"We've arrived!" kata suamiku dengan gembiranya apabila selesai memarkir kereta.Perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam lebih itu dirasakan sebentar sangat. Mana taknya, dalam kereta aku tertidur kerana merajuk dengan suamiku.
"Awak." tegur suamiku sambil memandu kereta.
"Apa?"
"Apa beza awak dengan pokok kat luar tu?"
"Hah pokok? Awak jangan merepek boleh tak?"
"Alaaa. Mana ada merepek. Saya tanya je ni. Jawablah."
"Yela, yela. Tak tau. Apa beza nya?"
"Jawapannya................. Tak ada beza!"
"What! So sekarang ni awak nak samakan saya dengan pokok la?!" kata aku dengan geram. Sedap mulut dia je nak samakan aku dengan pokok.
"Haah, awak tu kan dari tadi senyap je... Kan sama dengan pokok yang tak boleh bercakap tu." kata suamiku lalu dengan selambanya mengetawakan aku.
'Sakitnya hati aku....'
"Eeee awak ni kan!" kataku dengan tanda-tanda kemarahan lalu dengan pantasnya tangan aku mencubit sebelah telinga suamiku.
"Auch! Auch! Awak! Sakitlah!Lepaslah." kata suamiku dengan nada kesakitan.
"Padan muka awak. Samakan saya lagi dengan pokok. Ishhhh" kataku apabila telah melepaskan cubitan pada telinga suamiku.
"Sakitlah, awak. Tengok ni,dah merah dah telinga saya."katanya sambil sebelah tangan mengusap-usap telinganya manakala sebelah tangan lagi masih fokus memandu.
"Lagipun, betul lah saya kata. Awak tu dari tadi senyap je. Saya yang rasa keseorangan tau tak?" sambungnya lagi.
"Ouhhh... Keseorangan ye? Awak patut bersyukur tau dapat isteri yang senyap macam ni. Daripada dapat isteri yang 24 jam kerjanya membebel je. Nanti awak juga yang susah kalau saya asyik bercakap je." terangku dengan tanganku yang memeluk tubuh.
"Yela, yela. Saya dah tak cakap macam tu lagi."
"Whatever. Saya malas dah nak layan awak. Lagi baik saya tidur,dari layan perangai awak ni tau."kataku lalu mengiring menghadap tingkap.
"Alaaa... Awak! Temanlah saya memandu ni. Nanti saya bosanlah."katanya sambil mencucuk-cucuk lenganku.
"Tak nak! Siapa suruh cari pasal! Dah! Jangan kacau saya." kataku sambil menolak tangan suamiku.
"Hmm. Yelah. Apalah nasib dapat isteri yang garang cam ni."
"Diamlah!"
Aku terjaga dari tidur apabila suamiku menjerit secara tiba-tiba. Apabila aku membuka mata, perkara pertama yang aku lihat adalah pemandangan laut dan jeti yang dikelilingi oleh feri dan kapal kecil.
"Wah awak! Kenapa kita dekat jeti ni? Kita dekat jeti mana ni?" kataku dengan nada yang teruja.
"Seronoknya dia.... Kita sebenarnya dekat Jeti Kuala Kedah dan kita akan pergi ke Pulau Langkawi!"
"What! Are you serious?!"kataku dengan senyuman yang lebar.
"Yes, my darling. Jom angkat barang dan beli tiket!" kata suamiku lalu membuka pintu kereta dan melangkah keluar pergi ke bonet kereta.
"Jap, dia panggil aku darling ke tadi? Eeee sukanyaaaa."kataku dengan gembira lalu keluar juga dari kereta. Siapa je kan tak suka dipanggil sayang oleh suami sendiri.
Apabila beg pakaian sudah dikeluarkan dari bonet kereta, suamiku mengunci kereta lalu jalan beriringan masuk ke jeti.
Suamiku menyuruh aku duduk dahulu sementara dia pergi membeli tiket feri. Aku duduk di bangku yang disediakan sambil melihat keadaan disekelilingku.
Ada kanak-kanak sedang berlari-lari dengan gembira. Ada ibu bapa yang sedang berbual-bual. Bermacam ragam manusia dapat aku perhatikan di jeti itu.
Tapi, ada satu situasi yang menarik mata aku untuk memerhati dengan lebih lama iaitu pada sepasang suami isteri yang duduk di hadapan aku.
Si suami sedang mengusap perut mengandung isterinya sambil berkata sesuatu. Manakala si isteri hanya melihat perlakuan suaminya dengan senyuman dan kadangkala ketawa tanpa aku tahu sebabnya.
'Bahagianya tengok diaorang ni. Bila lah aku dapat jadi macam tu. Tapi persoalannya bolehkah aku jadi macam mereka?' monolog ku sendiri.
"Awak!"perlakuan ku diganggu oleh suamiku. Entah bila dia selesai membeli tiket pun aku tidak perasan.
"Eh, awak. Dah beli tiket feri dah?"tanyaku.
"Dah. Awak fikir apa tadi?"
"Emm tak ada apa-apa lah. Ha ni bila feri nak sampai?" tanyaku untuk menukar topik. Tidak mahu suamiku bertanya dengan lebih lanjut tentang perlakuan ku tadi.
"Beberapa minit je lagi. Kejap lagi kalau feri dah sampai, mereka akan buat pengumuman."
"Ouh... Macamtu..."
"Emm awak nak apa-apa? Makanan ke? Minuman ke?"
"Emm boleh jugak. Jom! Kita pergi kedai tu!"kataku menunjuk ke satu arah lalu bangun dan berjalan ke arah itu.
Setelah selesai kami berjalan semula ke tempat duduk kami sebelum tiba-tiba satu pengumuman bergema dalam jeti itu.
"Jom! Tu mesti feri kita!" kata suamiku sambil sebelah tangan menarik tanganku dan sebelah lagi menarik beg pakaian.
Aku seperti terpana apabila suamiku memegang tanganku. Jantungku berdegup dengan laju. Tapi aku cuba buang perasaanku dan jalan mengikuti suamiku.
Apabila sampai di depan feri, kami beratur untuk naik ke feri. Suamiku tidak melepaskan pegangan tangan kami. Dia juga menolong aku menaiki feri dengan berhati-hati. Kami masuk dan mencari tempat duduk yang sesuai.
Beberapa minit kemudian, feri mula bertolak meninggalkan jeti untuk ke Pulau Langkawi.
Aku rasa sangat teruja kerana sudah lama tidak menaiki feri. Aku tersenyum melihat keluar tingkap. Aku juga memandang suamiku dan menunjukkan senyuman ku.
Dia juga tersenyum manis melihat aku yang gembira dan teruja.
Pada pertengahan perjalanan, suamiku mengajakku ke luar untuk melihat pemandangan matahari terbenam. Oleh sebab, kami sampai di jeti tadi pada lewat petang, kami akan sampai ke Langkawi pada waktu Maghrib dan berpeluang melihat matahari terbenam.
Kami berdiri di kawasan yang tidak ramai orang. Aku memeluk tubuh ku kerana berasa agak sejuk dengan angin laut dan waktu yang semakin malam.
Suamiku yang perasan akan aku yang kesejukan meletakkan tangannya di bahu aku dan merapatkan badan aku dengan badan dia.
Aku berasa bahagia dengan keadaan kami sekarang ini. Kami hanya diam sambil melihat matahari yang semakin menghilang untuk menggantikan malam.
Sungguh indah dan mengasyikkan melihat ciptaanNya.
Hati aku mengucapkan rasa kagum akan keindahan alam ini.'Ya Allah, engkau berikanlah kami berasa kebahagiaan ini sepanjang hayat kami.'bisik hatiku sambil tersenyum kecil melihat muka suamiku dari sisi.
YOU ARE READING
Fate
Short StoryHanya takdir yang menentukan segalanya. Dari permulaan, pertengahan dan juga pengakhiran. Its all about fate.