LUHAN mengintai di disebalik tingkap untuk memastikan tiada yang perasan keberadaannya. Dia mengambil talefonnya di dalam kocek lalu menekan aplikasi 'torchlight'. Kemudian sang namja itu mengarahkan lampu itu di sekitar bilik itu untuk mencari kelibat Sehun.
Beberapa minit kemudian, dia ternampak satu figura yang amat dia kenali tetapi nampak seperti lelaki itu sedang terbaring di lantai.
"Hah! Tu mungkin Miracle. Tapi, macam mana nak lepaskan dia..? Haih, budak ni.. Tak habis-habis nak menyusahkan aku.. " keluh Luhan seorang diri. Tiba-tiba, Luhan ternampak seseorang memasuki bilik itu. Cepat-cepat dia menurunkan sedikit kepalanya agar tidak dapat dilihat. Matanya liar cara bagaimana hendak menyelamatkan si malang itu. Dia menggigit bibir.
Situasi Sehun
Lelaki itu berjalan menghampiri Sehun dan bercangkung untuk memapah Sehun keluar. Nampaknya lelaki berambut blonde itu masih belum sedarkan diri. Dia mengeluh.
"Mian Sehunie.. Aku sebenarnya tak sanggup nak jual kau. Tapi.. Aku tak ada pilihan lain, omma dan appa kau hutang aku dan bos aku banyak sangat. Mianhae Sehun ah.. " desih lelaki itu sebelum memapah Sehun keluar dari perkarangan bilik itu.
Mata Luhan terbuntang tatkala melihat lelaki berbadan tegap itu membawa Sehun pergi. Dia mengetap bibir.
"Hadoi.. Sapa pulak mamat tu..? Dia nak bawak Miracle pergi mana..? Aku kena cari cara ni. Kalau tak, habis kad kredit aku appa sekat. " Luhan berkata lalu beredar dari situ untuk mengekori orang yang membawa Sehun pergi.
Apabila di pinggir hutan, Luhan ternampak lelaki itu tidak berseorangan. Terdapat lelaki bertopi ala-ala orang kaya. Dia menyorok di sebalik semak. Walaupun dia jauh dari keberadaan Sehun, tetapi dia masih lagi boleh dengar.
"Bos, ni budak yang saya cakap tu. " kata lelaki itu lalu meletakkan Sehun di kereta mewah itu. Lelaki yang seperti berusia 30 tahun itu tersenyum senget. Gembira kerana dapat apa yang diminta.
"Hmm.. Bagus.. Ini duitnya. Kira selesailah hutang si Sehun ni. Kamu jangan ubah fikiran pula. " kata lelaki itu dan memberikannya duit bernilai besar.
"Gomawo bos. Tapi bos, boleh tak saya nak bisik sesuatu kat Sehun untuk kali terakhir. " lelaki itu mengangguk.
"Apa yang diorang buat tu? " soal Luhan. Dia tidak dapat terus menunggu sebelum Sehun menjadi mangsa.
Lelaki berambut perang itu mara ke arah Sehun yang terikat itu sambil tidak sedarkan diri. Dia mendekatkan mukanya di telinga Sehun.
"Sehunie.. Jangan cuba nak lari tau.. Kalau kau lari.. Aku akan cari kau sampai lubang cacing tau. Now, kau terlambat. Dikira hutang kau kat aku dah settle tau.. Btw, nama aku Jin, Kim Seok Jin. Mesti kau lupa nama aku kan sebab aku hilang ingatan. Bye Baby Hunnie.. " bisik lelaki itu lalu kembali semula ke arah bosnya. Dia mengangguk tanda selesai.
Setelah selesai berbincang, lelaki tua itu menaiki semula keretanya dan menuju ke destinasi.
Jin hanya mengeluh, sebenarnya dia tidak sanggup untuk membiarkan Sehun berada di tempat sebegitu, tapi nak buat macam mana? Salah ommanya sendiri.
Belum sempat lelaki itu memasuki semula ke rumahnya, satu tumbukan padu di 'hadiah' kan oleh seseorang. Jin terjatuh mencium tanah. Dia mengesat darah yang mengalir di hidungnya. Dia mengerling kearah Luhan.
"Kau siapa hah!? Tiba-tiba datang sini nak tumbuk orang! " Jin berdiri dan menstabilkan dirinya semula. Bajunya yang terkena habu tanah dikibas menggunakan kedua-dua belah tanggannya. Luhan hanya memandang tajam ke wajah Jin.
"Kau pahal!? "
"Kau buat apa kau Miracle!? Mana dia!? " Luhan menjerit membuatkan Jin tersentap. Miracle? Siapa Miracle? Bisik hati Jin tertanya-tanya siapakah Miracle?
"Miracle? Siapa Miracle? Aku tak kenal pun. Kau salah orang kut.. " Jin tersenyum seperti tiada apa-apa masalah. Luhan tersenyum sinis.
"Hey! Kau tak payah nak tipu aku lah.. Aku nampak! Aku nampak kau bagi Miracle dekat orang tua tu! " Jin terbutang, cuba untuk memproses dengan apa yang dikatakan oleh Luhan.
"Maksud kau.. Sehun? "
"Sehun? Sapa Sehun? Aku kata Miracle bukan Sehun. Kau ni pekak ke apa? "
"Iyelah! Maksud kau Sehun lah! Nama sebenar dia Sehun! Bukan Miracle! Kau dah kenapa!? Kau abang dia ke? Setahun aku, Sehun mana ada abang. " Jin geram. Dia malas mahu melayan Luhan. Betulah! Nama dia Sehun bukan Miracle! Apa lah Luhan ni..
"Aik? Bukan nama dia Miracle ke? " Luhan pelik. Jin menggulingkan matanya. Meluat dengan perangai Luhan. Dia mengeluh. Kemudian, tangan putih Luhan ditarik perlahan oleh Jin. Luhan masih lagi terpinga-pinga dengan kelakuan Jin. Dia hanya mengikut sahaja.
Apabila sampai di ruang tamu rumah milik Jin, dia menceritakan segala-galanya tentang diri dan kematian ibu bapa Sehun. Mata Luhan terbeliak apabila terdengar cerita itu.
"Ja..jadi.. Nama sebenar dia Sehun? Dan dia tipu nama dia? " Jimin mengangguk. Luhan mengalihkan matanya ke arah yang lain. Tangannya memegang rambutnya.
"Mak bapak Sehun mati sebab kemalangan and then Sehun hilang ingatan sebab terhantuk objek keras and.. Dia tipu nama dia..? " sekali lagi Jin mengangguk. Luhan mengeluh.
"Okey.. Aku paham.. "
"Kau ni sapa? Kenapa kau nak tahu sangat tentang budak tu? "
"Ak..aku.. Aku ni abang angkat dia.. Appa aku jumpa dia dekat tepi jalan. So, ayah aku jadikan dia anak angkat sebab Sehun tu hanya sebatang kara. Tapi.. Dia tu asyik menyusahkan aku lah..! Perangai macam budak-budak. Lepas tu bila aku marah dia, dia mulalah nak menangis macam budak kecik! Rimas aku! " ngomel Luhan kepada Jin. Jin mengerutkan dahinya.
"Ouh.. So, kau ni abang angkat dia lah? Atcually.. Sehun tu adik aku.. " kata-kata Jin itu membuatkan Luhan tersedak air luirnya sendiri. Terbatuk-batuk dia dibuatnya.
"Mwo!? Dia adik kau!? Kenapa kau tinggalkan dia? Kau tahu tak! Betapa susahnya nak jaga dia!? " Luhan memarahi Jin. Geram.
"Yo.. Rilekslah! Aku just abang angkat dia je.. Aku amik dia dekat rumah anak yatim. Waktu tu umur dia baru.. 20. Umur aku 22, tua 2 tahun dari Sehun. And now, umur dia 22 tahun dan aku 24 tahun. Sebenarnya waktu Sehun umur 20 tahun tu.. Dia belum lagi anak yatim tapi ibu dan ayah dia hantar dia kat rumah anak yatim sebab tak terjaga. So, aku tolong Sehun cari omma dan appa dia. And bila kitaorang terjumpa, Sehun merayu kat omma dan appa dia untuk masuk semula ke dalam keluarganya. Dan bila dah dapat masuk, omma Sehun jadikan aku anak angkat dia untuk menjaga Sehun. Aku anak orang kaya walaupun omma dan appa aku dah tak de tapi waris harta dijatuhkan kepada aku. Semuanya musnah selepas omma Sehun asyik mintak duit kat aku je.. Hinggalah duit aku habis dan omma Sehun tak terbayar hutangnya pada aku. Aku geram! Bila ibu angkat aku asyik mintak duit kat aku. Omma Sehun bukan je amik duit kat aku tapi banyak dia hutang dekat orang lain. Jadi, omma dan appa Sehun dah tak de sebab kemalangan. So, Sehunlah yang kena tanggung penderitaan nya. " terang Jin panjang lebar. Luhan masih lagi terkial-kial dengan percakapan Jin. Dia cuba untuk memahaminya dan akhirnya dia paham.
"Huh.. Kau amik lah balik dia.. Aku tak boleh.. Kau datang rumah appa aku and amik dia. Cakap yang kau tu abang dia. Tak sanggup aku jaga dia. Hidup aku asyik kena kongkong ngn dia je.. " Luhan tempelang. Dia memeluk tubuhnya.
"Tak boleh.. Aku tak boleh jaga dia.. "
"Waeyo? Dia kan adik kau jugak. "
"Sebab..sebab.. Aku tak mampu nak bahagiakan dia.. Kalau aku jaga dia pun, mesti dia tak kenal aku and jauhkan diri dari aku sebab berkelakuan kejam dekat dia.. " Jin menundukkan kepalanya.
"Huh? Kenapa pulak? Kau buat apa kat dia? " Luhan tertanya-tanya. Dia memandang tepat ke anak mata Jin.
"Aku... "
TO BE CONTINUED...
➡❌⭕❌⭕⬅
Korang.. Best tak part ni..? Mian, sebab part ni buat korang tak paham.. Hope korang paham jalan ceritanya macam mana. Okey? Sekali lagi saya mintak maaf..🙏
PART 06 - ✔[COMPLETE]

YOU ARE READING
[C] Miracle In December •12 월의 기적• HunHan
Fanfiction🔰Hipnosis: Sehun adalah seorang anak yatim piatu yang tidak mempunyai tempat perlindungan. Satu hari, Sehun hampir kemalangan. Mujur tidak apa-apa, kebetulan juga yang memandu itu seorang yang kaya dan peramah. Jadi dia mahu mengajak Sehun menjadi...