Seokjin memandang tepat pada Myungeun,ibarat sebilah pedang yang tertusuk pada badan si pemangsa. Kudrat Myungeun untuk melepaskan lengannya daripada genggaman Seokjin tidak sekuat kudrat seorang lelaki,tetapi Myungeun tetap meronta-ronta tanpa detik hati ingin beralah untuk melepaskan diri.

"Lepaskan tangan Myungeun."

Seokjin juga tidak mahu beralah untuk melepaskan genggaman tangannya pada lengan Seokjin dan hanya memberi arahan ringkas kepada Myungeun, "Pandang mata aku."

"Myungeun,pandang Jin sekarang." Buat kali kedua , Seokjin masih mengekalkan suara monotonnya dengan mengatakan perkara yang sama pada Myungeun yang masih tidak beralah dan mengikut arahannya.

"Myungeun ! " bentak Seokjin lalu menolak tubuh kecil Myungeun-disandarkan pada dinding bata yang sejuk menusuk tulang rusuk.Myungeun hanya mampu mengerang kesakitan yang dilakukan pada fizikalnya. Myungeun mengemam bibir nipisnya menahan semua gelodak perasaan. Mata Myungeun berkaca,linangan air mata pada mata kirinya mengalir setitis.

Myungeun mendongakkan kepalannya pada kedudukan wajah Seokjin,lalu beralah dan anak mata berkaca Myungeun memandang tepat ke arah mata Seokjin,bagai terbentuknya satu arus yang sukar ditafsirkan dek congakan akal.

"Kau memang kejam, kan." Kata Myungeun dengan suara yang serak - akibat menangis tidak berlagu.Myungeun merenung riak wajah Jin yang polos dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi pada pernyataan Myungeun yang diluah.Jin mengetatkan genggaman tangannya pada pergelangan tangan Myungeun yang kecil -menyebabkan Myungeun lebih gian untuk berdecit menahan kesakitan.

" Bukankah kau yang terlalu kejam untuk menilai aku sebegitu, huh? " Jin mengangkat keningnya pada sebelah kiri yang separa lebat.

"Hati kau pun ikut buta macam biji mata kau juga ,kan ?" Kata Myungeun merengus kasar- menahan geram yang sudah tercalit pada perasaannya yang bercampur baur itu.

"Sepatutnya ayat yang kau cakap tadi itu adalah ayat kepunyaan kau sendiri , aku tidak sebuta kau untuk menilai emas dan permata." Jawab Seokjin tenang seperti dirinya langsung tidak bersalah dalam perkara ini dan dia tahu , bukan dirinya yang sememang-memangnya tidak patut dipersalahkan.Sama sekali.

Myungeun mengetap bibirnya menahan sendu dan tangisannya.Tidak semena-mena , Myungeun menampar pipi Seokjin yang kemerahan -merahan menepis angin sejuk yang menerobos walaupun berada di antara ruangan kecil bangunan-bangunan di lorong sunyi.

Seokjin masih menunjukkan eksperesi tenang malah tidak bergerak untuk melawan semula menggunakan dayanya sebagai seorang lelaki.Dia masih mempunyai maruah untuk melayan perempuan sebagai insan yang lemah,namun itu bukanlah suatu penjelasan yang menerangkan mengapa Seokjin tidak membalas perbuatan Myungeun itu.

Myungeun menendang kaki Seokjin dan menggoncangkan badan Seokjin dengan sedaya-upaya yang mampu , tetapi Seokjin masih berdiri statik di ruangan sempit berhadapan Myungeun dengan wajah yang tenang,seperti tiada apa-apa yang berlaku.Bibirnya tidak terkutik untuk mengatakan sebutir perkataan untuk menghentikan Myungeun.

Kesunyian dan bunyi angin berhembus menjadi peneman mereka tatkala Jin memandang Myungeun dengan pandangan kosong.Saat demi saat berlalu , atmosfera dan masa bagai berhenti tanpa disedari.

"Terlalu cepat untuk beralah lagi,Myungeun ?" tanya Seokjin setelah beberapa detik kesunyian menemani mereka.

Tiada bait perkataan yang keluar dari mulut Myungeun.Myungeun terus memukul Seokjin dengan kudratnya yang tinggal , lama -kelamaan,Myungeun berasa penat untuk meneruskan perbuatannya terhadap Seokjin.

"Kita tidak ada apa-apa hubungan percintaan lagi ,Seokjin.Kita dah tamat." Myungeun mengenggam kedua-dua belah tangannya sambil mengetap bibirnya yang kian membeku.

"Bukankah kita memang sudah tamat ,Myungeun? Kau sudah menamatkan cerita kita sebelum klimaks lagi ,bukan ?" Seokjin menjawab pernyataan Myungeun.Sedari Seokjin juga ,dia telah menambahkan sumber kekuatan untuk menambahkan marak api kemarahan Myungeun di hatinya.

Mengapa Myungeun merasakan amarah pada dirinya sedangkan dia yang menjadi punca segalanya ?

"Kau memang-"

"Tiada gunanya lagi jika kau nak tampar setiap bahagian muka aku sekali pun.Memang betulkan kau yang tamatkan cerita kita sebelum klimaks tiba ? "

Oh tidak , kemarahan Myungeun sudah mencapai tahap tertinggi. Entah mengapa , Myungeun , yang bersalah ?

"Myungeun ! " suara garau seorang lelaki bersama derapan kaki yang kian mendekat pada lokasi mereka ketika itu mengetuk gegendang telinga Seokjin dan Myungeun sendiri.

Myungeun menjadi resah apabila mendengar suara yang melaungkan namanya itu.Dia tahu, dia kenal siapakah empunya kepada suara tersebut.

Seokjin tidak terkutik untuk berkata lagi.Dia ingin menyaksikan semuanya berlaku di hadapan anak matanya sendiri.Dia sudah boleh mengagak apa yang berlaku selepas ini.

Lelaki empunya suara garau itu memandang sekilas ketika berlari melimpasi lorong di mana Seokjin dan Myungeun berada.Pada mulanya dia teruskan berlari ketika melihat lorong keberadaan Seokjin dan Myungeun , tetapi tidak lama kemudian , dia mula menapak perlahan ke ruangan lorong kecil itu.

"Tak sangka kau di sini Myungeun.Wow." Lelaki itu berkata dengan nada sarkastik yang menyakitkan pendengaran Myungeun.Seokjin masih dengan riak mukanya yang kosong itu.

"Cuba kau teka ,Myungeun ? Kita dah tamat.Selamat tinggal." Lelaki itu mengundurkan diri dan menapak pergi dari lorong itu.Riak lelaki itu jelas menunjukkan ekspresi marah dan hiba pada Myungeun.

Myungeun terus berlari daripada Seokjin dengan lemah untuk mendapatkan lelaki itu.

Seokjin mengeluarkan sekeping gambar polaroid yang kecil iaitu gambarnya bersama Myungeun tersenyum lebar.Putik-putik percintaan dapat dilihat menerusi pandangan mata mereka antara satu sama lain-hanya pada permulaan kisah mereka berdua.

Sinar cinta ,senyuman dan warna diri mereka hilang daripada imej terpapar pada kepingan polaroid itu dan Seokjin hanya dapat melihat sekeping polaroid yang sudah beransur bertukar pada kepingan polaroid tanpa imej-hitam.

Setitis linangan air mata mengalir pada pipi Seokjin.

[ 8 3 2 patah perkataan ]

B L I N DWhere stories live. Discover now