part 6

2.4K 103 2
                                    

Hmm,mana dia ni. Lama gila keluar kelas. Dahlah keluar tak bagitahu. Nanti apa-apa hal aku yang susah. Hish, Khasyaf berkata-kata dalam hati setelah 20 minit Bunga tidak kembali ke kelas. Matanya tidak lepas dari memadang pintu masuk kelas itu.

"Hye" tegur seseorang yang sangat tidak disukai oleh Khasyaf. Shasha.

"Hmm?" Khasyaf menjawab acuh tak acuh.

"Amboi sombongnya. Mentang-mentang dah dapat kawan baru. Kalau tak de minah tu,kau elok je layan aku. Apa minah tu buat kat kau sampai kau tak layan aku?"

"Dia tak buat apa-apa pun. Beside, aku memang dah lama nak larikan diri dari kau. Kemunculan dia sangat berharga bagi aku. Dia cantik,baik, dan yang paling penting dia dapat selamatkan aku dari kau"

"So, dia diperguna lah ni?" tanya Shasha dengan senyum sinisnya itu.

"Nope, aku dah pun jatuh cinta kat dia. And I will never let her go"

"Poor you Khasyaf,but she already left you"  kata Shasha tenang.

"How do you know?"  Khasyaf pula bertanya dengan tenang.

"Tadi dia keluar kelas"

"Dia keluar kelas tak bermakna dia tinggalkan aku. Mungkin dia nak jalan-jalan sementara tak de cikgu ni" Khasyaf mempertahankan Bunga.

"Kau tunggu lah sampai esok pun, kau takkan jumpa dia" Shasha berkata lalu pulang ke tempatnya.

Khasyaf yang masih tidak mengerti apa yang di katakan Shasha. Mungkin itu hanya gurauan, jadi Khasyaf tidak mengambil peduli. Dia memandang semula ke pintu masuk.

Semua guru yang masuk ke kelas itu akan bertanya di mana Bunga. Khasyaf hanya mampu menjawab bahawa Bunga pulang secara mengejut kerana mempunyai masalah keluarga dan tidak sempat mengambil begnya.

Khasyaf tidak dapat memberikan perhatiannya kepada pembelajaran kerana memikirkan di mana Bunga berada.

xxxxxxxxxxx

Kat mana aku ni? Aduhh, Aku cuba mengingati apa yang terjadi. Aku ditegur oleh seorang perempuan yang aku tidak kenali, bersama seorang lelaki disebelah kirinya, dan Shasha di sebelah kanan nya.

Aku melihat sekeliling, aku berada di sebuah bilik yang sangat luas. Tapi tiada tingkap. Bawah tanah mungkin. Bilik dengan dinding berwarna merah dan bercorak hitam, katil queen bercadar hitam berada ditengah bilik, disebelah kiri iaitu berdekatan dengan pintu bilik, terdapat meja kecil yang memuatkan 2 management file manakala satu meja besar yang berada di sebelah kanan katil yang boleh memuatkan 5 management file secara melintang 3 secara menegak dibucu bilik dan bertentangan dengan pintu.

Di atas meja itu terdapat darah berlabel yang tidak dapat difahami tulisannya , 3 packet di hujung meja, disebelahnya 5 picagari yang mengandungi cecair berwarna kuning lut sinar, merah seperti darah, oren dan selebihnya kosong tanpa cecair,kesemua picagari dilapitkan kain berwarna putih. Susunan di bawah picagari dan darah, terdapat banyak baju pelbagai warna yang dilipat kemas.

Tiba-tiba pintu bilik yang berwarna coklat gelap itu dibuka. Aku yang berada di meja besar itu memandang ke belakang untuk melihat siapa yang membuka pintu.

"Kau?!" aku mengerutkan muka tidak percaya setelah melihat lelaki yang berada di pintu itu. Berhoodie merah, seluar jeans hitam dan kasut converse merah hitam.

"Oh! Ingat lagi rupanya. Aku ingatkan lepas 4 tahun tak jumpa kau dah lupa aku" lelaki itu berkata sinis.

"Eh, jap jap. Aku tak tahu kau siapa, aku cuma terkejut sebab muka kau macam seseorang yang aku kenal" kataku. Sesungguhnya aku memang tak kenal dia siapa.

En. Vampire 2 [On Hold]Where stories live. Discover now