Fate 2

18 3 8
                                    


Dibuka mata perlahan-lahan. Dan perkara pertama yang dilihat Amira adalah siling di biliknya.

Amira baru sedar daripada tidurnya atau mungkin dari pengsannya.Lega dia masih boleh membuka mata dan melihat dunia.

'Jap...Aku tadi mimpi kan? Semua tu tak betul kan? Aku belum kahwin kan? Aku tak nak kahwin. Aku tak sedia lagi. Dan...kenapa muka lelaki yang melamar aku tu macam muda sangat, eh?Hmm.....'

Termenung Amira seorangan di dalam biliknya.

"Ya Allah! Amira! Amira dah sedar?"Soalan itu yang pertama sekali ditanyakan apabila Mak Amira masuk ke dalam biliknya.

"Dah. Amira dah sedar,Mak."Jawab Amira dengan senyuman nipis.

"Alhamdulillah.Bagus la kalau macam tu."Senang Puan Salmah dengan senyuman yang agak mencurigakan bagi Amira.

"Emm... Mak... Tadi kan Mira ada mimpi tau. Mira mimpi ada lelaki muda ni nak melamar Mira.Mira tak nak..... Mira tak bersedia lagi....."

Cerita Amira dengan muka sedihnya.

Kelihatan air muka Puan Salmah sudah berubah seperti ada sesuatu yang dirahsiakan olehnya.

"Mak! Kenapa muka mak berubah ni? Ada apa-apa ke yang Mira tak tau?"

Tanya Amira dengan cemas.

"Sebenarnya,yang kamu katakan mimpi itu bukanlah mimpi tetapi realiti. Ada seseorang yang datang melamar kamu semalam."Jujur Puan Salmah.

Dia sendiri pun tidak menjangka perkara sebegini akan berlaku.

"Apa! Mak ni biar betul.Mira tak kenal pun siapa orang tu.Dan muka lelaki itu macam terlalu muda untuk Mira."Mata Amira sudah bergenang dengan air mata.

Ayat yang keluar dari mulut maknya itu seakan menghancurkan hati Amira.

"Kamu bersabar la ye...Mungkin ini ujian untuk kamu.Tapi Mak nasihatkan terima je la ye lamaran tu.Mungkin ini memang takdir Allah.Kita kena terima apa yang ditakdirkan kepada kita."Kata Puan Salmah kepada anaknya itu.

Dia kasihankan Mira tetapi dia juga terfikir bahawa mungkin lelaki itu adalah jodoh Amira.Dengan apa yang berlaku semalam,telah menguatkan lagi firasatnya itu.

"Kenapa Mak.... Kenapa dia....Lelaki tu terlalu muda untuk Mira.Mira tak nak...."

Bercucuran air mata Amira mengenangkan nasib dirinya itu.

Puan Salmah mengusap belakang badan Amira untuk menenangkannya yang sedang menangis.

"Begini la Mira... Mira fikir baik-baik. Mira buat solat istikharah. Mira tenangkan diri. Buat keputusan yang betul. Mungkin Mira boleh bertunang dulu. Kenal hati budi masing-masing.Kalau rasa tidak sesuai, baru kita tolak dengan cara yang baik. Mira fikir ya? Mak keluar dulu." Mak Amira bangun dari duduknya lalu menuju ke pintu.Hanya kedengaran tangisan dari seorang Amira.

Belum sempat Puan Salmah melangkah keluar,pertanyaan Amira telah memberhentikan langkahnya.

"Mak... Umur lelaki tu berapa eh?"Tanya Amira dengan suara seraknya.

"Emm... Umur dia 19 tahun. Mak keluar dulu ye..."Jawab Puan Salmah lalu menutup pintu bilik itu.

'19? Allahu... Bezanya umur aku dengan dia.Kenapa dia  melamar aku? Kenapa aku tak kenal dia? Kenapa semua benda berlaku dengan cepat? Kenapa?' Bisik hati Amira sebelum terlelap kerana penat menangis.

FateWhere stories live. Discover now