BAB 4

1.1K 41 2
                                    

Eh, Yaya! Balik dengan siapa pula tu?” Maria menyelak langsir dari dalam rumah apabila mendengar bunyi deruman kereta di hadapan rumahnya. Nik Pasha yang sedang menonton tv memandang mama. Nik Pasha tidak sabar menunggu info dari mama yang masih memerhati Adelia di luar rumah dengan entah siapa. Nik Pasha dalam diam berminat juga nak tahu.

Maria mengecilkan matanya untuk melihat siapa yang menghantar Adelia pulang dari tuisyen. Dari jauh Maria dapat melihat seorang lelaki muda yang berumur lebih kurang 25 tahun atau mungkin lebih umurnya Maria cuma mengagak. Handsome juga orangnya walaupun berkulit sawo matang. Berbual mesra dengan Adelia sebelum Adelia masuk ke dalam rumah. Maria kurang senang melihat keakraban Adelia dengan lelaki itu. Risau impiannya untuk menyatukan Nik Pasha dan Adelia tidak kesampaian. Harapannya tinggi.

“Ada lelaki hantar Yaya pulang. Handsome juga orangnya.” ujar Maria. Nik Pasha dan Nik Airil yang berada di situ mendengar kata-kata mama mereka. Nik Airil yang lincah cepat-cepat pergi ke tempat mama berdiri dan terus menyelak langsir.

“Haahlah..handsome giler!” jerit Nik Airil. Nik Pasha agak tersentak. Hippo macam tu pun ada lelaki berkenan? Buta apa? Cemuh Nik Pasha tak puas hati.

“Shh..Yaya datang!” cepat -cepat Maria dan Nik Airil meluru ke arah sofa dan duduk. Berlagak seperti biasa. Adelia masuk dan duduk di sofa. Dia tersenyum memandang Auntie Maria yang pada pandangannya kelihatan aneh sedikit. Ada hal apa agaknya? Pelik betul dia tengok mereka semua.

“Ada apa, auntie?” soal Adelia bila semua orang memandangnya dengan pandangan semacam.

“Siapa hantar Yaya tadi?” soal Maria pula tanpa menjawab soalan Adelia. Maria curious nak tahu. Teman lelaki Yayakah? Tidak pula Adelia bercerita sebelum ini.

“Oh, yang tu! Cikgu Syam guru tuisyen Yaya. Dia ajar math. Baik orangnya auntie! Selalu tolong Yaya.” jelas Adelia. Wajahnya berseri-seri apabila bercerita tentang guru tuisyennya itu. Riak wajah Adelia membuatkan Nik Pasha tidak senang hati. Tergugat.

“Dah tentu kena tolong namanya dah guru tuisyen.” celah Nik Pasha sinis. Adelia hanya mencemik mendengar kata-kata Nik Pasha.

“Yeah..you're right! Yaya naik atas dululah auntie. Nak mandi.” Adelia meluat dengan perangai setan gondol yang tak habis-habis menyakitkan hatinya. Adelia cuma pandang Nik Pasha sekilas sebelum dia menapak ke tingkat atas. Malas nak melayan. Dia seboleh-bolehnya mahu mengelak dari bertembung dengan Nik Pasha sejak dari kejadian di kamar tidurnya. Adelia tidak mahu dirinya dicop terhegeh-hegeh pula. Tak kuasa!

“Pasha, boleh tak berlembut dengan Yaya? Buka mata Pasha tu! Yaya ada kelebihannya tersendiri. Jangan tolak permata yang dah ada di depan mata Pasha.” nasihat Maria bila melihat anak lelaki bujangnya tidak habis-habis menyakat dan menyakiti hati Adelia. Maria geleng kepala tidak faham dengan sikap anak lelaki sulungnya.

“Apa mama ni? Tak habis-habis nak promote hippo tu kat Pasha. Pasha tak sukalah mama. Tak berkenan! Bukan taste Pasha langsung!” balas Nik Pasha. Dia yakin yang dia langsung tidak menyukai budak gedempol itu. Bulat macam kuih donat. Sorry..

“Sooner or later you will know Pasha! Jangan time, tu Pasha menyesal tak sudah bila Yaya berpaling pada yang lain. Hati perempuan sekali disakiti seribu kali susah nak dilupa.” Maria menepuk bahu Nik Pasha sebelum beredar. Nik Pasha terdiam.

ADELIA termenung di jendela bilik memandang keluar. Hisyam, guru matematik yang handsome terlintas difikiran. Lelaki itu baik orangnya selalu menolongnya di dalam pelajaran matematik dengan sabar walaupun dia begitu payah nak faham. Perasaannya tercuit juga dengan gurunya itu tetapi tidaklah sampai terjatuh hati. Adelia tahu tahapnya sampai mana. Tidak sesuai untuk bercinta pada saat genting seperti sekarang. SPM sudah semakin hampir. Ayah nampaknya berharapan tinggi supaya dia lulus dan membolehkan dia melayakkan dirinya ke menara gading. Jadi, harapan ayah tidak akan disia-siakan. Guru matematiknya itu juga tidak mungkin suka akan dirinya. Tetapi, perhatian guru muda itu selalu tertumpu pada dirinya mungkin kerana dia slow sangat nak faham kut. Ah, jangan perasanlah! Adelia menyedapkan hati.

Di Penghujung Cintaku AdeliaWhere stories live. Discover now