bab 4

14.8K 664 36
                                    

"Awak.. Awak ke yang kemas beg saya tadi?" Soal Maryam saat melangkah ke dapur.

Tersentak Mikael yang sedang membancuh air milo. Lantas dia berpaling memandang si isteri. Riak wajahnya dikawal, cuba berlagak selamba.

"Yelah, takkan hantu pulak kan." Jawab Mikael ringkas.

"Tapi.. Awak.. Saya.." Ayat Maryam tergantung. Kepala ditunduk, jari kaki dikuis-kuis ke lantai.

"Saya apa?" Soal Mikael serius.

"Saya malu. Awak.. Awak mesti.." Ayatnya tersangkut lagi. Jari jemarinya pula diramas-ramas.

"Mesti apa?" Tubuh dibawa menghampiri isterinya yang menunduk dari tadi. Air milo yang siap dibancuh diletakkan di atas island table.

"Mesti dah nampak, saya punya..." Ayat Maryam terhenti. Kepala pula digaru-garu. Dia tersalah ayat.

Mikael tersenyum senget. Tahu apa yang ingin dicakapkan isterinya.

"Saya punya?" Soal Mikael. Kening dijongket naik.

"Aku tak nampak lagi, kau punya. Ke kau nak tunjuk. Aku okey jer." Sakat Mikael.

"Eh.. Bukan. Bukan.. Awak yang susun pakaian saya kan. Malu lah.. Err... lain kali biar saya buat, susun-susun kemas-kemas tugas isteri lah." Akhirnya lancar juga ayat yang keluar dari mulut Maryam. Mahu tak terkejut, bangun dari tidur tadi dia tengok begnya sudah elok bersandar tepi dinding. Bila dia buka, isi dalam dah tak ada. Kosong.

"Tak pelah. Dah kau letih, aku tolong. Tak jadi masalah pun. Aku bukan suami yang kejam nak dera isteri. Semua kerja nak isteri buat kan." Air milo dituang ke dalam mug dan dicicip perlahan. Masih panas.

"Minumlah air milo ni. Kejap lagi lepas asar, kau siap-siaplah. Lepas tu kita keluar shopping." Beritahu Mikael. Satu lagi mug yang sudah berisi air milo disuakan ke hadapan Maryam.

Teragak-agak Maryam menyambut.

"Err.. Shopping? Nak beli apa?" Sekejap-sekejap matanya dilarikan dari memandang wajah suaminya. Segan bila mata bertentang mata. Jantung mula berubah rentak.

"Beli barang dapur, beli baju kau." Jawab Mikael.

"Baju saya? Nak buat apa? Kan saya dah bawak banyak baju." Pantas Maryam bertanya.

"Baju kau cakap? Umur kau berapa?" Soalan isterinya tidak dijawab sebaliknya dibalas dengan soalan.

"24. Kenapa?" Maryam masih tidak dapat menangkap apa maksud suaminya.

"Haa.. Umur dah 24 tapi pakaian macam budak 14 tahun. Kau ingat selagi kau tu isteri aku, aku tak nak kau pakai baju tidur gambar kartun atau pakaian dalam superhero tu. Tegak bulu roma aku ni." Mikael menunjuk ke arah lengannya, memang benar meremang bulu romanya bila terbayang pakaian si isteri.

Maryam masih menunduk. Tidak selesa bila suaminya menyebut tentang pakaian dalamnya.

"Tapi.. Tapi.. Saya sayang baju tu semua. Itu.. Itu.. Umi yang belikan dulu." Bergenang mata Maryam, tidak sanggup rasanya membuang pakaian yang dibeli arwah uminya.

"Aku tak suruh kau buang, cuma aku tak nak kau pakai depan aku. Faham?"

Maryam membalas dengan anggukan. Terngiang-ngiang di telinga pesan abinya. Dengar cakap suami, jangan ingkar. Nak tak nak dia pasrah sajalah.

"Tercegat apa lagi, cepatlah pergi mandi. Perempuankan biasanya lambat bersiap."

"Saya bukan jenis perempuan macam tu lah." Balas Maryam, mug berisi air milo diletakkan semula ke atas meja. Laju kaki dihayun ke tingkat atas. Geram bendongkol pada suaminya. Tapi dia cepat-cepat beristighfar, tidak baik mengumpat suami sendiri. Itulah syurganya.

Mikael pula tersenyum-senyum, comel melihat wajah si isteri bila masam mencuka.

******

"Jom, kita masuk kedai depan tu." Mikael menarik tangan Maryam ke arah kedai La Senza.

"Eh.. Eh.. Awak.." Maryam mengeraskan badannya, tidak berganjak.

"Awak cakap nak beli barang dapur dulu." Maryam mencipta alasan. Tengok gambar depan kedai yang diajak masuk suaminya pun dia dah gerun.

"No excuses Maryam. Beli baju kau dulu lepas tu baru kita turun bawah, cari barang basah." Tegas suara Mikael. Jari jemari isterinya digenggam dan ditarik.

Maryam mengalah, lemah kakinya melangkah masuk ke dalam kedai pakaian dalam wanita. Macam-macam corak, macam-macam colour. Malu makin menebal, lebih-lebih lagi suaminya di sebelah sudah tersengih miang.

"Yes sir, can I help you?" Tegur seorang pekerja cina di kedai La Senza.

"Hmm.. I want night gown, bra and panties for my lovely wife." Jelas Mikael.

"Kau pakai saiz apa?" Bisik Mikael di telinga Maryam.

"Err.. Errr..." Tergagap-gagap Maryam hendak menjawab. Sudah panas rasa pipinya berbahang malu, nasib baik ada niqab yang melindungi wajahnya.

Mikael mengangkat kening bila lambat menunggu jawapan dari mulut isterinya.

"Err... Saya pilih sendiri lah. Panties free size pun dah okey." Perlahan suara Maryam. Muka ditunduk, kasut mula menguis lantai. Segan berganda-ganda bila melihat senyuman pekerja cina di kedai itu.

Mikael ikut sama memilih, dia di sebelah hanya mengangguk. Setuju dengan semua pilihan suaminya.

Siap memilih bra dan panties, Mikael mula memilih gaun tidur yang agak terdedah pada pandangan matanya.

Cepat-cepat Maryam menarik lengan Mikael menjauh, kepala digeleng-geleng.

"Errr.. Awak.. Perlu ke baju tidur macam tu? Saya tak biasa lah." Lengan Mikael digosok-gosok, memujuk suaminya.

"Tak biasa, kenalah bagi biasa. Takkan duk rumah pun nak bertutup macam ni kan. Macam mana selera aku nak ada." Balas Mikael jujur.

"Tapi yang awak pilih tu seksi sangat kot. Saya segan. Bagilah saya pakai yang baju tidur satin tu je, nanti saya dah biasa awak boleh beli yang seksi-seksi tu." Dalih Maryam. Dengan harapan suaminya akan setuju.

"Hmm.. Macam ni lah. Yang satin tu aku beli, yang seksi tu pun aku beli. Kiranya aku bagi kau tempoh sebulan, bagi biasa dengan baju tidur tu semua. Lepas tu, aku nak tengok kau pakai depan aku. Boleh?" Mikael membuat peejanjian dengan isterinya.

Maryam mengangguk. Terpaksa. Dia sudah tidak tahu mahu mencipta alasan lain. Mungkin selepas ini dia akan biasa dengan semua tu.

Jodoh terindah buat Mikael (sudah terbit) Where stories live. Discover now