"Awak nak makan apa malam ni?" Soal Maryam sebaik selesai mengemas barang basah ke dalam peti ais.
"Ikut kau lah. Yang mana mudah bagi kau. Aku tak cerewet makan." Jawab Mikael sambil mengunyah buah epal.
"Kalau saya goreng nasi je boleh? Pastu goreng ayam. Mudah dan cepat." Maryam menarik kain purdahnya. Menuang air masak ke dalam gelas. Air diteguk perlahan.
"Boleh je. Dah lah, aku naik mandi dulu." Mikael berlari kecil mendaki tangga. Bibir diukir senyuman.
"Jangan lupa pakai baju yang aku dah beli!" Laung Mikael dari atas tangga.
Tangan Maryam yang sedang membasuh ayam terhenti. Terus paip ditutup, tak jadi nak basuh ayam. Mata terkebil-kebil mencerna maksud suaminya.
"Takkan lah nak pakai terus. Jap lagi sudah masaklah. Mandi dulu baru wangi." Ngomel Maryam sendiri. Kerja didapur diteruskan. Beras dicuci dan ditos. Nasi ditanak. Ayam pula digaul garam kunyit. Bawang dikupas dan ditumbuk lumat.
Hampir sejam didapur, Maryam naik ke atas. Badannya sudah berlengas. Tuala diambil dan melangkah ke bilik air. Suaminya sudah ada di bawah, menonton bola. Lelaki dan bola bukannya boleh berpisah.
Diacah-acah baju tidur satin ke badannya di hadapan cermin selepas keluar dari bilik air. Badan pula masih berkemban dengan tuala.
"Nak pakai ke tak? Kalau tak pakai kena marah, kalau pakai..." Kepala digeleng-geleng.
"Malunya.."
Tokk.. Tokk..
"Mar! Kau buat apa lambat sangat ni? Aku dah kebulur tunggu kau." Suara Mikael kedengaran dari luar pintu bilik. Nasib baik tombol pintu dikunci.
"Err.. Kejap. Saya tengah pakai baju." Lincah tangan Maryam memakai pakaian dalam baru dan baju tidur satin berwarna merah garang. Rambutnya yang panjang disikat.
"Cepatlah. Terhegeh-hegeh." Makin tinggi suara suaminya.
Klekk.. Pintu dibuka.
"Hmm.. Maaf awak. Saya lambat." Maryam menundukkan wajahnya. Malu dan segan bila sepasang mata sang suami merenungnya tajam.
"Ehemm.. Tak apa. Dah, pergilah hidang makan. Perut aku tak larat nak bernyanyi dah dari tadi."
Mikael membuntuti langkah isterinya dari belakang. Baju isterinya yang agak melekat ke tubuh ramping itu diperhati. Melihat hayunan pinggul Maryam yang memukau, membuatkan matanya tidak dapat dialihkan dari situ. Kiri.. kanan.. kiri.. kanan..
"Awakk.. Awakk.. Tadi lapar sangat. Ni termenung pulak." Maryam mengawang-gawangkan tangannya di depan muka Mikael.
"Hahh! Err.. Err.. Jap." Tak sedar bila masa dia duduk berhadapan dengan isterinya di meja makan. Seingatnya tadi dia lihat hayunan punggung Maryam.
Kepala tergeleng-geleng, menghapuskan bayangan pinggul Maryam. Mata dihala ke depan, menatap wajah isterinya yang cantik berbaju tidur merah. Walaupun tak seseksi mana tapi imannya sudah bertempiaran lari. Mata menurun ke dada Maryam pula.
Gullppp.. Air liur ditelan kasar. Dada isterinya yang membukit, terus kepalanya teringat saiz Maryam tadi. Spontan bibir mengoyak senyum nakal.
Gullppp.. Lagi sekali air liurnya ditelan.
"Awak! Sihat ke tak? Dari tadi saya tadah tangan. Bacalah doa cepat." Maryam mengeraskan suaranya. Penat menunggu Mikael membacakan doa.
"Hahh! Err.. Sorry.. Sorry.. Bismillahirahminarrahim.." Mikael mula membaca doa makan. Sesudu nasi goreng disuap ke mulut. Sedap, secukup rasa. Ayam goreng pun terasa sedap di tekaknya, walaupun hanya ayam goreng garam kunyit sahaja. Lantas nasi dan ayam goreng dimakan dengan lahap. Sedap sangat.
"Erkk.. Alhamdullilah.." Mikael sudah sendawa kekenyangan. Licin semua nasi goreng yang dimasak Maryam.
'Ini baru sehari aku makan masakan dia, kalau hari-hari confirm gemuk macam kena pam aku ni.' Bisik hati Mikael. Mata memerhati si isterinya yang tangkas membuat kerja di dapur. Membasuh pinggan di singki, mengelap kesan kotoran di atas dapur.
"Kejap lagi teman aku tengok tv." Arah Mikael. Punggung diangkat dari kerusi makan dan kaki diatur menuju ke sofa.
Maryam pelik melihat suaminya. Macam bukan Mikael yang dia kenal. Banyak termenung, senyap. Yang paling ketara makan macam tak jumpa makanan setahun. Entah-entah bela hantu raya kot? Fikiran jahat menular di dalam otak Maryam.
"Astraghfirullahalazim.. Tak baik buruk sangka Yam." Maryam mengingatkan diri sendiri. Lantas dahi ditepuk perlahan. Mahu membuang prasangka negatif. Cawan diambil mahu membancuh air milo untuk suaminya.
Selesai membancuh air milo, dia membawa air milo itu ke ruang tamu di mana suaminya berada.
"Awak.. Nah air milo." Air milo yang masih berasap di letakkan di atas meja kopi depan sofa. Punggung dilabuhkan selang satu kusyen dari suaminya.
"Apasal duk jauh. Sini sikit." Mikael menepuk-nepuk sofa di sebelahnya.
Maryam serba salah, mahu beranjak atau tidak. Perlahan-lahan badannya digerakkan ke arah Mikael.
"Kan cantik kau pakai baju ni. Terang sikit mata aku nak tengok isteri sendiri kan." Mikael memulakan perbualan.
Maryam hanya mengangguk. Tidak tahu mahu menjawab apa.
"Kau tak kisah ke aku layan bola kejap? Nanti kita tukar siaran lain. Ni pun dah nak habis first half." Beritahu Mikael, masih cuba mengajak si isteri berbual.
Maryam mengangguk lagi.
"Kau tak ada mulut ke apa? Anggguk-angguk dari tadi. Macam belatuk dah." Mikael menjeling Maryam yang menunduk dan mula meramas jari jemarinya.
"Kau takut sangat dengan aku kenapa? Aku tak makan oranglah."
"Saya.. Saya.." Kepala didongak sebentar memandang wajah suaminya yang serius.
"Saya? Apa?" Mikael mengangkat kening.
"Saya.. Malu.." Balas Maryam. Jari kakinya dikuis-kuis ke lantai pula.
"Tak habis-habis dengan malu kau tu. Aku tahu cara nak hilangkan malu kau. Kau nak tahu tak?"
Maryam mengangguk. Laju bersetuju.
Mikael tersenyum manis. Badan dirapatkan lagi ke badan isterinya. Dagu si isteri disentuh dan didongak. Mata bertentang mata. Dari mata Maryam yang bundar, turun ke hidung kecil Maryam dan akhirnya mata Mikael jatuh ke bibir Maryam. Bibir yang begitu susah untuk bersuara, apatah lagi tersenyum.
Maryam cuba menolak tangan suaminya yang berada di dagunya tetapi tidak berjaya. Dia mula takut melihat pandangan suaminya yang sudah semacam. Pandangan yang dia rasakan ada maksud tersembunyi.
YOU ARE READING
Jodoh terindah buat Mikael (sudah terbit)
Short StoryMikael kecewa selepas cintanya tak berbalas. Dia hanya bertepuk sebelah tangan. Keputusan dibuat dan dia sanggup menerima perjodohan keluarga. Apa saja yang terbaik bagi uminya, itulah terbaik untuk dirinya juga. Siti Maryam, seorang gadis pemalu ya...