part 12

2K 101 14
                                    

-'V' berpandu kepada Vampire-

_________________________

Taman belakang rumah.

Bunga melompat riang apabila Khasyaf berkata begitu. Memang itu yang di tunggu-tunggu Bunga selama ini.

"Bae!" Khasyaf memanggil Bunga. Rimas dia tengok Bunga macam tu. 'Aku belanja je shopping je. Bukannya ajak pergi vacation luar negara pun' kata Khasyaf dalam hati.

"Pe?" tanya Bunga mengada-ngada seraya memberhentikan aktiviti melompatnya.

"Gedik lah kau" kata Khasyaf sambil menjeling dan berjalan meninggalkan Bunga.

"Kesah?" tanya Bunga tetapi tidak didengari Khasyaf kerana lelaki itu sudah jauh dihadapan.

"Khasyaf! Tunggulah! Ey dia ni!" jerit Bunga. Orang di sekelilingnya sudah pandang kearahnya tetapi dihiraukan dan berlari mengejar Khasyaf.

Lelaki itu memekakkan telinganya dan teruskan berjalan.

'Pap!'

Khasyaf menerima HADIAH dari Bunga di bahu.

"Sakitlah!" Khasyaf mengejar Bunga.

Dan mereka pun berkejar-kejaran sampailah mereka penat. Eh salah. Bunga penat.

Bunga duduk di bangku yang ada di taman itu.

"V memang lari laju ke? Ke kau je? Asal aku tak laju pun? PENATTTTTTT!" Bunga berkata-kata dengan nafas tercungap.

Khasyaf bersandar di pokok yang bertentangan dengan bangku yang di duduki Bunga.

Tersengih-sengih tengok Bunga. Walaupun Bunga hanya duduk-duduk sambil membetulkan tali kasut.

"Woi! Gila ke sengih sorang-sorang?" sergah Bunga.

"Gila sebab kau ah! Kau buat aku gila! Kau buat aku sengih sorang-sorang! Kalau kau tak muncul mesti aku tak gila! Kalau kau tak comel mesti aku tak gila! Huh! Tak nak kawan kau!" bebel Khasyaf lalu meninggalkan Bunga yang tidak memahami keadaan Khasyaf.

"Aku comel pun kene marah?" tanya Bunga pada diri sendiri dan mengikuti langkah Khasyaf.

"Syaf! Sabarlah! Ish, jalan laju-laju nak pergi mana?"

Khasyaf memberhentikan langkahnya dan menghadap Bunga.

"Yes?" Khasyaf menyengetkan kepala dan mengangkat kedua-dua belah keningnya dan senyum.

Bunga cepat-cepat menolak lembut muka lelaki itu sambil berkata "tak baik buat aku cair" dan terus melangkah kearah kereta.

Khasyaf hanya tertawa kecil dan juga kearah kereta.

Apa yang berlaku antara Bunga dan Khasyaf tadi tidak disenangi oleh sepasang mata yang melihat mereka dari jauh. Ya, Bunga nampak perempuan tu. Sebab tu lah Bunga saja sweet-sweet sikit dengan Khasyaf. Bagi dia jeles. Semak je!

Taman dengan rumah memang lah tak jauh, tapi si Khasyaf ni ngada-ngada nak naik kereta. Panas katanya.

Eh! Lupa. Dia vampire. Huhu.

Eh lupa lagi. Bunga pun vampire. Haha.

"Syaf, aku lapar" rengek Bunga sambil memegang perutnya.

"Lapar apa?" soalan yang selalu keluar setiap kali Bunga kata 'aku lapar'.

"Darah" jawabnya sepatah.

Muka Khasyaf berkerut. "Darah?"

"Kenapa? Pelik ke vampire laparkan darah?" tanya Bunga kembali.

En. Vampire 2 [On Hold]Where stories live. Discover now