part 4

2.6K 110 0
                                    

"Dah lah jom lah. Aku tahu waktu sekarang ada sorang perempuan akan lalu depan sana. Jom! Nanti terlepas. Kebulur kang" Khasyaf menarik tanganku dan keluar melalui tingkap.

Aku mengikut sahaja Khasyaf memandangkan aku baru sahaja mahu belajar.

Tiba-tiba ada seorang perempuan lalu dan tiba-tiba juga aku sudah menerkam perempuan itu. Aku mengisap darah perempuan tadi tanpa henti, sampailah Khasyaf menyedarkanku.

Aku yang tersedar terus melepaskan perempuan itu dan membersihkan sekitar mulutku yang comot menggunakan tisu.

Kemudian, aku membuka dompet perempuan itu lalu mengambil IC untuk melihat alamat rumahnya.

Bagi kami tak kisah lah betul ke salah alamat rumah tu. Yang penting kitorang dah hantar dia balik.

Sementara itu, Khasyaf menggunakan kuasanya untuk menutupi luka di leher tempat aku gigit tadi dan membuat perempuan itu lupa tentang apa yang terjadi sebentar tadi.

Khasyaf mengangkat dan keletakkan perempuan itu dihadapan rumah mengikut alamat di ICnya.

Yup. Kitorang vampire yang sangat baik. Kepentingan diri sendiri dan manusia lain juga harus dijaga.

Khasyaf memberiyahu bahawa,kalau ada antara vampire tidak buat begitu, kami akan didenda diletakkan tempat paling sejuk di bumi untuk puluhan tahun tanpa darah atau sebarang makanan.

Dan aku takkan biarkan itu terjadi supaya abang, mama dan papa tak kehilangan aku.

Sesampai sahaja di tingkap rumah, aku terus masuk dan menukar baju secepat mungkin dan tidur.

Ya! Aku tidur. Kami tidur. Tapi tak lena. Hanya memejamkan mata bersahaja. Tidak terlelap sekalipun. Jadi kami tidak bermimpi atau mengigau seperti manusia.

Jika ada serangan mengejut atau percubaan membunuh, kami hanya tinggal membuka mata dan membalas serang musuh itu.

Ups! Too much intro. Point dia, kitorang tidur tapi tak lena.

Kami juga makan makanan manusia untuk mengelakkan dari terbongkar rahsia.

Dua je perbezaan antara manusia dan vampire:

Pertama,vampire takut bawang putih dan manusia tidak.

Kedua, vampire minum darah manakala manusia tidak.

Okay back to the story, aku tidur sampai loceng aku berbunyi menandakan pukul 6:00 am.

Seperti biasa, aku akan mengemas katilku sebelum mandi, kemudian aku mengenakan skinny jeans berwarna putih, baju berwarna biru tua dan converse berwarna putih. Rambutku diikat tinggi dan kemas. 

Tak lupa juga beg totebag berwarna cream. Yap! Aku pencinta totebag dan sport shoes. Jadi jangan pelik kalau aku selalu bertukar-tukar bag dan kasut.

"Morning abang , morning mama. Papa dah pergi kerja eh ma?" aku berlari turun dari tangga seperti budak 6 tahun yang ingin mendapatkan mainannya.

"Morning sweetheart. Aah, Papa dah pergi kerja pagi-pagi tadi lagi" mama membalas ucapan pagiku.

"Morning Bunga. Nak balik dengan abang lagi tak?" tanya abang sambil mengangkat dan menurunkan kening di sebelah kirinya .

"Of coz!" aku berkata sedikit menjerit akibat teruja. "Nah bekal. Semalam tak bawa kan?" mama menghulurkan bekalku.

Aku menyambut dan segera membuka bekal itu untuk memastikan makanan yang dibawa itu boleh dimakan oleh aku atau tidak.

And yes! Dalam tu ada bawang putih yang membuatku segera menekup hidung dan mulut dan meletakkan bekal itu diatas meja.

"Sorry ma, this is not my food start today"

-tbc-

En. Vampire 2 [On Hold]Where stories live. Discover now