asrama 18

4.9K 439 57
                                    

Petang itu , 2 bas yang bakal membawa 84 pelajar Sekolah Menengah Sains Dato' Perkasa tiba jua .

Sir Yusri mula mengagih para pelajar dan mereka bertolak ke hutan Nuang tepat pukul 4.30 petang .

Mengambil masa 2 jam dari sekolah , mereka akhirnya sampai pada pukul 6.45 petang di tempat kem mereka .

Disebabkan hari semakin gelap , mereka akan membina khemah dan berehat sahaja dulu . Esok harinya baru mereka mulakan sesi pengembaraan di hutan Nuang .

-------

Bunyi siren yang kuat dan nyaring mengejutkan bangun kesemua pelajar yang sedang lena . Satu persatu dari mereka keluar khemah dengan muka yang mamai dan tidak puas hati .

Setelah semua bangun , mereka beratur mengikut tingkatan dihadapan tapak kem .

" Macam mana malam pertama dekat sini ?! " soal Sir Yusri .

" Baik cikgu !! " jawab kesemuanya serentak .

Sir Yusri sedikit berpuas hati .

" Tepat pukul 8 pagi nanti , kesemua kamu akan memulakan trek kembara hutan Nuang secara berkumpulan . Kamu akan dibekalkan kompas , peta dan juga makanan . Setiap kumpulan pula terbahagi kepada 6 pelajar yang telah diaturkan . Asyraf Naim akan membacakan senarai nama kumpulan masing2 dan harapnya semua beri kerjasama , " terang Sir Yusri berdisiplin sekali .

Masing2 menelek melihat jam tangan . Sudah pukul 7.30 pagi !

Naim berdiri dihadapan semua pelajar . Senarai nama kumpulan yang baru diterimanya sebentar tadi mula dibaca satu persatu .

" Pasukan #1 terdiri daripada : Ketua Pelajar , Ketua Asrama Lelaki , Ketua Asrama Perempuan , Ketua Bola Tampar Perempuan , Ketua pasukan Rugbi dan juga Ketua Tingkatan Satu ,"

Naim menelan air setelah membaca senarai tersebut . Ini adalah pasukannya sendiri .

Setelah itu , Naim meneruskan membaca senarai tersebut hingga pasukan ke #14 yang merupakan kumpulan terakhir .

Mereka mula membentuk dan mencari pasukan mereka dengan tenang dan teratur .

Naim kemudian masuk ikut serta kumpulannya habis itu .

" Baiklah . Sebentar lagi kamu akan dibekalkan kompas dan beberapa makanan dan minuman bagi bekal kalian sepanjang trek kembara sebentar lagi . Dipesan sekerasnya agar bergerak mengikut kumpulan yg telah ditetapkan . Sebarang masalah dan ragu boleh rujuk saya , " terang Sir Yusri .

Mereka kemudian diagihkan peralatan yang patut .

" Bergerak bermula dengan pasukan #2 , manakala pasukan #1 yang terakhir , " Sir mengerling melihat jam . " Baiklah , jam sudah berdetik 8 tepat . Pasukan #2 boleh bergerak sekarang disusuli yang seterusnya ."

" Apesal team kita last pulak ? Bapak tak aci doe Sir , " bebel Haiqal , ketua pasukan Rugbi ( 😍 ) .

" Sir cakap team kita paling kuat . So kita gerak last , " beritahu Faisal menyedapkan hati Haiqal . Bukannya dia tidak tahu Haiqal ni pantang kalau kena tunggu something.

Mendengarkan itu , Haiqal sedikit kembang . ' Team paling kuat ' seh .

" Aku rasa , better Faisal lead team kita , " cadang Zack , ketua pasukan Bola Tampar perempuan .

Asyikin mengangguk setuju . " Faisal pegang kompas , Naim pegang peta . Meanwhile yang lain boleh bawak air botol besar tu and sikit makanan . " ujarnya .

Yang lain bersetuju . Kini mereka hanya menunggu giliran mereka untuk bergerak .

Zetty memegang kepalanya yang tiba2 terasa berpinar . Dah lah kena team dengan senior , ni kepala buat hal pulak .

PENJAGA ✔Where stories live. Discover now