"Aku terima nikah Nur Amira Binti Muhamad dengan mas kahwinnya RM500 ringgit tunai."Pertama kali aku mendengar suara lelaki yang kini sudah menjadi suamiku.Cepat? Aku terima dengan hati yang reda. Mungkin ini memang takdir aku.Lagi baik aku terima dengan hati yang terbuka.
Selepas majlis akad nikah di masjid, aku terus pulang ke rumah. Tiada sebarang majlis bersanding kerana permintaan aku.Hanya sekadar majlis doa selamat yang diadakan di rumah aku.
Aku tidak mahu melangsungkan persandingan pada waktu terdekat.Biarlah hati aku reda dahulu, sebelum melakukan persandingan.Perkara sebegini terlalu cepat bagiku.
"Kalau awak nak mandi, gunalah tuala yang kat belakang pintu tu. Saya nak ke dapur, teman Mak."Kataku lalu keluar dari bilikku ataupun sekarang ni sudah digelar sebagai bilik 'kami'.
Aku duduk di meja makan sambil melihat mak yang sedang memotong buah.
"Amira.Mak nak cakap sikit,boleh?".
"Kenapa Mak tanya macam tu pulak? Tanya je lah. Macam tak biasa."Sudah tahu apa yang Mak mahu cakapkan.
"Mak ni bukan apa. Nak nasihatkan Mira.Walaupun kamu berkahwin ni tanpa rasa cinta dan sayang, kamu layanlah suami kamu tu dengan baik, sopan ye?"
"Kamu mesti selalu ingat. Yang syurga kamu di bawah tapak kaki suami kamu. Jangan cakap kasar, layan acuh tak acuh, selalu bermasam muka.Nanti tak masuk syurga tau kalau jadi isteri nusyuz."
"Kalau ada masalah, berbincang elok-elok.Kalau seorang hati tengah panas,seorang lagi mestilah sejukkan. Kamu ingat ye, pesan mak ni." Panjang lebar Mak Salmah menasihati Amira demi menjaga hubungan mereka suami isteri.
Mak Salmah hanya mampu berdoa dari jauh sahaja.
"Baik Mak. Insyaallah Mira akan sentiasa ingat pesan mak. Mak janganlah buat ayat-ayat sedih ni. Nak nangis lah Mira."Kata Mira dengan mata yang sudah berkaca.
"Haiii. Apalah. Mak nasihat je. Takkan tu pun nak sedih."
"Sedihlah. Touching tau."
"Herm. Yelah Mira oi!"
"Assalamualaikum!"Kedengaran orang memberi salam dari luar rumah.
"Waalaikumsalam! Kejap! Siapalah tu agaknya. Mak tengok kejap lah."kata Puan Salmah lalu berlalu ke pintu rumah.
'Hmm.Ada orang datang pulak.'
Aku bangun dari duduk lalu menuju ke tangga. Aku memanjat tangga dengan menundukkan pandangannya.
Sampai ke anak tangga kedua terakhir.Kelihatan ada seseorang di hadapan aku. Aku melihat dan ternyata itu adalah suamiku.
Entah mana silapnya, kaki ku licin dan hendak terjatuh di tangga itu.Tetapi nasib ku baik kerana suamiku sempat memaut pinggangku dari terjatuh.
Kami bertentangan mata buat beberapa saat.
'Lawa juga mata laki aku ni.Jap, kenapa macam hensem je ni. Ishh, mata janganlah macam ni.'
"Ehem. Saya rasa awak dah boleh kot lepaskan saya."
"Oh. Sorry-sorry."kata suamiku sambil melepaskan pautan pada pinggang aku.
"Takpe.Terima kasih awak."kataku dengan senyuman kecil.
"Em. Sama-sama."ucap suamiku sambil membetulkan rambut depannya.
Aku berlalu ke ruang tamu untuk melayan tetamu. Aku sibuk melayan saudara mara yang bertandang ke rumah sehingga tidak perasan hari sudah malam.
Aku masuk ke bilik dan melihat suamiku sedang melihat telefonnya sambil bersandar pada kepala katil.
"Em. Awak tak tidur lagi?"
"Belum."
"Tak ngantuk?"
"Tak."
'Wow. Pendeknya dia balas.'
"Ouhh. Kalau macamtu, saya tidur dulu ye.Selamat malam."kataku lalu baring di atas katil.
"Hmm."Itu sahaja yang aku dengar sebelum berlalu ke alam mimpi.
Keesokkan paginya, aku bangun dahulu sebelum suamiku. Aku kejutnya solat subuh selepas aku selesai mandi. Dan apabila aku selesai solat, aku keluar dari bilik untuk menghirup udara pagi.
Aku duduk di pondok wakaf di tepi rumah sambil melihat pemandangan sebatang sungai kecil. Sungguh aman dan nyaman dapat menenangkan diri di sini.
Aku teringat akan nasib aku kini. Terpaksa berkahwin, dengan orang yang tidak dikenali. Hmm sedihnya hidup aku.
Aku duduk memeluk lutut di pondok, seorang diri. Air mata ku mengalir dengan deras. Entah kenapa aku terlalu emosi pada pagi ini.
Kepala aku letak di lutut. Aku menangis semahunya. Biarlah tangisan ini dapat melepaskan apa yang terbuku dalam hati ini.
Seketika, aku rasa kepala ku diusap seseorang. Sudah tentu suamiku.
"Stay strong please."lalu suamiku menapak naik ke rumah.
'I will try, Mr Husband.'bisik hati Amira berseorangan di pondok wakaf.
YOU ARE READING
Fate
Short StoryHanya takdir yang menentukan segalanya. Dari permulaan, pertengahan dan juga pengakhiran. Its all about fate.