Luhan menatap kosong talefonnya. Sesekali matanya melirik ke arah jam tangannya. Sedikit keluhan berat mula terkeluar dari mulutnya.
Krak..!
Pintu dikuak perlahan. Seorang doktor namja diikuti dengan seorang jururawat dibelakangnya menegur Luhan.
"Kamu ni keluarga Encik Oh Sehun ke? "
"Nae.. Saya abang dia. " Luhan berdiri dari tempat duduknya dan menghadap doktor itu.
"Macam ni, Encik Sehun sudah tidak apa-apa dan tidak mengalami kecederaan yang serius. Dia hanya mengalami kejutan sahaja. Jadi sekarang dia tidak apa-apa. " Luhan mengangguk paham.
"Kamu boleh menjenguk pesakit. Jika tidak ada apa-apa lagi, saya ingin beredar. "
"Baik.. "
Setelah tidak kelihatan susuk tubuh si doktor, Luhan dengan pantas memasuki bilik rawatan itu. Dia menghampiri Sehun yang sedang terlantar di katil. Terasa sebak hatinya melihat si muda. Perasaan serba salah mula menyelubungi dirinya.
Tangan kecil Sehun dipegang erat. Ditatap lama wajah pucat si muda.
"Sehun ah, ireona.. Palliwa.. Aku tak sanggup lah tengok kau macam ni.. Palliwa ireona..jebal.. " tanpa sedar, air matanya mengalir deras. Setitik air mata Luhan terjatuh di tangan yang digenggamnya. Secara tiba-tiba, tangan milik Sehun tergerak-gerak.
Luhan menyeka air matanya. Dia terkejut.
"Yah, Sehun ah.. Kau sedar ke? "
Sehun membuka kelopak matanya yang terasa berat. Dia memandang wajah risau Luhan. Dia hanya mengangguk perlahan.
"Syukurlah.. Kau ni buat aku risau la..! Lain kali jangan buat aku macam ni! Arra!? " Sehun tersengih macam kerang busuk. Dia membalas pelukan Luhan yang sudak memeluknya.
"Hehe.. Mian hyung. "
"Hmmp! "
"Hyung ni, nampak comel la bila merajuk. Macam perempuan. " Luhan memandang tajam kearah Sehun. Sehun menekup mulutnya.
"Mi..mian hyung. Hun tak sengaja.. " Luhan hanya menggulingkan bebola matanya. Malas mahu melayan kerenah Sehun yang macam budak-budak ni. -,-
"Hyung.. "
"Hmm? "
"Hun nak cakap sikit. Hyung dah terima Hun sebagai adik hyung ke? " soalan Sehun membuatkan Luhan memandangnya lantas mengeluh.
"Ntah. Kalau aku cakap yang aku tak terima kau pun, kau tetap sebumbung dengan aku kan. " Sehun kemudian duduk bersandar. Dia mengeluh berat.
"Hyung.. Bila hyung nak terima Hun.. Hun dah tak ada sapa-sapa dalam dunia ni.. Dari dulu sejak kita jumpa, Hun dah anggap hyung macam keluarga saya sendiri. " Luhan memandangnya sayu.
"Sehun.. " kata-kata Luhan terhenti.
"Hun tahu yang Hun ni anak orang miskin, selalu susahkan hyung! Hun.. Hun pun tak sanggup hidup macam ni! Hun pun ada cita-cita dan impian..! " air mata Sehun mula mengalir. Luhan yang melihat Sehun menangis mula panik.
YOU ARE READING
[C] Miracle In December •12 월의 기적• HunHan
Hayran Kurgu🔰Hipnosis: Sehun adalah seorang anak yatim piatu yang tidak mempunyai tempat perlindungan. Satu hari, Sehun hampir kemalangan. Mujur tidak apa-apa, kebetulan juga yang memandu itu seorang yang kaya dan peramah. Jadi dia mahu mengajak Sehun menjadi...