"Aku nak kau ikut je ke mana dia pergi. Jangan sampai dia tercedera kalau tak aku akan buat jasad dan roh kau berpisah. Faham?" Arah seorang lelaki yang agak berumur kepada orang bawahannya."Baik tuan" jawab kedua-dua lelaki berbadan sasa itu.
"Good. Setakat ni ada ape-ape perkembangan pasal dia?" tanya orang tua itu lagi atau lebih dikenali sebagai Tuan Mike.
"Ade tuan. Sekarang dia sudah pulang ke Malaysia" kata salah seorang daripada orang bawahannya yang bernama Syafiq.
"Dan dia berkerja sebagai bodyguard kepada seorang artis.Dia mempunyai motor besar berkuasa tinggi. Setakat ini itu sahaja Tuan" sambung seorang lagi yang bernama Syakir.
"Bagus. Aku nak korang culik dia. Pastikan jangan bagi dia cedera dan pastikan tiada orang nampak perbuatan korang" arah Tuan Mike.
"Baik!" Jawab Syafiq dan Syakir serentak.
•••••
"Mel. Aku rase aku nak balik kampung la. Memandangkan aku start keje next week aku nak jumpa Umi aku. Lagipun semenjak aku balik Malaysia ni aku tak jumpa pon dia lagi. Aku rasa macam tak sedap hati" terang Aira dengan sebak.
"Aku pun rasa macam lame tak jumpa Umi kau. Aku ikut kau boleh tak? Tak sedap hati? Perasaan kau je kot. So, bila kita nak bertolak?" Tanya Mel. Sejujurnya Mel pun berasa tidak sedap hati. Tidak mahu perkara yang buruk terjadi.
"Jap. Arini hari Sabtu. Esok Ahad. And then Isnin aku keje. Ermm...... Kita bertolak besok pagi la" mata Aira sambil mengacau air Milo di dalam mug.
Suasana hening seketika.
Lama.....
"Err.. Aira.. Aku nak tanya kau jangan marah eh?"
"Ishh.. Kau ni belum tanya dah cakap aku nak marah. Apa dia?"
"Kau...percaya tak kalau aku cakap Ayah kau masih hidup?"
"Apa kau cakap ni? Ayah aku dah lama meninggal la! Walaupun aku tak pernah melawat kubur Ayah aku. Tapi aku percaya cakap Umi" suara Aira naik satu noktah. Kecut perut Mel dibuatnya.
"Lek ah sis.. Jangan marah la. Aku just tanya jer. Aku nak kau hati-hati kalau kau keluar. Kat luar tu banyak perkara bahaya. Aku tak nak pape terjadi kat kau. Ermmm.. Kau dah jumpa kembar kau ke?"
"Kau ni nasihat macam mak orang je la. Airis? Tak lagi. Dah puas aku cari" Aira mengeluh kecil.
"Aku just risaukan kau je. Tak pe la. Nanti kau jumpa jugak si Airis tu. Ada hikmah disebalik apa yang terjadi" Mel lantas memeluk Aira.
"Luah kan apa yang terbuku di hati kau selama ini" Aira menangis semahu mahunya dibahu Mel. "Kau la sahabat aku dunia akhirat Mel. Aku sayang kau" balas Aira dengan sedunya.
Maaf Aira.. Aku tak boleh bagitahu hal sebenar.. Nanti kau akan tau sendiri.. Maaf... Aku sayang kau.. Aku tak nak kau terluka... Maaf!!
•••••
Aryan mencari kunci keretanya apabila mendapat panggilan dari mama.
"Aishh.. Mana pulak kunci kereta aku ni. Masa ni pulak la nak hilang. Mama ni pun satu tetiba call suruh orang datang. Nasib kau la Ryan oii" Bebel Aryan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
YOU ARE READING
Miss Bodyguard!
RomanceAira Falisha,seorang gadis yang lembik,nerd,tak ada hala tuju dan mudah dibuli. Aryan Rifqi,seorang lelaki yang kacak,hot,baik dan senang kata semuanya perfect tentang dia. "Aku suka kau" -Aira "Ermm.Sorry aku x boleh terima cinta kau" -Aryan Tapi s...