TITT.. TIITTT...
Alat bantuan oksigen ditanggalkan.
Aku mati.
Masa kematian pada jam 9.47 malam.
Kematian disebabkan oleh kecederaan di bahagian kepala.
Sekali lagi aku katakan yang aku mati. Mati tu maknanya mati. Mati dari melihat benda yang hidup. Hidup kita sebagai seorang manusia itu tak lama. Kalau sudah ditetapkan Tuhan maka ditariklah roh keluar dari tubuh oleh Malaikat Izrail.
Aku tak tahu akan adakah tangisan air mata dari orang tersayang sesudah aku disahkan mati ni. Dan sudah semestinya dunia aku turut jadi gelap gelita. Jantung juga sudah lama berhenti dari berdetak. Apa yang tinggal hanyalah sebuah jasad yang tidak bernyawa.
Dup!
Dup dup!
Dup dup dup dup!
Aku nampak cahaya. Aku masuk syurga ke? Takkan orang berdosa macam aku masuk syurga. Mata kabur aku celikkan. Silau. Dan kini seperti ada sesuatu yang berat sedang menghempap tubuh.
"Argghhhhhhhhhh!" Nafas yang agak sesak aku tarik sedalamnya sehinggakan aku merasa dada aku turut terangkat tinggi.
Eh, tapi ini bukan syurga.
Aku betul-betul dah mati ke?
PS/: KALAU ANDA SUKA KISAH NI JANGAN LUPA BAGI BERAPA SAJA BINTANG AND FOLLOW.. JANGAN PLAGIAT!!! THANKS..
YOU ARE READING
REMEMBER
Mystery / ThrillerAdakah memang jadi kebiasaan bagi orang yang tersedar dari koma akan mengalami kejadian yang pelik-pelik? Setahun Pan terlantar koma. Sebaik tersedar dia selalu mendengar bisikan-bisikan di rumah, di universiti dan di mana-mana suara asing itu serin...