"Saya pergi dulu tau.Jaga diri baik-baik."kata suamiku sebelum melangkah keluar dari rumah. Sempat dia menggosok lembut kepalaku semasa aku menyalaminya.Ya, walaupun suamiku lebih muda beberapa tahun dariku, aku tetap hormat dia sebagai suamiku.
Hari ini, genaplah seminggu kami berkahwin. Kami duduk di rumah sewa aku. Suamiku masih belajar di kolej swasta berdekatan kawasan kediaman kami.
Aku pula mengambil keputusan untuk cuti selama dua minggu. Ingin mengenali dengan lebih mendalam akan suamiku yang misteri ini."Haishh, bosannya! Apa nak buat ni?!" kataku sambil bertukar-tukar kedudukan baringku di atas sofa. Tanganku pula sibuk menukar-nukar siaran televisyen. Tiada rancangan yang menarik perhatianku.
Inilah antara rutin ku sepanjang beberapa hari pulang dari kampung. Almaklumlah, ambil cuti sampai dua minggu. Tulah Mira, nak sangat 'mengenali' suami sendiri. Duduklah dengan kebosanan di rumah berseorangan.
"Nak buat apa ni!!! "Jeritku seperti orang yang histeria. Nasib baiklah dekat rumah seorang je. Kalau ada orang lain, agaknya dah dicop orang gila betul agaknya.
Tiba-tiba, aku rasakan getaran dari telefon ku.
Aku lihat, terdapat whatsapp dari suamiku.
Suamiku 💑
Buat apa tuuuu. Mesti tengah bosan kan? √√
Tak buat pape pun.Haah,pandainya awak.Saya memang tengah bosan pun.Dah macam orang gila ni. √√
Hahahaha😂. Takkan lah boleh jadi orang gila dah. Saya baru tinggal awak beberapa jam.√√
Nak buat cemana. Dah memang bosan. Rasa menyesal pula minta cuti lama-lama. Hm😌.√√
Eh eh janganlah menyesal dulu. Act, saya ada surprise untuk awak😆.√√
Haaa. Apa? √√
Dah nama pun surprise. Mana boleh bagitahu. Hihi.√√
Alo. Dahtu apa saya nak buat ni. √√
Awak boleh tolong saya! Hehe. √√
Tolong apa? √√
Awak kena tolong pack baju saya dan juga baju awak untuk 3 hari 2 malam😉.√√
Ha? Kita nak pergi mana?😌√√
Its a surprise! So, make sure bila saya balik awak dah siap pack baju, kay? √√
Oh okey. I will follow your words, my highness👑√√
Good girl! Jumpa awak petang nanti. 143!√√
Okay! Btw, what is 143?√
"Alaa, dia dah off phone pulak. Hmm. Apa 143 ni eh?" kataku dengan nada kehairanan. Pelik-pelik je la suami aku ni.
"Whateverla. Now, lets go packing! Yahoo!" kataku lalu turun dari sofa dan pergi ke bilik mereka untuk mengemas baju yang disuruh oleh suaminya tadi.
"The last one...... And done! Wuhuuu" kataku setelah siap mengemas baju mereka berdua. Senang hatinya apabila sudah siap mengemas baju.
Aku melihat jam di dinding.
"Baru pukul 2.30. Dia cakap tadi balik pukul 4.00. Hmmm. Lambat lagi." kataku dengan nada kecewa.
Tiba-tiba, aku mendapat akal. Aku mahu memasak sesuatu untuk suamiku. Dapat lah isi kebosanan aku ni.
Aku keluar dari bilik dan menuruni tangga sambil bernyanyi dengan riangnya.
Now the day bleeds into nightfall
And you're not here to get me through it all
I let my guard down and then you pulled the rug
I was getting kinda used to being someone you lovedAku bernyanyi dengan sepenuh perasaan, menghayati makna lirik lagu tersebut. Sampai tertutup mataku, menyanyi dengan penuh penghayatan.
Apabila sampai di tangga yang paling bawah, aku berhenti menyanyi dan membuka mataku.
Hampir terkeluar jantung aku apabila melihat suami ku sedang berdiri sambil melipat tangan ke dada di hadapan ku.
'Eh eh bila masa pula dia balik. Tak perasan pun.' kata hatiku sambil tersenyum plastik kepada suamiku.
"Seronok nyanyi?" kata suamiku dengan senyum sinis.Walaupun senyum sinis, dia tetap kacak di mataku.
"Hehe. Emm, bila awak balik? Kenapa awak balik awal?" kataku tanpa menjawab pertanyaannya. Malu dalam diri ini hanya Allah je yang tahu.
"Tulah awak. Asyik menyanyi je. Manala dengar saya dah balik. Saya dah lama tau balik."
"Hehe. Laaa ye ke." kataku sambil menggaru kepala yang tidak gatal ini.
'Alamak, mesti dia dengar kan aku nyanyi dari mula tadi.'
"By the way, disebabkan saya dah balik rumah. Jomlah. Saya nak tunjuk surprise saya ni."
"Haahla! Surprise... Ha awak apa surprisenya?"
"Adala... Dah jom kita bersiap." kata suamiku lalu berjalan ke arahku untuk naik tangga ke bilik kami.
Sempat dia berhenti di tepi ku lalu berbisik sesuatu."Oh by the way, suara awak sedap lah." lalu dia naik tangga ke bilik.
'Wahh, dia puji aku lah.' bisik hatiku sambil tersenyum lebar. Siapa je yang tak suka bila dipuji kan?
"Yeah!" Jeritku di ruang tamu.
"Awak! Dah kenapa tu?" jerit suamiku dari atas.
'Ehh aku terjerit eh tadi?'
"Em em, tak ada apa-apa la awak! Saya nak naik ni!"
'Awak ni sweetla, Mr Husband.' monologku dalam hati sambil menuju ke bilik kami.
YOU ARE READING
Fate
Short StoryHanya takdir yang menentukan segalanya. Dari permulaan, pertengahan dan juga pengakhiran. Its all about fate.