Mino p.o.v
"Haisshhh... sakit pula tekak ni" aku mengeluh sambil memegang leher aku.
aku mencampakkan barangan yg aku beli di Halyang mall tadi ke atas sofa sebelum melabuhkan punggung aku di sebelahnya..
aku menyandarkan badan aku ke sofa lalu melelapkan kedua kelopak mata aku yg semakin berat..
seunghoon yg baru saja keluar dari bilik air terus mengambil tempat di sebelah aku
aku yg menyedari kehadiran seunghoon perlahan-lahan mengangkat tangan kanan aku dan.....
"TTUKKK"
"arhhhh... kenapa kau ketuk kepala aku??"
"memang patut pun aku ketuk.. yang kau tinggalkan aku tadi kenapa?" aku mula mengungkit perkara yg berlaku ke atas aku beberapa jam yg lalu
"mianhe.. sebenarnya aku pun tak sengaja nak tinggalkan kau tadi".
"apa maksud kau tak sengaja? cuba kau explain kat aku" aku meletakkan sebelah kaki aku ke atas sofa sambil memusingkan badan aku menghadap ke arah seunghoon ..
"ok cerita dia mcm ni..."
(throwback)
"masa kita nak gerak tadi.. kau cakap kau nak ambil barang tertinggal dekat dlm bilik kau.. jadi aku start lah enjin kereta dulu.. masa aku tunggu kau dekat dlm kereta.. tiba-tiba aku teringat yg hari ni aku ada date dgn L.E.. dah alang-alang aku ada kat dalam kereta jadi aku pun apa lagi pecut lah terus siap drif mcm toreto sampaikan aku terlupa yg kau masih lagi kat dlm rumah.."
(the end)"macam tu lah ceritanya" seunghoon menamatkan ceritanya..
"ishhh...isshh..isshhh.. sebabkan girlfriend kau sanggup tinggalkan kawan kau??"
"kan aku dah cakap tadi aku tak sengaja tinggalkan kau"
"kau nak tahu tak?.. sebab kau tinggalkan aku tadi, aku lalui hari yg teruk dlm hidup aku"
"apa yg teruk sangat tu?" seunghoon memandang aku dengan rasa bersalah..
"cerrr dia mcm ni..."
(throwback)
"lepas ja kau tinggalkan aku tadi... aku pun pergi lah cari teksi.. dah lah teksi susah nak dapat dekat kawasan kita ni..Aku pun jalan dan terus jalan.. tiba-tiba ada sebuah teksi lalu dekat depan aku.. aku pun melambai-lambai lah tangan aku dekat teksi tu.. tapi pemandu tu tak nampak aku...jadi aku pun kejar lah teksi tadi... rupa-rupanya ada sorang yeoja punkers ni dah tahan teksi tu patutlah pemandu tu dia tak layan aku.. Walaupun aku tahu yg yeoja punkers tu dah masuk dulu dekat dalam teksi tapi ada aku kesahh..aku dah tak larat lagi nak jalan jadi aku pun redah je lah masuk dekat dlm teksi tu.. bila aku masuk je dekat dlm teksi tu maka bermulalah perebutan tahta di dlm teksi antara aku dengan yeoja punkers tu... lebih kurang sejam juga lah aku bertekak dengan yeoja punkers tu sampailah perut yeoja tu berbunyi sebab kelaparan agaknya..yeoja tu pun berhenti bertekak dengan aku..malu lah tu.. aku pun kesian juga tengok dia tapi aku tak dapat tahan gelak aku jadi aku pun menghamburkan lah gelak aku sampai muka yeoja tu merah padam.. yeoja tu akhirnya mengaku kalah juga.. dia suruh pemandu tu turun kan dia dekat depan sebuah kedai.. bila teksi tu berhenti je yeoja tu terus blaahhh macam tu je.. yg paling sadisnya bila pemandu tu minta duit tambang adakah patut dia suruh aku yg bayarkan untuk dia...
(the end)"sedih juga cerita kau ni.. tapi aku lagi kesian dekat yeoja tu.. dah lah dia kelaparan, kau pula rebut teksi dari dia, lepas tu bila perut dia berbunyi boleh pula kau gelakkan dia.. kejam betullah kau ni" seunghoon membebel..
"jadi sekarang kau lagi kesian kat yeoja tu lah berbanding kawan baik kau sendiri?? ...
"aku pun kesian juga dekat kau.. tapi kau tu kejam sangat dekat yeoja tu.."
"kalau kau nak tahu, sebab kau lah aku jadi kejam mcm tu.. kalau kau tak tinggalkan aku tadi, aku tak lah lakukan kekejaman dekat yeoja tu.."
L.E p.o.v
aku menoleh ke arah jam di dinding yg sudah menunjukkan jam 10 mlm.
"hmmm.. mana lah Hani pergi sampai sekarang belum balik... dah lah telefon tak angkat" aku duduk di sofa sambil menunggu Hani balik..
mata aku semakin lama semakin terpejam..
"ishhh.. tak boleh jadi ni. Aku tak boleh tidur selagi Hani belum balik"
aku pergi ke dapur untuk membancu secawan kopi bagi mengurangkan rasa mengantuk yg sedang melanda aku..
aku melihat ke arah pergelangan tangan aku yg sedang sibuk membancu kopi.. gelang tangan yg dihadiahkan oleh seunghoon sempena genap sebulan hubungan kami menari-nari di pergelangan tangan kanan aku..
"aku tak sangka seunghoon tu sweet orgnya" aku berbisik sendirian..
"haaa!! berangan lah tu.." teguran itu membuatkan aku terperanjat..
"Hani!!! bila kau balik??"
"Dah lama dah.. "
"aku tak sedar pula kau dah balik!!"
"macam mana kau nak sedar kalau asyik berangan je!!"
"alamak mesti dia dah dengar apa yg aku cakap tadi" hati aku mula berkata-kata..
"dah lah aku nak masuk dulu"
Hani terus melangkah masuk ke dlm biliknya
aku mula berasa risau melihat keadaan Hani yg tak bermaya pada malam ini..
aku menolak pintu bilik Hani yg tidak berkunci itu dengan lembut, lalu perlahan-lahan melabuhkan punggung aku di sebelah Hani yg sedang baring di atas tilam sambil menekup bantal di mukanya..
"Hani!! kau ok tak ni??" aku bertanya kepada Hani
"a..k..u.. o...k"
"haa? apa yg kau cakap ni aku tak faham"
Hani melarikan bantal yg menutupi mukanya supaya suaranya lebih jelas didengari..
"aku cakap.. aku ok, cuma penat sikit"
"kau buat apa sampai kau jadi penat macam ni?"
"kau nak tahu tak...." Hani mula menceritakan apa yg berlaku ke atasnya selepas aku meninggalkan dia di tepi jalan tadi...
"ishh.. kejamnya namja tu" aku menyokong Hani
"kalau aku jumpa namja tu dekat tepi jalan aku akan belasah dia.. berani dia buat kawan baik aku macam tu"..
Hani tersenyum melihat aku yg cuba memberi semangat kepadanya..
tiba-tiba aku rasa bersalah terhadap Hani.
Disebabkan aku menolak keinginan Hani utk makan bersama-sama dengan aku..dia terpaksa menahan kelaparannya dan berebut teksi dengan sorang namja swag.."dah lah.. kau rest lah dulu aku pun dah nak masuk bilik dah ni.."
aku membiarkan Hani berehat..
baru sahaja aku mengangkat punggung aku Hani menarik lengan baju tidur aku dan menyebabkan aku terduduk semula..
"kau nak apa lagi, aku pun dah mengantuk ni besok aku nak kerja" aku mengeluh kepada Hani
"alaa tunggu lah sekejap aku nak bagi kau sesuatu ni." Hani mengeluarkan sampul surat berwarna kuning yg berisi duit dari poket ripped jeans yg dipakainya..
"nah...ambil duit sewa rumah ni, besok pagi masa kau nak pergi kerja kau tolong bagi dengan puan Kim..aku malas nak kacau dia malam-malam ni.. jadi kau je lah bagi dia besok." Hani menghulurkan sampul itu kepada aku...
"ye.. lah tuan puteri.. besok patik uruskan.. sekarang ni patik nak masuk bilik nak tidur" aku terpaksa akur dengan arahan Hani, memandang dia yg bayar sewa rumah..
YOU ARE READING
punkers vs swager
Fanfictionpeperangan antara budak punkers (Hani) dan mamat swager(mino) mula tercetus apabila kedua-duanya mengishtiharkan perang... ADAKAH PEPERANGAN INI AKAN BERLARUTAN!! ATAU PEPERANGAN INI BERUBAH KEPADA KISAH PERCINTAAN ANTARA BUDAK SWAG DAN PUNK.??...