chapter 1

40 4 0
                                    

Hani p.o.v

"HHHHMMMM... bosanlah....

aku mengeluh sorang-sorang lalu merebahkan separuh badan aku di atas katil dan membiarkan kaki aku berjuntai di atas lantai..

aku mengeluarkan iphone aku dari poket seluar jeans yang aku pakai..

aku kemudian memeriksa senarai chat di LINE...

"takkan satu chat pun tak masuk hari ni??"

"haishhh bosan gila... dah laa duduk sorang-sorang kat rumah -_-" L.E pun belum balik kerja lagi..."

selalunya waktu macam ni aku akan keluar lepak ngan kawan-kawan aku sampai lah tgh mlm.. tapi hari ni semuanya sibuk bekerja, nak kumpul duit katenye *_*...

sebab tu lah hari ni aku rasa bosan tahap gaban-_-"

aku rasa tahap kesabaran dlm menahan kebosanan yg melanda aku sudah sampai pada hadnya....

aku menarik jaket kulit hitam yg tersangkut di belakang pintu bilik aku, kemudian aku menyarung kasut sneakers hitam highcut kegemaran aku di hadapan pintu keluar

sebelum aku melangkah keluar.. aku hampir terlupa benda wajib yang perlu aku pakai iaitu kaca mata hitam bagi melengkapkan lgi imej punkers aku^~^

semasa menuruni anak tangga.. aku bertembung dengan tuan rumah..

"alamak hari ni dah masuk hujung bulan, mesti dia nak kutip duit sewa rumah kat aku... sebab tu lah dia nak naik kat atas.. kalau dah kat atas memang dah tak ada rumah lain lagi melainkan rumah yg aku huni bersama L.E.."

aku mula mengomel di dlm hati..

"haaaa.... cik Ha...."

belum sempat tuan rumah menghabiskan ayatnya, aku terus memotong..

"annyeong... selamat petang Puan kim, saya nak keluar sekejap nanti balik saya bayar duit sewa rumah.."

aku terus memecut menuruni anak tangga dan meninggalkan puan kim yang tergagap-gagap memanggil aku dari tingkat atas ..

selepas saja aku sampai ke bawah, aku seperti seorang pengembara yg kehilangan kompas...

aku kehilangan arah tuju..

"arhhhhh ke mana aku nak pergi ni??"

aku merungut sendirian.

aku menoleh ke arah jam di tangan aku...

"dah masuk jam 6 ptg, ada lgi sejam sebelum L.E balik... haa! apa kata klau aku pergi jenguk L.E di tempat kerja dia.. lepas tu bole lah aku ajak dia pergi makan sama-sama..

L.E p.o.v

"haishhh penatnya" aku mengeluh kepenatan..

"tak sangka pula hari ni ramai pelanggan yg dtg ke cafe ni" aku mengomel sendirian..

aku mula memicit-micit lutut aku yg sudah lenguh akibat berdiri terlalu lama di hadapan kaunter..

aku termenung seketika...
tiba-tiba satu susuk tubuh mula menghampiri aku di kaunter..

"yahh.. Hani" aku dengan riak yg teruja melambaikan tangan aku ke arah Hani yg sedang menghampiri aku..

"ishhh kau ni tak payah lah nak lambai aku macam tu.. dah mcm sepuluh tahun tak berjumpa"

dah mula lah tu Hani nak membebel-_-"

aku mengajak hani duduk di meja yang agak terpencil dari kaunter..
nasib baik lah pada masa ni pelanggan tak banyak sangat, jadi boleh lah aku curi tulang sekejap hehe^·^

punkers vs swagerWhere stories live. Discover now