HISH!
Mata yang terpejam rapat aku buka perlahan. Nak dengar lagu pun tak senang. Kepala aku yang menyandar pada kerusi aku tegakkan lantas menoleh ke sebelah.
Seriously?
This girl!
Annoying giler.
Perkara yang paling buat aku sakit hati bila mana aku nakkan ketenangan duduk di dalam MRT boleh pulak budak di sebelah aku ni menyanyi sakan. Dia ingat dia tengah buat konsert. Lagu yang dia nyanyi tu pulak lagu-lagu siulan budak-budak zaman sekarang yang liriknya mak kau.. asyik ulang perkataan yang sama dari mula sampai habis. Sorry, jujur aku cakap. Tak ada jiwa aku nak dengar.
Aku jeling lama budak yang gayanya ala-ala minah hipster tu. Nasib baik bukan raver. Kalau tak memang dah lama aku hempuk. Aku memang tak boleh blah dengan tarian macam punggung digigit semut api tu. Sebab tulah aku tak gemar ke KLCC, dekat luar tu memang port dia orang. Buat sakit mata. Cuba masuk rancangan Got Talent. Aku nak juga tahu apa juri tu cakap. Bakat atau apa?
Dia kemudian memandang aku sekilas. Tapi this girl memang tak makan saman dan boleh pulak dia buat tak endah. Keluhan aku lepas panjang. Sabar.
Tanpa mahu melayan headphone di kepala aku perbetulkan. Volume dinaikkan. Lagu Numb nyanyian Linkin Park mengisi gegendang telinga. Ini baru lagu aku.
Tren yang membawa aku dari hentian Kota Damansara tadi berhenti di Stesen Kwasa Damansara. Sebaik tren itu berhenti berpusu-pusu penumpang yang berebut masuk. Maklumlah nak dapatkan tempat duduk yang kosong. Pada yang lambat tu terpaksalah berdiri dan berlaga punggung dengan orang sebelah. Sempat lagi aku tersenyum sinis melihat gelagat-gelagat manusia yang berada di dalam perut tren. Kadang-kadang dengan orang tua pun dia orang tidak hendak beralah.
Tidak peduli lagi pada penumpang yang masuk aku memejam kembali kelopak mataku dengan kedua tangan memeluk tubuh. Para penumpang masih lagi mengisi perut tren tersebut sehinggalah terasa ada seseorang insan yang begitu 'mulia' pergi pijak kasut aku. Lekas aku mendengus halus lalu mataku buka luas lalu mengekor tubuh orang yang telah berani membuat onar. Kasut mahal kot! Dengan selamba saja dia terus melangkah. What?! Tak ada langsung ke niat nak mintak maaf dekat aku.
"Excuse me.." tegur aku. Nampaknya tiada balasan.
Namun beberapa orang yang lalu-lalang di hadapanku membataskan pula penglihatan aku untuk melihat orang itu sehinggalah tren tersebut mula bergerak. Anak mataku kembali mencari. Orang tadi sudah pun mengambil tempat duduk berhadapan dengan dengan seorang mak cik yang jaraknya tidak begitu jauh dari tempat aku.
Seorang perempuan.
Rambut hitamnya panjang dan lurus.
Memakai kasut kanvas putih. Seluar jeans skinny yang koyak di kedua lutut. Di tubuh tersarung jaket hitam dan di dalam dia mengenakan t-shirt putih.
YOU ARE READING
REMEMBER
Mystery / ThrillerAdakah memang jadi kebiasaan bagi orang yang tersedar dari koma akan mengalami kejadian yang pelik-pelik? Setahun Pan terlantar koma. Sebaik tersedar dia selalu mendengar bisikan-bisikan di rumah, di universiti dan di mana-mana suara asing itu serin...