part 7

2.3K 104 13
                                    

2:00 a.m

Khasyaf sudah bertenggek di tingkap melihat aku yang sedang menulis sesuatu di kertas, melipat kertas tersebut dan memasukkan kedalam sampul surat lalu di biarkan diatas meja belajar.

"Dah?" Khasyaf bertanya selepas aku memandang Khasyaf.

Aku mengangguk lemah kemudian menghulurkan bagasi aku ke arah Khasyaf.

Khasyaf menyambut bagasi itu kemudian di bawa ke kereta melalui tingkap bilikku yang berada ditingkat atas. (Pandai-pandailah pikir macam mana)

Aku mencapai Samsung Galaxy J7 dan Iphone 6 plus , kemudian membuka pintu bilikku yang tadinya dikunci, keluar dari tingkap dan menutup tingkap itu serapat mungkin.

Aku memandang tingkap bilikku sebelum turun melalui pokok di sebelah tingkap.

"Jom" kataku sedikit sebak.

Khasyaf mengangguk kemudian memecut laju meninggalkan kawasan perumahan aku.

Aku hanya memandang keluar tingkap dan menangis.

"Betul ke kau ready ni? Kalau ready please jangan nangis. Kau buat aku rasa macam nak u-turn" Khasyaf memujuk.

"Aku sebak sikit je. Kau bawak je lah kereta" aku berkata dengan nada sebak yang masih berbaki.

Menangis membuatkan aku mangantuk, lagi-lagi sekarang pukul 2:47 a.m. (hari tu kata vampire tak tidur, ni mengantuk pulak..hm maafkan Izz :) )

Khasyaf POV

Haih Bunga, macam mana lah kau boleh tidur eh? Perangai manusia kau masih ada ke? Aku sangat tidak faham dengan vampire jenis kau, walaupun aku yang gigit kau, bukan Khasyira.

Aku memecut sehingga 190 km/j kerana waktu begini tidak ada banyak kenderaan di jalan raya.

Setelah kurang dari 10 minit memandu, sampailah dirumah agamku.

"Bunga, bangun" aku menggoncang sedikit badan Bunga yang sedang tidur.

Berkerut-kerut keningnya sebelum membuka mata.

"Kat mana ni?" tanya Bunga sambil melihat sekeliling.

Dia berada di satu tempat di mana di hadapannya sekarang ada rumah banglo sebesar 4 buah rumah teres 22 kaki. (gambar diatas)

"Rumah akulah"
"Besarnya"

Aku membiarkan dia, sementara aku pula keluar dari kereta dan membuka bonet untuk mengeluarkan barang-barang Bunga.

Bunga juga nampaknya sudah keluar dari kereta.

Aku mengheret bagasi Bunga berwarna hitam bercorak bunga Saffron di hadapan bag, kedepan pintu rumah.

Adikku membuka pintu untukku dan menjemput Bunga masuk ke dalam dengan senyuman. Ada pakej sekali lesung pipi kiri kanan.

Masuk sahaja, Bunga bagaikan teruja melihat sekeliling. Berhadapan dengan pintu, akan terlihat tangga yang menuju ke aras 2 dan 3, bahagian kanan dari pintu terdapat ruang tamu, ruang makan, tandas, dapur yang bergabung dengan ruangan kiri dan beberapa bilik pembantu rumah yang juga sejenis vampire seperti kami. Di bahagian kiri pintu pula, ada satu lagi ruang tamu yang khas (yang mempunyai tv) buat keluarga sahaja(walaupun aku hanya duduk dengan adik aku), tandas dan satu bilik rahsia.

"Khayrisa, bawa barang kak Bunga pergi bilik dia" adikku atau namanya Khayrisa itu mengangguk kemudian berjalan ke tangga diikuti Bunga.

Aku duduk di sofa hadapan tv dan membuka handphoneku.

Notification dari Instagram dan Whatsapp tidak berhenti masuk setelah aku membuka Wi-Fi. (Vampire do play instagram and whatsapp kay :'D )

Aku memutuskan untuk membuka Whatsapp dan membaca setiap satu mesej yang masuk.

Sedang aku membaca, tiba-tiba telefonku bergetar menandakan ada notification Whatsapp dari orang yang tidak dikenali masuk.

Aku pantas membuka mesej itu.

???- new girlfriend huh?

Tanpa berfikir aku membalas.

Khasyaf- siapa ni?

???- lupa dah?

Khasyaf- siapa ni?

???- Alah bang, kau lupa aku? Ada jugak jenis kembar lupa kembar kan?

Khasyaf- kau nak apa Khasyira?

???- aku nak balik. Nak hidup macam dulu.

Khasyaf- kau nak balik sini, lepastu musnahkan semua sumber darah kami, pastu bla. Macamtu?

???- ish, mana ada lah. Aku bukan keturunan VY (Vampire Yasher) yang macam tu eh, lagi-lagi keturunan Zimo yang hisap darah manusia tu abang kembar dan adik aku sendiri, takkan lah aku nak bunuh sumber hidup korang kan?

Penipu. Keturunan macam kau takkan pernah berhenti benci kami, benci manusia.

Aku membiarkan mesej Khasyira dan naik ke bilik, menukar baju seterusnya keluar.

Sebelum keluar, aku sempat menjenguk Bunga, kehidupan dia akhir-akhir ni tak lepas macam seorang manusia, beza dia dengan manusia dia tu macam dah tak de. Tak macam masa dia mula-mula jadi vampire, bawang putih tak boleh, kuat menghisap darah. Sekarang? Bawang pun dia tak kesah, nasi pun boleh sumbat.

Cuma tu lah, kau tak boleh kawal taring kau, baran kau. Haih.

-tbc-

Setiap kali cerita ni update, mesti korang akan bosan. Ada juga yang tertunggu-tunggu untuk sambungan cerita ni, tapi bila dah update mesti korang sedih sebab semua benda cliché, auta, boring, dan sebagainya. Maaflah, Izz tak berniat nak hampakan readers, tapi Izz buat cerita ni bila lapang je, itu pun kalau ada idea, memang apa-apa cerita Izz pun, semua untuk isi waktu yang kosong(kalau ada). Izz minta maaf sangat sangat kalau cerita ni tak masuk akal, membosankan dan pendek. Terima kasih untuk yang sudi menunggu dan membaca, IZZ SAYANG READERS ♥.

-Izz-

En. Vampire 2 [On Hold]Where stories live. Discover now