4 - Parti Hari Jadi

2.9K 303 36
                                    

Eunyoo pov.

"Seungkwan!! Cepatlah, nanti kita lambat pula!!" Jeritku di pintu rumah memandangkan Seungkwan ni asyik2 buat aku lambat je.

"Aish, adik kamu tu. Bersiap mengalahkan perempuan betul." Appa mula mengomel.

Sebenarnya, aku dan Seungkwan akan pergi sekali bersama omma dan appa memandangkan mereka pun guna jalan yang sama untuk ke dinner tu.

Setelah 10 jam aku berdiri di pintu tersebut menunggu. Ok tipu. 5 minit je. Tapi, ianya bagaikan 10 jam.

Seungkwan pun muncul.

"Woah ... tak sangka kamu ni kacak bila pakai sut ni." Pujiku dengan perasaan yang kagum melihat adikku yang sangat kacak sekarang ni. Memang tak sangka betul.

"Itu pujian ke ejekan??" Seungkwan mempertikaikan keikhlasan aku.

"Orang puji betul2 dia tak percaya pula. Nanti noona ejek, dia merajuk tak tentu pasal." Marahku sambil menapak ke tempat terletaknya kereta appa.

"Betul ke Seungkwan kacak??" Soal Seungkwan sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sebelahku.

"Ye, kamu memang kacak dari dulu lagi." Kataku sambil tanganku menyerabutkan rambutnya.

Aku menahan ketawa apabila melihat riak wajah Seungkwan berubah.

"Noona!! Apa ni?! Penat2 Seungkwan style kan rambut ni. Senang je noona rosakkan." Satu muncung itik mula muncul di bibir milik Seungkwan.

"Aye, kan Seungkwan dah kacak. Tak perlulah rambut yang bergaya sangat. Nanti semua perempuan jatuh cinta kat Seungkwan, noona juga yang susah." Ujarku sambil tersenyum.

"Tahu tak apa." Balas Seungkwan sambil tangannya sibuk membetulkan rambutnya.

Omma dan appa yang duduk di tempat duduk hadapan ketawa kecil. Mungkin geli hati melihat gelagat aku dan Seungkwan. Ha ha.

-

Beberapa minit kemudian, kami pun tiba di hadapan rumah milik Lisa. Aku baru sahaja berdiri di hadapan rumah dia, tapi aku tidak dapat mengawal reaksi kagumku.

Rumahnya sangat besar dan laman rumahnya sangat luas.

"Eo, Eun. Awak sampai juga akhirnya. Tahu tak, dari tadi saya tunggu awak kat depan ni sehinggakan Mingyu merengek macam budak sebab saya tak ada kat dalam. Haha"

Aku tersenyum. Cantik betul dia malam ni. Siapalah yang tak jatuh cinta kat dia.

"Jomlah kita masuk." Ajak Lisa.

"Jap, Arin dah sampai ke??" Soalku.

"Arin, dia dah sampai. Lebih awal lagi daripada tetamu lain." Beritahu Lisa.

Arin tu memang. Dia memang seseorang yang suka majlis2 macam ni. Tak macam aku. Aku tak suka tempat yang ramai orang.

Aku pun mengikuti Lisa dari belakang dikuti oleh adik aku, Seungkwan yang sudah tersengih-sengih.

Heh, budak tu. Sukalah hati dia dapat pergi majlis ni.

"Seungkwan, apa kata Seungkwan pergi melawat tempat ni ke, cari kawan baru ke. Taklah Seungkwan asyik berkepit dengan noona je." Arahku membuatkan wajahnya berubah ceria.

"Betul ke ni??"

"Lah, buat apa kita pergi majlis ni kalau itu bukan tujuannya??"
Seungkwan tersenyum sebelum menghilangkan diri dalam kumpulan tetamu yang datang.

Tiba2 satu pelukan yang erat terasa ditubuhku membuatkan aku menoleh ke belakang.

"Arin!! Lepaslah, aku tak dapat bernafas lah."

Crush || Seventeen MingyuWhere stories live. Discover now