Bab 6

193 10 8
                                    

DARAH yang masih basah di hujung bibir aku kesat dengan lengan sweater. Tak pasal-pasal dapat tanda. Dahlah orang dalam tren tadi asyik pandang-pandang aku. Tak pernah tengok muka orang kena pukul agaknya. Habis calar muka yang tak seberapa nak hensem aku ni.

Kau tunggu saja nasib kau nanti budak. Kali ni kau terlepas. Selagi aku tak dapat jawapan memang kau tak boleh nak lari dari aku.

Aku melangkah lemah dengan kepala sedikit menunduk. Rasa lambat saja nak sampai ke rumah. Beberapa kali juga aku berhenti melepas lelah. Akhirnya aku melangkah jua ke aras tingkat apartment aku. Belum lama selepas itu aku perasan ada seseorang laju datang dari arah bertentangan dan dia sekadar melimpasi aku tanpa memberikan segaris senyuman apatah lagi pandangan.

Kaki aku berhenti melangkah. Aku menoleh ke arah gadis itu.

"Adik!"

Panggilan aku tadi tidak dilayan. Atau dia yang tak dengar aku panggil. Aku ambil keputusan lalu mengejar langkahnya. Lantas aku tarik bahunya dari belakang sehingga tubuh itu menghadap aku. Dia yang agak tergamam memandang aku dengan muka yang blur.

"Kau apahal ni?" soalnya agak keras.

Budak ni, aku lempang kejap lagi baru dia tau. Langsung tak ada budi bicara. Tapi aku tak heranlah sebab aku tengok cara dia cakap dengan Mak Cik Hanum pun macam kurang ajar.

"Aku nak tanya kau satu benda boleh tak?"

Keningnya terlihat terjongket. Sambil itu mata hitamnya melekat ke arah tubuh aku. "Kau nak tanya apa?"

Untuk seketika aku kumpulkan khudrat dalam diri aku untuk menyoal dia tentang perkara misteri yang berlaku baru-baru ini. Aku nakkan kepastian dari mulut dia sendiri. Dan aku harap kata-katanya bercanggah dengan Mak Cik Hanum.

"Jumaat lepas kau hantar lauk yang mak kau masak dekat aku kan?"

Dia yang tadi cukup serius tiba-tiba ketawa. Aku tanya benda betul dia boleh siap ketawa lagi. Memang nak kena siku budak ni dengan aku.

"Aku tak suruh kau ketawalah. Aku cuma nak kau jawab soalan aku," kata aku tegas. Kemudian tawanya mula mengendur.

"Hei, apalah yang kau merepek ni. Aku? Aku hantar lauk yang mak aku masak dekat kau? Huhh, hello kalau kau nak merapu aku ni tak ada masa nak layan. Lebih baik aku blah." Dia geleng kepala lantas terus berpaling.

Aku cepat-cepat mencengkam tangannya sebab aku masih tak puas hati dengan apa yang dia katakan tadi. "Habis siapa yang hantar lauk tu dekat aku. Kembar kau?! Kau cakap betul-betul dengan aku." Suara aku mula menaik. Aku dah tak peduli dengan kejiranan.

"Isy, apa ni? Lepaslah. Kau mengarut apa ni." Dia cuba melepas tangannya dari cengkaman aku. Kali ini genggaman aku betul-betul kuat. Aku tak akan biarkan dia ni pula yang terlepas.

Aku tarik tubuhnya mendekat dengan aku.

"Cakap betul-betul! Aku tahu kau yang hantar lauk tu dekat aku. Memang kau yang hantar."

"Aku tak hantarlah! Apahal kau ni? Gila!"

"Kalau bukan kau siapa lagi yang hantar. Hantu!"

Dia pandang aku semacam bila aku sebut pasal hantu. Lalu dengan keras dia menyentak tanggannya. Pergelangan tangannya yang kini memerah akibat dicengkam aku tadi dia pandang seketika. Keluhan berat dia lepas.

Kali ini dia pandang aku lagi tajam sehinggakan aku dapat rasa kemarahannya pada aku sekarang tengah membara. Dan aku pula tak akan suka-suka nak buat dia marah kalau dia jujur jawab soalan aku tadi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

REMEMBERWhere stories live. Discover now