"HYUNG, "
"Hmm? " Luhan menatap wajah si muda sambil tersenyum.
"Hun nak tanya sikit boleh? "
"Tanyalah. "
"Ni, pasal adik hyung tu? Dia sekarang kat mana? Hun tak pernah nampak dia pun. " apabila terdengar yang Sehun sedang menanyakan soal adiknya, dia mengeluh. Air mata yang masih ditahan mula menitik. Sehun yang melihat hyungnya itu mula panik. "Aigoo! Salah ke percakapan aku sampai Luhan hyung nangis? " soal hati Sehun.
"Erk..emm.. Hyung, Hun tak bermaksud na-- " ucapan Sehun tergantung. Luhan kembali menatap kosong ke arah tanam-tanaman yang cantik itu. Dia menarik nafas panjang sebelum menceritakan segalanya.
"Nama adik hyung tu, Luxia. Dia yeoja. Umur dia muda setahun dari hyung. Dia lah satu-satunya adik yang hyung ada. Perangai dia sebijik macam kamu Sehun. Mata kamu, hidung kamu, mulut kamu, sama macam dia. Just, dia tu lurus bendul sikit. Satu perkara je yang hyung suka tentang adik hyung. Dia boleh buat hyung gembira dan ketawa. Bila hyung merajuk, mesti dia pujuk. Bila hyung marah dia, dia akan nangis. Macam Sehun lah. " Sehun mengetap bibir. Dia tidak menyangka yang Luhan mempunyai adik yang sama perangai macam dia.
"Habis, mana dia hyung? " Luhan mengalirkan air matanya yang sudah lama ditahan. Dia memetik sekuntum bunga ros di tepinya lalu mencium baunya. Wangi. Dahulu, Luxia amat menyukai bunga dan bau ros. Dia akan memetik mana-mana ros yang ada di taman.
"Dia dah tak ada. "
"Mwo? Tak ada? Dia pergi mana? " Sehun terkejut.
"Dia dah tak ada dalam dunia ni. "
"Tapi, waeyo? "
Luhan meletakkan bunga ros itu di dalam pasunya semula. Kemudian dia menatap wajah ingin tahu Sehun.
"Dia kemalangan. Kecederaan dia parah di bahagian kepala dan kaki. Dia terpaksa dibedah, kalau tak dia akan mati. Tapi tak sangka, yang dia gagal dalam pemedahan tu. Doktor mengesahkan yang adik hyung tu dah tak ada. " terang Luhan. Hatinya begitu sebak dan sakit sekali mengenang adiknya dahulu. Sehun yang mendengar cerita si abang turut bersedih.
Air mata yang bertakung, dia usap lembut oleh si adik. "Hyung.. Janganlah nangis, tak manly la hyung ni. " Luhan tersenyum nipis.
"Luxia selalu cakap macam tu bila hyung menangis. Thanks Sehunie.. " Luhan memeluk Sehun membuatkan Sehun terkaku. Tanpa rasa curiga, Sehun pun membalas pelukan si abang. Dapat dirasai cecair membasahi baju si muda akibat Luhan.
🍃🍂🍃🍂
Di Rumah Luhan
1:30 p.m
"Hyung! "
Aktiviti si abang untuk membaca buku terbantut tatkala si adik memanggilnya. Luhan memandang adiknya yang kelihatan penat berlari untuk mendapatkannya. Luhan menutup buku yang dibaca.
"Waeyo Sehunie? " tanya Luhan kehairanan. Sehun membongkokkan badannya kerana terlalu penat sambil itu, tangan kelihtan jelas sedang memegang sebungkus plastik merah yang dijinjingnya. Tanpa membuat masa, Sehun mara ke arah Luhan. Luhan terbangun dari tempat duduknya menghadap Sehun yang kepenatan.
"Waeyo? Kenapa kamu penat ni? Kamu pergi mana? Dari pagi lagi hyung tengok Sehun dah tak ada. Sehun pergi mana? " Sehun tersengih lalu tangannya kanannya yang menjinjing plastik merah itu diangkat untuk menunjukkan kepada Luhan. Luhan mengerutkan dahinya sambil tangan kirinya menggaru belakang kepala yang tidak gatal.
"Ouh! Mianhae sebab lupa nak bagitahu hyung yang Hun keluar pagi tadi. Hun keluar sebab nak beli bubble tea! Ni untuk hyung pun ada! " kata Sehun sambil mengeluarkan dua cawan plastik yang ditutup dan didalamnya mengandungi air bubble tea. Sehun menghulurkan air itu kepada Luhan, tetapi Luhan menolaknya.

YOU ARE READING
[C] Miracle In December •12 월의 기적• HunHan
Fanfiction🔰Hipnosis: Sehun adalah seorang anak yatim piatu yang tidak mempunyai tempat perlindungan. Satu hari, Sehun hampir kemalangan. Mujur tidak apa-apa, kebetulan juga yang memandu itu seorang yang kaya dan peramah. Jadi dia mahu mengajak Sehun menjadi...