Bab 3

170 18 0
                                    

SELEPAS saja kelas yang membosankan tadi berakhir aku terus membawa diri aku ke library. Helo, ingat budak macam aku tak pergi library ke. Ke ada larangan budak sejenis aku tidak dibenarkan masuk. Negara mana buat aturan begitu.

Pasal kelas tadi. Entah aku langsung tak peduli apa yang lecture tu pok pek dekat depan. Cakap pasal ini. Cakap pasal itu. Yang aku tau aku hadir ke kelas. Cukup! Kalau aku rasa nak belajar aku belajar.

Mujur saja kelas Miss Ain terlajak dara tu tak ada hari ini. Kalau tak makin bernanahlah telinga aku ni asyik dengar dia mintak assignment assignment assignment. Dia ingat aku ni budak copy paste nak siap time-time tu jugak. Tapi pagi tadi masa aku lalu dekat lobi aku ada la bertembung dengan dia tapi aku buat tak peduli. Maklumlah telinga akukan sentiasa ditutup headphone. Kalau dia panggil pun aku takkan nak dengar.

Aircond di dalam library itu membuatkan tubuh aku seram sejuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aircond di dalam library itu membuatkan tubuh aku seram sejuk. Terasa anginnya merempuh tubuh aku. Bulu roma di tangan mula mencanak naik. Geli pulak aku tengok. Tak biasa-biasa aku rasa sejuk macam ni hari ni boleh pulak kesejukkan. Lagipun tempat yang aku duduk ni memang dah jadi port aku dari dulu. Kalau ada budak duduk situ aku akan suruh dia blah.

Lagi satu aku tak suka nak duduk satu meja dengan budak-budak lain. Rasa menyemak tengok budak-budak yang buka buku konon-kononnya nak study hard. Pffuhh! Pergilah kau punya study hard. Tak ada pulak aku tengok yang study hard sangat tu dapat 4 flat.

Lagu New Divide dimainkan. Lagu Linkin Park ini menjadi lagu tema untuk filem Transfomers satu masa dulu. Entah apa yang seronok sangat filem tu aku pun tak tau. Bayangkan kenderaan boleh bertukar jadi robot. Kalau betul wujud memang tak aman dunia ni. Kesian kat Pak Jib setiap masa nak naikkan bangunan baru. Apa yang pasti lagu yang aku dengar sekarang memang menyedapkan telinga aku yang mendengar.

Buku yang berada di atas meja pulak aku selak dan sekadar sekilas pandang. Tak tekun pun aku baca.

"Hai."

Aku tersentak tiba-tiba aku dengar macam orang menegur 'hai' keluar dari speaker headphone di telinga aku. Aku toleh ke sebelah kalau-kalau ada orang yang memanggil. Tapi tak mungkin jugak sebab orang-orang yang ada pun jauh dari aku dan suara itu betul-betul jelas. Ke lagu ni yang rosak.

PAPP!

Sekali lagi aku tersentak. Hisy, siapa pulak yang berani kacau aku ni?! Siap hempas-hempas barang dia ni. Aku pandang pada folio yang dihempas di hadapan aku sekejap tadi kemudian aku jeling tajam pada orang yang berada di depan meja aku sekarang. Dia ni nak apa? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba pergi hempas dia punya benda alah ni dekat aku. Kalau datang bulan pun jangan lepas dekat aku. Jangan sampai aku pulak yang datang bulan.

Aku masih lagi memandangnya tajam. Tapi aku tengok perempuan itu tetap selambar dengan lagaknya lantas duduk di depan aku. Berani betul minah ni! Headphone di kepala aku turunkan ke leher.

REMEMBERWhere stories live. Discover now