THIS LAST CHAPTER

1.9K 68 5
                                    

THANK YOU SEMUA SUDI BACA NOVEL DI PENGHUJUNG CINTAKU ADELIA..

BERMINAT DGN NOVEL NI.. JGN SUSAH HATI.. NOVEL INI JUGA DIJUAL DLM VERSI EBOOK link di bwh:

https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_2845_Lovenovel-Enterprise/~

HUJAN lagi..

Baru keluar dari wad. Jam menginjak ke angka sepuluh malam. Adelia menjenguk keluar. Hujan lebat di luar sana. Dia membuka payung. Hujan perlu diredah juga. Dah malam sangat nanti sampai ke rumah pasti lewat. Adelia mula melangkah meredah hujan lebat. Sejak akhir-akhir ini,kerap hujan di petang hari sehingga ke malam. Seronok juga cuaca hujan ni. Sejuk..tidur pun lena.

Adelia menyusuri tempat pejalan kaki berbumbung ke tempat parking kereta. Suasana kelam dan sunyi hanya ditemani bunyi hujan. Sewaktu dia melangkah keluar dari tempat pejalan kaki berbumbung. Dia terkejut kerana ada tangan begitu pantas melingkari pinggangnya dan merebut payung di tangan. Hampir menjerit tetapi terus terlopong melihat Nik Pasha dengan wajah serius mendorong dia entah ke mana. Adelia tidak sempat berfikir cuma mengikut langkah Nik Pasha sehingga ke kereta Honda Civic yang berada amat jauh sekali. Biasalah kalau bekerja shif petang masalah parking amatlah kritikal.

Sampai di kereta, tanpa suara Nik Pasha membuka pintu dan terus menghenyak badan Adelia ke dalam kereta. Berdentum bunyi pintu kereta dihempas. Adelia terpinga-pinga. Wajah masam Nik Pasha amat menggerunkan Adelia. Apa hal? Adelia cuak.

“Kenapa ni?” terpaksa juga bertanya. Wajah masam Nik Pasha terpaksa ditentang dengan berani-berani ayam. Mana pepatah dia ceduk pun tak tahu bila gelabah tak hengat. Tengah confused ni!

“Just seat!” sepatah. Enjin dihidupkan. Adelia tertanya-tanya ke mana dia hendak dibawa pergi. Dia menggelabah sambil meraba-raba lock pintu. Baik dia keluar.

“Stay!” badan Adelia disandar paksa. Terhenyak Adelia. Pantas Nik Pasha menarik seat belt di sebelah Adelia. Terkepung dengan tangan sasa Nik Pasha. Adelia menahan nafas agar tidak tersentuh. Perbuatan Nik Pasha terhenti separuh jalan sewaktu menarik seat belt. Kedudukan mereka terlalu rapat. Mata ke mata dan bibir terlalu hampir ke bibir. Hangat panas dari hidung dapat dirasai. Adelia menggeletar. Terus memusingkan kepalanya ke tepi. Terasa pipinya tergesel dengan hidung mancung Nik Pasha ketika menarik habis seat belt dan menguncinya ke sisi. Adelia hampir putus nafas. Semput.

Honda Civic mula keluar dari tempat parking. Adelia resah tidak tahu dia akan dibawa ke mana.

“Ke mana ni?” pertanyaan Adelia tidak dilayan.

Nik Pasha diam seribu bahasa. Adelia berpeluk tubuh dengan kasar. Sengaja berbuat begitu supaya suaminya tahu dia sedang marah. Suka hati nak heret dia ke mana-mana! Ingat dia patung apa? Huh..sebal!

“Nah, pakai baju sejuk ni!” Nik Pasha mencampak baju sejuk berwarna kelabu ke arah Adelia selepas mencari di tempat belakang. Baju sejuk tercampak tepat dimuka, Adelia ambil dengan geram. Suka hati nak campak saja!

“Pakai, sejuk ni.” kata Nik Pasha tanpa memandang muka Adelia. Sebenarnya, Nik Pasha tidak dapat menahan mata melihat lekuk badan Adelia yang basah separuh terkena hujan ketika masuk di dalam kereta tadi. Salah dia juga terlalu berkasar menarik dan menghenyak Adelia ke dalam kereta tanpa melindungi isterinya dari terkena hujan. Geram punya pasal dia tidak sensitif tentang keadaan diri isteri. Rasa bersalah mula menular di dalam diri. Entah kenapa walaupun dia cuba sehabis daya untuk tidak menyakiti hati Adelia tetap juga membuatkan hati isterinya terseksa. Dia tidak dapat mengawal diri jika menyentuh hal Adelia. Perbuatan terzahir dahulu sebelum kepala berfikir. Tidak tahu kenapa?

Adelia bingung. Baju sejuk berhud itu dipakai. Destinasi tidak diketahui. Sewaktu tiba di stesen minyak Shell, Gombak. Adelia menunjukkan wajah hairan plus confused. Sewaktu Nik Pasha mahu keluar membuat pembayaran mengisi minyak Adelia sempat memaut lengan Nik Pasha.

Di Penghujung Cintaku AdeliaWhere stories live. Discover now