14 - My Little Secret

2.2K 228 5
                                    

Eunyoo pov.

"Noona!! Bangun!!!" Jerit seseorang yang aku AMAT kenali, tak lain tak bukan ianya Seungkwan, adik lelakiku yang sangat menjengkelkan.

"Ahhh ... apa?!" Selimut yang ada pada tubuhku ditarik sehingga menutupi kepalaku kerana, hari ini cuti hujung minggu. Jadi, aku malas nak bangun awal.

Selimut tadi, hilang dengan sekelip mata apabila ditarik oleh Seungkwan. "Noona!! Bangun!! Cepat!!"

Dengan berat hatinya, aku membuka mataku yang masih berat dan memaksa diriku untuk duduk. "Aish ... kenapa??"

"Kenapa noona tak nak sertai persembahan untuk festival itu? Tahun ini kan tahun terakhir noona. Noona perlu ikut juga." Kata Seungkwan dengan selambanya.

Heol ... aku memandangya dengan wajah yang tidak percaya.

Dia bangunkan aku cuma nak beritahu tentang itu sahaja?? Tch, bagus aku tidur sahaja. Ish, kacau betul.

Aku kembali berbaring pada katilku memandangkan perkara itu tidak penting.

"Noona!!" Jerit Seungkwan sambil menggoncangkan badanku.

"Ugh ... Seungkwan ni ... noona mengantuklah. Lagipun, benda itu bukannya penting."

Seungkwan membuat riak wajah terkejut sambil menekup mukutnya dengan tangan kanannya. "T-tak penting? Noona ... itu perkara penting. Kalau noona tak ambil peluang itu, noona pasti akan menyesal seumur hidup kerana ianya akan menjadi memori yang indah."

"Noona tak nak. Takkanlah Seungkwan masih tak faham dengan noona? Seungkwan pun tahu kan noona ni macam mana." Balasku.

"Takkanlah sampai sekarang noona masih lagi takut untuk berdiri di hadapan khalayak ramai?? Noona ni ada bakat dalam nyanyian, tapi noona sia2 kan." Kata2 Seungkwan itu memang ada benarnya. Tapi ... diri aku ... masih dihantui oleh ketakutanku terhadap pandangan orang ramai.

Aku mendiamkan diri sejenak.

"Macam mana kalau mereka semua benci nyanyian noona?? Macam mana, kalau noona rosakkan persembahan itu nanti?? Disebabkan noona, persembahan itu tak menjadi. Noona tak boleh terlibat. Mereka semua mempunyai bakat yang sangat hebat. Noona?? Satu bakat pun noona tak ada. Buat apa noona nak rosakkan persembahan orang lain. Dahlah Seungkwan, noona tetap dengan keputusan noona. Noona tak nak sertai persembahan itu." Kataku lalu melangkah ke dalam bilik air. Pintu bilik air tersebut ku kunci sebelum aku bersandar padanya.

Kedengaran tapak kaki milik Seungkwan melangkah pergi. Tapi, aku masih tidak mahu keluar dari tempat tersebut.

Cermin yang berada di hadapanku aku pandang. Terdapat pantulan wajahku pada cermin tersebut. Pantulan yang menampakkan rupa wajahku yang baru sahaja bangun daripada tidur.

Ianya juga menunjukkan bahawa betapa tidak cantiknya aku, betapa tidak berbakatnya aku, betapa sunyinya aku, betapa menyedihkannya aku. Semuanya terpapar pada cermin tersebut.

Aku takut perkara yang sama akan berulang. Aku takkan benarkan perkara itu berlaku. Takkan sekali-kali.

Flashback.

Hari ini merupakan hari di mana aku akan menyertai pemilihan untuk wakil pertandingan nyanyian dan tarian untuk sekolahku untuk bertanding di peringkat sekolah2. Aku sudah berbulan-bulan berlatih bersama-sama dengan rakan2 ku yang lain. Aku berharap agar kumpulan kami akan dipilih.

Dalam beberapa minit lagi, kumpulan kami akan menaiki pentas untuk mempersembahkan hasil titik peluh kami. Aku sudah berdebar dan tanganku mulai berpeluh. Rakan2 seperjuanganku cuba menenangkan diri mereka sama sepertiku. Mereka juga berdebar.

Crush || Seventeen MingyuWhere stories live. Discover now