34 - What happened to her?

2.4K 262 123
                                    

Eunyoo pov.

"Eun ... kau ok tak?? Kenapa aku nampak kau macam tak sihat sahaja kebelakangan ni??" Soal Arin semasa aku sedang mengemaskan loker milikku.

Aku memandang Arin dengan senyuman yang ditampal pada wajahku. "Aku ok. Cuma, aku rasa agak penat kebelakangan ni."

"Kau masih marah pasal hari tu ke?? Sampai sekarang kau langsung tak tegur pun Mingyu walaupun Mingyu cuba tegur kau. Kau buat dia macam halimunan. Kesian pula aku tengok dia." Dia cakap macam itu sebab dia belum tahu yang Mingyu sukakan dia.

Kalau dia tahu, mesti dia akan buat perkara yang sama dengan apa yang aku buat sekarang.

Selesai mengambil buku2 yang aku perlukan, aku dan Arin melangkah menuju ke kelas. Entah kenapa aku rasa pening sangat hari ini. Mungkin sebab aku stres memikirkan tentang Mingyu dan Hoshi.

Dah lama aku tak nampak Hoshi. Sejak kejadian hari itu, bayang2 dia pun aku tak nampak lagi.

Seperti biasa, aku akan menghiraukan Mingyu yang duduk di hadapanku dan mula melabuhkan punggungku. Kepalaku aku letakkan di atas meja sambil lenganku digunakan untuk menutup wajahku.

"Eun. Awak tak nak dengar ke apa yang saya nak cakapkan ni??" Tidak salah lagi, itu ialah suara Mingyu.

Tanpa menunggunya untuk menuturkan kata2 seterusnya, aku pantas menutup telingaku menggunakan tapak tanganku. Aku tak nak dengar. Aku tak nak dengar apa2 dari kau. Aku tak nak hati aku ni sakit lagi. Aku dah cukup sakit hati selama ini. So, stop it.

Tidak lama kemudian, guru Matematik masuk. Dengan kepala aku yang pening, aku memaksa diriku berdiri untuk menyapa cikgu tersebut sebagai tanda hormat.

"Kerja sekolah semalam dah siap?? Cikgu nak kamu hantarkan kerja sekolah kamu hari ini juga. Tiada alasan. Ketua kumpulan, sila kutip latihan tersebut." Kata cikgu tersebut.

Kerja sekolah semalam??

Aku menolah ke arah Wonwoo. "Wonwoo ... apa kerja sekolah matematik semalam??"

Wonwoo mula melambai-lambaikan kertas latihan di hadapan wajahku. "Kan awak yang ambil dari meja cikgu semalam??"

Jadi ... aku lupa ...

Lagi??

Aku tersengih sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal. "Lupa nak buat."

Wonwoo menggelengkan kepalanya. "Kenapa awak asyik lupa sahaja kebelakangan ini?? Hari itu, awak lupa nak bawa handfon awak yang tertinggal di padang. Nasib baik saya yang jumpa. Kalau orang lain, saya tak tahulah apa akan jadi dengan handfon tu." Bebel Wonwoo.

"Saya tahu. Maaflah. Sejak kebelakangan ini, saya jadi pelupa. Mungkin, sebab stres. Kan ujian akhir tahun tak lama lagi??"

Wonwoo mengangguk setuju. Nasib baik dia tak syak apa2.

Setelah kertas latihan tersebut selesai dikutip, cikgu menyemak satu persatu nama pelajar yang menghantar kertas tersebut. Sudah semestinya nama aku tidak disebut.

"Boo Eunyoo??" Namaku mula meniti di bibir cikgu.

Aku pun berdiri dengan kepala yang tertunduk. Salah satu sebabnya adalah kerana aku malu. Sebab lain oalah kerana kepalaku semakin sakit sekarang.

"Kenapa awak sering tak hantar kerja sekolah awak?? Bukankah awak pelajar terbaik dalam kelas ini. Awak tak pernah tak hantar kerja awak. Dan, kenapa latihan2 yang awak buat itu jawapannya semua salah?? Awak sengaja ke buat begitu??"

Aku mendiamkan diri. Aku tidak mahu mempertahankan diri aku walaupun aku tahu aku tidak bersalah.

"Baiklah kalau itu yang awak nak. Sila keluar dari kelas saya sekarang." Arahnya sambil menunding ke arah pintu kelas dengan jari telunjuknya.

Crush || Seventeen MingyuWhere stories live. Discover now