ENCIK SEBELAH JIWA BAB 1

112 2 0
                                    

EFFAN kembali ke tanah air setelah tiga tahun ke Istanbul. Kebetulan urusan kerja di sana sudah pun selesai. Kalau dalam tempoh tiga tahun, dia cuma dapat balik ke Malaysia sebanyak dua kali. Itu pun pada hari raya sahaja.

Sekarang, dia tak perlu ke sana lagi. Dia akan fokus dengan kerja-kerja dalam Malaysia saja.

Setiap kali dia pulang ke sini, ada sesuatu yang sering menerjah kotak fikirannya. Dia cuba untuk lenyapkannya, namun ia tetap menghantui seperti mimpi ngeri. Adegan mesra itu kerap terlayar di ruang matanya bila bersendirian. Sakit hati, terluka, kecewa, dan rasa dikhianati tak pernah jemu bertandang di sudut hatinya.

Dalam tempoh itu, dia cuba mengenali beberapa orang gadis untuk menggantikan tempat Maseira. Entah kenapa tiada seorang pun yang kena dengan jiwanya. Dia keliru apa yang dia cari dan mahukan. Sekali lagi otaknya mengimbas ke masa lalu.


"Seira!"

Razlan dan Maseira tersentak. Serentak mereka memandang ke arah pintu dan seorang lelaki merempuh masuk.

"Effan?" Maseira gamam. Terkedu.

Effan mengetap marah. Dia merenung lelaki bernama Razlan yang mana ini merupakan kali pertama mereka berdepan. Dia benar-benar terkejut dengan kelakuan Maseira. Mereka sedang berpelukan depan matanya.

Maseira cemas. Dia menolak tubuh Razlan dan pergi ke arah Effan.

"Effan, I can explain." Apabila tertangkap dengan Effan, Maseira memang tak mampu menidakkan apa yang lelaki itu lihat sebentar tadi.

"You nak jelaskan apa, Seira? I nampak apa yang you buat dengan dia tadi. I'm not blind!" Effan mengamuk. Masih terkawal.

Maseira ketandusan kata. Dia bingung seketika. Semua ini berlaku terlalu cepat. Dia tak keruan. Razlan dan Effan, dia tidak pasti siapa yang harus dia utamakan.

"Baguslah you datang, Effan. You datang tepat pada masanya. Let me clear this to you." Razlan mencelah.

Dia akan beritahu Effan. Kalau nak harapkan Maseira putuskan hubungan mereka, mungkin dia terpaksa tunggu lebih lama.

"Raz, no!" Maseira membantah. Dia takkan biarkan Razlan campur tangan.

"Kenapa, sayang? It's time. You tak payah tunggu lagi. Bagi tahu dia yang you nak putuskan hubungan dengan dia. Habis cerita."

Effan terus memandang Maseira dengan riak terkejut. Tak percaya. Sedih dan kecewa.

"Betul ke apa yang I dengar, Seira? You nak putuskan hubungan kita?" Effan mendekati Maseira dengan langkah yang lemah.

Dia agak terkejut dengan keputusan itu. Tetapi, melihat kecurangan Maseira adalah sesuatu yang sudah dijangka. Ternyata gerak hatinya untuk datang ke sini adalah untuk melihat kebenaran. Tak perlu dia menyiasat lagi.

"Effan, bukan macam tu..."

"Bukan macam tu? Now what, Seira?" Razlan menyampuk lagi.

Maseira makin keliru. Rasa nak menangis. Dia perlukan kedua-duanya. Cuma, dia tak menyangka ia akan berakhir secepat ini.

"After years... Ni balasan you untuk I?"

Maseira merenung wajah Effan dengan rasa bersalah. Dia menyesal. Dia cuba meraih tangan Effan. Sepantas kilat lelaki itu menepis hingga pedih tangannya.

"Dia tak bahagia dengan you, Effan. Lepaskan dia."

Mata Effan tajam beralih ke wajah Razlan. Lelaki itu suka menyampuk.

ENCIK SEBELAH JIWAWhere stories live. Discover now