chapter 3

14 2 0
                                    

Hani p.o.v

aku meregangkan badan aku yg kesakitan semasa tidur..

biasalah aku kalau dah tidur mati, badan dah berlipat lapan mcm yoga pun aku tak sedar.., bila dah bangun mula badan sakit sini, sakit situ...

aku menoleh ke arah jam tangan yg sudah berada di tangan aku semalaman..

"sudah jam 10 pagi.... wahh... ini satu record baru ni.., ini first time aku bangun awal macam ni.."aku meraikan kejayaan aku sambil bergolek-golek di atas tilam..

tiba-tiba perut aku berbunyi.. kali ni bukan disebabkan lapar tapi ingin mengeluarkan hajat yg sudah lama terpendam (buang air besar).. aku terus mencapai tuala dan kemudian berlari-lari anak menuju ke bilik air..

selepas selesai membuang hajat dan membersihkan badan..

aku menuju ke dapur lalu membuka peti sejuk.. aku mengambil sekotak susu dan kemudian menuangkannya di dalam gelas kosong yg aku sediakan...

aku menyimpan susu itu kembali.. tiba-tiba mata aku tertarik dengan sekeping nota berwarna pink yg dilekatkan di pintu peti sejuk bersama sekeping kad yg tertulis 'METROPOLITAN'.

aku membaca nota yg tertulis itu..

Dear Hani,
aku tahu kau baru bangun sekarang ni..

"salah.. aku dah lama bangun..." aku membetulkan ayat di dalam nota itu

mesti kau bosan kan? jadi, aku dah carikan kau kerja bagi menghilangkan rasa bosan kau tu..

p/s: sila call nombor yg tertera pada kad

your BFF
L.E

"ishhh.. apa lah dia ni.. tak bincang apa-apa pun dengan aku.. tetiba je dah dapatkan kerja tanpa pengetahuan aku" aku membebel seorang diri..

bila aku fikirkan balik mungkin kali ni aku patut dengar cakap L.E... sebab ini lah satu-satunya cara utk aku bantu dia menampung keperluan dekat rumah ni.. walaupun appa aku kirim duit setiap bulan, tapi duit tu hanya cukup-cukup untuk bayar duit sewa rumah.. segala keperluan dan barangan dapur semua L.E yg uruskan dgn gajinya yg tidak seberapa, mungkin agak sukar juga bagi L.E untuk menampung keperluan rumah seorang diri.. jadi aku kene tolong dia..

selepas aku membuat keputusan.. tanpa membuang masa, aku menelefon nombor yg tertera pada kad itu..

beberapa saat kemudian..

"yeoboseyo" suara seorang wanita mula kedengaran mengangkat panggilan aku..

"yeoboseyo.. boleh saya bercakap dgn......" aku menjawab panggilan itu sambil mata aku tertumpu pada nama pemilik kad itu...

"dengan.....Cik Solji..."

"yaa saya bercakap.. awak ke yg nak minta kerja tu..?"

perempuan itu dapat meneka hajat sebenar aku, sebelum sempat aku memberitahunya..

"yaa saya..." aku menjawab..

"ok baik lah kalau macam tu dtg ke pejabat kami tepat jam 12 tgh hari nti dan jgn lupa tolong bawa camera awak sekali"

"yeh aresso" aku menerima arahan perempuan itu..

punkers vs swagerWhere stories live. Discover now