♥ Kris ♥

52 4 0
                                    

~Lalalalalalalalalala Happiness! ~

Lagu 'Happiness' nyanyian kumpulan Red Velvet dimainkan ditelefon milik Haeji. Dia sedang berjalan di bawah pokok yang berdaun hijau kekuningan, musim luruh katakan. Dia berjalan berseorangan sambil menikmati udara yang nyaman di situ.

Tiba-tiba seorang budak perempuan kecil menangis teresak-esak di tepi tempat pejalan kaki. Tidak kelihatan ahli keluarganya di situ. Mungkin budak itu sesat agaknya. Haeji terus menanggalkan earphone yang dipakainya dan menyimpan kembali di dalam beg.

"Adik, kenapa menangis ni? Omma mana?" Haeji memegang bahu budak itu sambil mengesat air matanya yang berjujuran. Budak itu tidak menjawab sebaliknya dia hanya menangis sahaja. Haeji melihat sekeliling untuk mencari ahli keluarganya, namun gagal.

"Okey, macam ni. Jom ikut unnie pergi beli ais krim, nak?" Haeji menunjukkan gerai yang menjual ais krim di seberang jalan kepada budak perempuan itu.

"Nak!" Pantas budak itu menjawab sambil tersenyum. Aik, tadi bukan main menangis lagi... Haeji juga turut tersenyum apabila melihat budak itu sudah tidak menangis lagi. Mereka terus pergi ke gerai tersebut dan memebeli dua batang ais krim berperisa koko.

"Nama adik apa?" Soal Haeji kepada budak itu apabila mereka mengambil tempat di sebuah bangku berhadapan dengan tasik.

"Lauren." Jawab budak yang bernama Lauren itu dengan pendek. Asyik sekali dia menjilat ais krimnya itu. Haeji hanya mengangguk sambil menjilat aiskrimnya.

"Macam mana Lauren boleh sesat? Omma mana?" Haeji kembali memandang ke arah Lauren yang baru sahaja menyuapkan suapan ais krimnya yang terakhir. Cepatnya dia makan! Otak tak beku ke?

"Lauren datang sini bukan dengan omma, tapi dengan ajusshi. Masa Lauren pergi main dekat taman, tiba-tiba je dia hilang..." Lauren memandang muka Haeji dengan persaan sedih. Tidak, jangan menangis lagi!

"Uljima~ Kalau macam tu, jom kita cari ajusshi adik sama-sama, okay?" Haeji menghulurkan tangannya sebaik sahaj dia menghabiskan ais krimnya sebelum berdiri. Lauren tersenyum lalu mencapai tanagn haeji dengan gembira. Mereka berdua pun berjalan di sekeliling taman itu untuk mencari pak cik Lauren.

"Ajusshi Lauren tu, orangnya macam mana?" Soal Haeji sambil memandang sekeliling.

"Dia tinggi, pakai baju warna hitam, kot warna coklat, pakai topi hitam, cermin mata hitam, kasut putih dan... dia tak akan senyum kalau jumpa dengan orang." Lauren menyenaraikan sifat pak ciknya itu. Fuh, budak itu sungguh hebat pada umurnya kerana dapat mengingati pakaian yang dipakai oleh pak ciknya.

Haeji mengangguk. Dia cuba membayangkan pak cik Lauren. Boleh tahan kacak, tetapi tidak akan senyum kalau jumpa dengan orang? Macam manalah agaknya muka lelaki itu?

"Lauren!"

Haeji berpaling kebelakang apabila dia terdengar seorang lelaki yang memanggil nama budak itu. Lauren terus melepaskan tangan Haeji dan berlari ke arah lelaki tersebut. Mungki itulah pak ciknya.

"En—"

"Awaklah yang culik Lauren, ya? Penat saya cari dia merata tempat, tau?" Lelaki tersebut terus menyuruh Lauren berdiri di belakangnya. Amboi, sesuka hati dia je nak panggil Haeji penculik? Haeji menyilangkan tangannya di dada.

"Ouh, jadi awaklah ajusshi dia? Eh, untuk pengetahuan awak, saya yang terjumpa dia menangis sorang-sorang dekat tepi jalan, tau? Kalau tak disebabkan saya yang baik hati ni, saya biarkan je dia dekat situ. Lagi satu, saya belikan dia ais krim guna duit saya sebab nak suruh dia berhenti menangis. Sekarang ni, awak nak panggil saya penculik?" Haeji bersuara agak tinggi kerana dia berasa geram dengan tuduhan lelaki itu.

EXO Short StoriesWhere stories live. Discover now