♥ Baekhyun ♥

573 27 0
                                    

  "Kau ni tak habis-habis nak rampas kedudukan aku dekat sekolah ni, kan?" Hyuna, queenka sekolah yang paling dibenci pelajar, melempar sepinggan spagetti ke muka Haeji yang sedang makan. Haeji hanya diam, tidak memberikan sebarang respon.

   "Kau tahukan, aku ni pelajar paling top dekat sini, kau jangan berani nak atasi kedudukan aku!" Hyuna menjerit ke arah Haeji.  Semua pelajar yang berada di dewan makan itu hanya menjadi pemerhati. Mereka tidak berani untuk menentang atau melindungi sesiapa kerana mereka tiada kuasa berbanding Hyuna. Dia merupakan anak kepada orang yang berkuasa di sekolah itu. Keluarganyalah yang selalu membayar segala aktiviti yang sering diadakan di sekolah itu.

Dia juga merupakan pelajar yang selalu mendapat kepujian daripada pihak sekolah atas kemampuan dirinya dalam menjawab peperiksaan. Namanya sering berada di carta yang paling atas menunjukkan dia seorang yang pandai. Namun, kepandaiannya bukanlah datang daripada kemampuan dirinya sendiri, malah semuanya datang daripada kedudukannya di sekolah itu.

Semua pelajar tidak mahu dikawal olehnya, namun apakan daya apabila mereka sedar bahawa kedudukan mereka adalah di bawah Hyuna. Terpaksalah mereka mengikut semua kehendaknya seperti memberikan kedudukan yang paling atas dalam carta sekolah kepada Hyuna.

Perkara itu berubah semenjak Haeji memasuki sekolah itu. Ya, hanya keluarga yang berada sahaja dapat memasuki sekolah tersebut, tetapi lain pula bagi Haeji. Dia dapat masuk ke sekolah itu dengan kepandaiannya yang diakui oleh pengetua sekolah tersebut setelah melihat prestasi Haeji di sekolah lamanya. Haeji merampas kedudukan Hyuna dalam carta sekolah.

   "Patutnya , kau tak layak untuk masuk ke sini, tahu! Kau tu bukan anak orang kaya, tapi anak pengemis!" Hyuna menonjol kepala Haeji. Beberapa minit kemudian, Haeji bangun daripada kerusi dan memandang Hyuna dengan muka yang tidak ada rasa takut.

   "Kau dah lebih ni. Memang aku bukan anak orang kaya. Aku ni anak orang miskin, tapi miskin keluarga aku takdelah sampai ke tahap pengemis!" Haeji menyiram segelas air ke muka Hyuna. Semua pelajar sudah berbisik sesama sendiri. Mereka tidak menyangka bahawa gadis biasa seperti Haeji berupaya untuk menentang queenka sekolah mereka.

   "Ya! Micheoseo?!" Hyuna menjegilkan matanya terhadap Haeji. Habis mukanya basah dek disiram air oleh Haeji.

   "Ya, aku gila. Tapi kau lagi gila daripada aku," jawab Haeji dengan nada yang sekata. Hyuna sudah tidak tahan dengan perangai Haeji. Tanganya diangkat ke udara untuk menampar muka Haeji. Tetapi, perkara itu tidak menjadi setelah mereka mendengar suara seseorang.

   "Ni dewan makanlah, bukan stage WWE," suara kingka sekolah membuatkan semua memandang ke arahnya.

   "Sudah-sudahlah tu gaduh wahai pelajar perempuan sekolahku.. Nanti tak pasal-pasal kena panggil masuk pejabat, kan susah nanti ," sambungnya lagi.  Hyuna yang sudah basah terus beredar menuju ke kelasnya dengan langkah yang sengaja dihentak-hentakkan.

   "Kau ni pelajar baru, kan? Tak silap aku nama kau.. Choi Haeji?" Kingka itu mengelap muka Haeji yang comot akibat dilemparkan sepinggan spaghetti dengan sehelai sapu tangan. Haeji terus menepis tangannya dan mengangkat kaki dari dewan makan. Takde selera lagi dah nak makan, Hyuna punya pasal lah ni!

   "Nama aku Baekhyun!" Jerit Kingka itu kepada Haeji yang sudah jauh daripada pandangan. Tanpa Haeji sedari, dia telah menguntum senyuman di bibir. Kemudian, dia menampar pipinya sendiri.

   'Yang aku senyum ni dah kenapa? Tolong jangan kata aku dah tersuka dekat mamat tu pula,' kata Haaeji dalam hati. Dia terus masuk ke dalam bilik air dalam perjalanannya ke kelas.

   "Habis dah muka aku bau spaghetti mak cik tukang masak tu. Haishh, baju aku pun dah terkena sekali. Malasnya aku nak basuh, dah lah baju aku ada satu je. Aku ni bukanlah kaya mana pun.." Bebel Haeji seorang diri sambil mentadah air di tapak tangannya lalu membasuh mukanya yang comot.

EXO Short StoriesWhere stories live. Discover now