PENJAGA 1

11.8K 587 77
                                    

«««««»»»»»»

Suasana hening memenuhi dorm Maimunah pada malam itu.

" Kejadian ini terjadi pada 5 tahun lepas dimana seorang pelajar tingkatan 3 sekolah kita dijumpai mati di bilik guru . Apa yang misteri, tiada siapa tahu punca kematian pelajar tersebut . Terbiar di stor bilik guru dalam keadaan yang sangat sangat sangat menggerunkan !

Menurut khabar angin , kematian pelajar tersebut berpunca kerana pelajar tersebut selalu ke tandas selepas waktu light off . Sejak dari itu , siapa yang ke tandas selepas 11.30 malam , pasti akan mendengar perkara yang aneh .

Bunyi pintu tandas terbuka dan tutup .

Sreeetttttttt .

Manakala pili disingki mengalirkan air walau tiada siapa disitu yang membukanya !

Bunyi pelajar perempuan menangis meminta tolong .

'Tolongggg !!! Tolongg !!!!'

Dan yang lebih dahsyat , jika kita basuh muka kita pada singki dan lihat pantulan wajah pada cermin tandas tu , pasti akan muncul wajah pelajar yang mati tersebut !!

Wajah yang terobek koyak serta pakaian yang penuh dgn lumuran darah . Dan dengan perlahan ,

dia akan mendekati kita .

Setapak ,

Demi setapak .

Demi setapak .

Selepas itu , didekatkan wajahnya .

Lalu ,

BAAAAAAAAAAAAA !!! "

Terus menjerit ketakutan semua pelajar tersebut .

Asyikin ketawa berdekah kerana berjaya mengejutkan pelajar tingkatan 1 dengan cerita hantu rekaannya .

" Akak ni , terkejut saya tau , " ujar Suhaila sambil mengurut dadanya .

Asyikin masih lagi ketawa . Berpuas hati dengan jalan cerita kali ini . Dia memang suka bercerita begitu pada pelajar tingkatan 1 yang tidak tahu apa-apa setiap kali ada kemasukan baru .

Junior noob .

Setelah itu , keadaan riuh tadi kembali tenang .

" Macam mana kalau cerita tadi benar2 pernah berlaku ? " celah Zetty dengan soalan yang berada diluar dari jangkaan .

Pelajar yang lain terdiam dek soalan itu seraya memandang Asyikin meminta jawapan .

Seperti mereka , Asyikin juga terdiam dengan soalan tersebut .

Tidak pernah lagi sepanjang dia bercerita tentang kisah ini , ada yang memberi respon sebegitu .

Bunyi cengkerik melewati dorm Maimunah .Peluh hangat merecik perlahan melalui helaian rambut Asyikin .

" Ishhh , ape pulak ? Akak main reka je cerita tu . Jangan serius sangat . Akak acah je , " pangkah Asyikin berdalih sambil tertawa kecil .

Pelajar lain kelihatan melepaskan nafas lega dengan jawapan yang diberi . Takut juga kalau cerita yang disampaikan benar2 pernah terjadi.

' Disebalik mata ada mata , ' bisik Zetty sambil tersenyum sinis disebalik pelajar lain .

-------

Asyikin termenung sendiri ketika menjamah nasi di dewan makan .

" Macam mana kalau cerita tadi benar2 pernah terjadi ? "

Dia menggeleng kepalanya laju .

" Cerita tu khabar angin je . Manade betul2 . Ish merepek betul soalan budak tu ," Asyikin memperkukuhkan andaiannya . Sebetulnya , soalan budak junior semalam sedikit sebanyak menganggu fikirannya .

PENJAGA ✔Where stories live. Discover now