Fate 1

27 3 5
                                    


"Amira,amira... Engkau ni cantik. Tapi sayang, masih single."Kata Nur Amira di hadapan cermin sambil menilik baju kurung yang dipakainya.

Nasib dirinya.. Umur dah 23 tahun, tapi masih single. Mungkin sebab selalu berangan nak perkahwinan yang penuh drama, menjadikan dia seorang "loner".

"Mira! Tolong mak kat dapur ni. Jangan la duduk kat bilik je.. "Kata Puan Salmah dari luar bilik.

"Kejap mak.. Dah siap ni."Kata Amira lalu membuka pintu untuk keluar.

Kelihatan ramai orang sedang bertungkus-lumus di dapur untuk menjayakan kenduri yang diadakan di rumah mereka.

Amira meluru ke arah sepupunya yang sedang memotong buah tembikai. Diambil pisau yang lain lalu turut menolong sepupunya itu.

"Ehh Mira! Ada rupanya kamu.. Mak Kiah baru perasan. Kamu sihat?" Ramah Mak Kiah menegur. Sambil memotong bawang sambil menanyakan khabar anak jirannya itu.

"Alhamdulillah sihat, Mak Kiah. Mak Kiah pula apa khabar, sihat?"Mesra Amira melayan soalan Mak Kiah.

"Mak Kiah macam ni la.. Sihat-sihat orang tua. Kamu tu... Bila nak kahwin? Teringin Mak Kiah nak rasa nasi minyak kamu."Jawab Mak Kiah dengan soalan yang sangat tidak patut ditanyakan kepada Amira yang seorang loner.

'Aduu... Mak Kiah ni kan suka tanya soalan macam ni. Mak Kiah tu bila nak mati pula?'Bisik hati Amira sambil tersenyum sumbing apabila mendapat soalan begitu.

"Emm tak tau lagi la Mak Kiah. Ye la.. Saya ni bukannya tau bila saya akan kahwin, nikah tu semua. Semua tu kan takdir. Allah sahaja yang tau pasal sume tu. Saya pun bukan la tau bila saya,Mak Kiah akan meninggal, betul tak?"Kata Amira dengan senyuman palsu. Puas dapat mengenakan Mak Kiah yang suka menyibuk hal orang itu.

Jawapan itu membuatkan Mak Kiah terdiam lalu menyambung semula kerja memotong bawang yang dilakukannya

'Puas hati aku.'Geram Amira dalam hati.

Tiba-tiba, kedengaran seseorang memanggil namanya di ruang tamu.

Amira pun bergerak ke ruang tamu untuk melihat keadaan yang kecoh.

"Ha,Mira. Ni ada orang nak jumpa kamu ni."Kata Abang Amirul.

Terdapat seorang lelaki yang agak muda sedang duduk di situ.Amira tidak mengenali pemuda itu dan meneka umur lelaki itu dalam lingkungan 20 tahun.

Abang Amirul dan Amira duduk berdekatan dengan lelaki itu. Abang Amirul bertanya akan hajat dia datang ke sini.

Tetapi lelaki itu menjawab dengan berbisik kepada Abang Amirul.Air muka abang Amira berubah apabila mendengar bisikan itu.

"Emm, Amira."Panggil Abang Amirul.

"Ya. Kenapa bang?"Jawab Amira. Dia pelik dengan tingkah laku abangnya.

Abang Amirul tidak menjawab tetapi hanya bangun dari duduknya.

Amira sudah mulai curiga akan situasi yang sedang berlaku.

Tiba-tiba, pemuda itu bergerak mendekati Amira lalu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Dia mengeluarkan sebentuk cincin lalu disuakan pada Amira.

Amira terkejut dan hanya memandang ke arah pemuda itu.

"A-apa sebenarnya yang tengah berlaku ni?"Tergagap Amira melihat cincin itu.

'Adakah dia tengah cuba untuk mela-' Bisik hati Amira sebelum segalanya menjadi gelap.

FateWhere stories live. Discover now