mino p.o.v
selepas selesai sesi membeli belah, aku terus pulang ke rumah dan biarkan seunghoon keluar bersama L.E..
seperti biasa benda pertama yg aku akan buat tiap kali masuk bilik ialah mendaratkan seluruh tubuh aku ke atas katil aku yg empuk..
aku bergolek-golek dari kiri ke kanan, kanan ke kiri sambil melayan perasan bosan yg melanda diri aku buat masa ni..
tiba-tiba laptop yg berada di atas meja belajar menarik pandangan aku..
aku mula teringat tentang usb milik Hani yg aku lupa utk kembalikan.. sebenarnya pura-pura lupa..
aku terus bangun dan menuju ke meja untuk menyambung semula hajat aku yg tidak kesampaian tadi pagi..
tanpa teragak-agak aku terus membuka laptop aku dan memeriksa fail-fail Hani yg terdapat dalam usb itu..
aku membuka satu persatu fail itu .. ada lebih dari seratus fail dlm usb itu
aku membuka fail yg tertulis MUSIC. semua lagu-lagu di dalam fail itu terdiri daripada lagu-lagu kumpulan rock popular seperti ACDC, METALICA, EVENESCENS, AVENGELD SEVENFOLD, IRON MADEN, QUEEN... dan banyak lagi lah.. susah aku nak senaraikan.. dah nama pun budak punkers memang lah layan lagu rock..
aku membuka fail-fail yg seterusnya.. lebih kurang 80% fail itu dipenuhi dgn gambar-gambar hasil tangkapan Hani. jujur aku akui Hani memang berbakat dalam menjadi jurugambar..
aku membuka fail yg terakhir yg tertulis OLD LIFE... melihat tajuknya sahaja sudah menimbulkan seribu pertanyaan di dlm hati aku..
aku membuka fail itu dan tanpa aku sedar wajah aku mula mengukirkan senyuman apabila melihat gambar-gambar Hani yg lebih berlainan dengan Hani sekarang.. mungkin melihat dari gayanya masih lagi sama dgn yg sekarang tapi dari segi penampilannya agak berbeza..
jujur aku katakan Hani nampak sangat comel bila berpakaian seperti perempuan biasa..
"sekejap... kenapa aku mesti nak puji dia pula..? dia kan musuh aku... kalau dah nama musuh tak kira cantik mana pun tetap dianggap musuh..." aku cuba menafikan perasaan aku yg sudah mula sukakan Hani
aku menutup laptop aku dgn kasar sebelum menghempaskan badan di atas katil dan kemudian menutup muka dgn bantal
aku cuba utk pejamkan mata dan abaikan perasaan yg cuba mengganggu aku..
Hani p.o.v
hampir pukul dua belas malam aku masih lagi tak berganjak dari depan tv dan tangan aku pun tak lekang dgn stik game..
telinga aku dapat menangkap pintu rumah aku ditolak..
"mesti L.E dah balik." aku meneka di dlm hati..
aku hanya mengabaikan kepulangan L.E..
tiba-tiba L.E menghulurkan begpack betul-betul di hadapan muka aku...membuatkan jantung aku hampir melompat keluar dan stik game yg aku genggam hampir-hampir aku lontar ke muka L.E..
"kau buat aku terkejut je lah.." aku memarahi L.E dan menepis beg yg menghalang pandangan aku..
"hahahaha..." L.E hanya mampu ketawa..
"dari mana kau dapat beg aku ni..?"
"tadi mino bagi dekat seunghoon jadi seunghoon pas lah dekat aku.."
"ok... gomawo.." aku menjawab ringkas..
"dah lah.. aku nak masuk bilik nak tidur.." L.E terus melangkah masuk ke dlm bilik meninggalkan aku yg masih terpacak di depan tv..
YOU ARE READING
punkers vs swager
Fanfictionpeperangan antara budak punkers (Hani) dan mamat swager(mino) mula tercetus apabila kedua-duanya mengishtiharkan perang... ADAKAH PEPERANGAN INI AKAN BERLARUTAN!! ATAU PEPERANGAN INI BERUBAH KEPADA KISAH PERCINTAAN ANTARA BUDAK SWAG DAN PUNK.??...