Bab 4

172 17 4
                                    

HARI ini hari jumaat. Ya Jumaat. Penghulu segala hari, kerana seperti yang kita tahu Jumaat adalah hari di mana kiamat akan berlaku. Mungkin tahun depan, bulan depan, minggu depan, tak pun hari ni. Tapi kita tak tahu bila peristiwa besar itu akan terjadi. Yang pasti ianya akan jatuh pada hari jumaat.

Hari ini aku tak ada kelas. Jarum jam sudah terarah hampir ke pukul 1 petang. Seperti aku kata tadi hari ini hari jumaat dan aku masih lagi terbaring di atas katil sambil menghadap siling bilik. Rasanya orang lain dah lama bergegas ke masjid. Aku sendiri pula kurang pasti dah berapa lama agaknya aku tak pergi solat jumaat. Dan aku tersangatlah jarang untuk ke masjid tiap kali jumaat menjelma. Apatah lagi waktu-waktu yang lain. Kalau aku rajin aku akan buat.

Keluhan berat aku lepas. Ya Allah kenapalah perangai aku macam setan ni? Bila la agaknya aku nak perbaiki diri aku. Mungkin sebab dulu ayah dengan mama jarang nak tegur aku untuk bersolat. Kadang-kadang teringin jugak aku nak tengok ayah pegang rotan dan pukul aku sebab tak solat. Selama ni pun aku dibiar aje solat sendiri. Jadi akulah yang terpaksa mendidik diri aku sendiri.

Aku bukannya tak reti cuma aku ni yang malas.

Oh ya, mama. Apa khabar dia sekarang ya? Kenapa dia langsung tak pernah nak jenguk aku atau tanya khabar aku kat sini? Kalau ya pun dia dah berpisah dengan ayah apa salahnya sekali-sekala tu ambil tau pasal aku. Ini tak dia menghilang macam tu aje. Padahal dialah yang nak sangat tengok aku ambik law dulu. Apa kata kalau aku cuba call dia.

Aku yang tadi terbaring tidak berbaju dan hanya berseluar panjang bangkit dari pembaringan. Sejak dua menjak ni badan aku asyik berpeluh dan rasa panas semacam aje bila tibs waktu malam. Gaya aku dah macam orang lepas baru bersenam.

Telefon yang berada di atas meja aku ambil dan aku dail nombor telefon mama.

Kemudian...

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi sila cuba sebentar lagi."

"Cehh! Minah ni pulak yang gatal dok menjawab. Hisy, aku nak dengar suara mama bukan suara merdu kau ni la," bebel aku sendiri.

Mama ni kenapa tak jawab call aku? Ke dia memang dah tak nak jumpa aku lagi sebab ayah. Aku lepas keluhan panjang. Telefon di tangan aku campak ke atas katil.

Sekarang aku melangkah ke hadapan cermin. Aku tatap muka aku yang tampak lesu semacam. Misai yang nak mula menumbuh balik aku ramas perlahan. Kemudian aku angkat kedua-dua tangan aku ke atas, gaya macam abang-abang sado dekat gim dah. Aku sengih sendiri bila tengok otot aku yang tak berapa nak kekar. Tapi dalam aku sibuk menggayakan diri di depan cermin aku nampaknya lebih tertarik pada urat-urat di lengan kanan aku ni. Apahal la dengan tangan aku ni? Geli pulak aku tengok. Makin hari makin menimbul. Aku rasa tangan aku ni dah macam tangan Goku. Tapi aku ni versi sebelah tangan aje.

Selang beberapa minit aku keluar dari bilik lalu menapak ke dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selang beberapa minit aku keluar dari bilik lalu menapak ke dapur. Peti sejuk aku buka dan aku keluarkan botol air. Cawan yang berada di tepi sinki aku ambil dan aku tuang air tadi. Kemudian aku teguk nikmat walaupun itu sekadar hanyalah air kosong. Lega. Ketika aku hendak menyimpan kembali botol air tadi ke dalam peti telinga aku seolah disapa sesuatu bunyi.

REMEMBERWhere stories live. Discover now