23 - The Hurtful Truth

2.2K 237 68
                                    

Mingyu pov.

Aku melabuhkan punggungku di sebelah Eunyoo. Memandangkan aku tidak berani hendak menegurnya, jadi aku hanya membaringkan kepalaku di atas meja sambil mataku tertumpu ke arahnya.

Lelaki jenis apakah aku ni? Tak pandai hendak memujuk? Aku sendiri pun tak faham dengan diri aku.

Tidak lama kemudian, mataku semakin layu dan akhirnya tertutup dan membawa diriku ke alam mimpi.

_____

Mataku dibuka perlahan dan otakku masih memproses apa yang berlaku sekarang.

Baru aku teringat aku masih berada di dalam kelas. Dah pukul berapa sekarang ini?

Sebaik sahaja semua perkara tersebut menerjah masuk ke mindaku, mataku terus terbuka luas menampakkan wajah Eunyoo yang sedang tidur nyenyak di sebelahku.

Dah berapa lama aku tidur ni?

Jam di tanganku dilirik. Baru 5 minit aku tidur. Fuhh, nasib baiklah.

Aku kembali memandang ke arah Eunyoo. Patutkah aku bangunkan dia? Atau, biarkan dia tidur?

Kemudian, mataku tertancap pada dahi milik Eunyoo. Terdapat satu cebisan kertas melekat di dahinya membuatkan aku tergelak halus.

Aku pun mendekatkan tanganku pada dahinya untuk mengambil cebisan kertas tersebut dan pada masa yang sama, Eunyoo membuka matanya menyebabkan aku terkaku dan lidahku kelu.

Bukan apa ...

Aku takut dia fikir macam2 yang tak elok.

Mata Eunyoo terbeliak sebelum dia bingkas bangun, memandangku dengan mata yang terbeliak. "A-apa yang a-awak buat di sini?"

"S-saya cuma temankan awak. Awak jangan fikir bukan2. Saya cuma nak alihkan cebisan kertas di dahi awak itu sahaja." Jelasku tanpa noktah.

Wajah Eunyoo kelihatan berona kemerahan.

Dia tak fikir perkara yang bukan2 kan?

Dia mula tertunduk. Cebisan kertas pada dahinya diambil. "Jadi, awak dah nampak saya menangis tadi?" Kata2 nya diakhiri dengan satu keluhan.

"Nae. Saya nampak." Jawabku sambil tertunduk.

Eunyoo kemudiannya tergelak halus. Sepertinya dia memaksa gelaknya itu. "Saya dah malukan diri saya. Saya dah tunjuk diri saya yang lemah depan awak dan yang lain. Apa yang perlu saya buat sekarang?" Suaranya kedengaran agak bergetar.

"Gwaenchanna. Sekali sekala, awak pun kena melepaskan segala beban yang ada dengan menangis. Tak semestinya ianya menunjukkan yang awak lemah." Kataku.

Dia mengangkat kepalanya memandangku. "Jinjjayo? Saya sendiri pun tak pasti. Adakah awak dan yang lain akan mengejek saya selepas ini atas apa yang saya lakukan? Ataupun, tidak."

Bahunya ku pegang sebelum aku merenung ke dalam matanya. "Eun ... kami tak akan buat macam itu. Sekarang, awak ialah kawan kami. Sebagai kawan, kita sepatutnya membantu satu sama lain. Awak kan dah simpan rahsia saya. Saya juga akan berbuat perkara yang sama."

Eunyoo mula mengukir senyuman kecil. "Gomawo, Mingyu-ah."

"Ehem ... korang buat apa ni?"

Serentak aku dan Eunyoo menoleh ke arah suara tersebut. Ianya Hoshi.

"Mana ada kami buat apa2." Kata Eunyoo tenang.

Aku mengangguk, membenarkan kata2 Eunyoo sebentar tadi.

"Sekarang masa balik. Korang tak nak balik? Ke, korang nak tinggal lama sedikit." Kata Hoshi sambil menjongketkan sebelah keningnya.

Aku dan Eunyoo mengerutkan dahi. Kenapa dia tiba2 jongketkan kening dia? Dah mabuk ke?

Crush || Seventeen MingyuWhere stories live. Discover now