BAB 20

1.7K 87 14
                                    

LAST CHAPTER

But.. If you all hit my button vote more and more. I'll give you all sweet2 bonus chapter.. 

Interested? Just hit my publisher box messenger Penerbitan Love Novel..

Ku jejak
Jalan yang berliku
Membara jiwaku
Memburu Impian
Kurenang lautan gelora
Biarpun tersadai
Di hujung dunia
Akan ku tempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri
Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikmu..
Ku mula
Dengan langkah ini
Menuju Sinaran Abadi..

PEMANDUAN lancar tanpa sebarang masalah menghala ke arah Kuala Terengganu. Adelia sempat berangan kononnya dirinya sikit lebih kurang macam Azroy di dalam filemGila-Gila Remaja yang tengah bawa diri. Poyo tak hengat! Hehehe..

Cikgu Hisyam di hadapan dan Kak Amelia di belakang. Masing-masing teruja dengan pengembaraan mereka. Adelia melajukan lagi pemanduannya apabila melihat Cikgu Hisyam mula menjauh. Ceh..saja nak tunjuk lagaklah tu! Adelia mencebik. Nanti..tengok aksi aku pula. Dengan penuh kecekapan Adelia bersedia melajukan lagi pemanduannya. Betul cakap Irfan bila dah tukar macam-macam ni perfomance kesayangannya begitu hebat. Sekali pulas minyak dah ke hadapan dengan kelajuan top speed 200km/jam. Kalau Irfan tahu ni sah-sah kena tarik telinga tak dengar nasihat. Apa barang bawa perlahan di highway macam ni? Kereta pun tak banyak apa  lagi pergi rembatlah Cikgu Hisyam yang eksyen sangat tu. Adelia memecut laju.

Amelia di belakang cuma menggeleng kepala apabila melihat kedua adik-beradik angkat itu bersaing di antara satu sama lain. Macam nak race pula. Amelia cuak takut terjadi apa-apa dengan mereka. Menunggang dengan kelajuan 200km/jam kalau tersilap sedikit boleh membahayakan mereka berdua. Amelia dengan penuh kecekapan juga melajukan jentera modennya cuba menyaingi suami dan adik angkatnya. Tidak sampai beberapa minit Amelia sudah dapat menyaingi Adelia. Nampak saja Amelia seorang yang lemah-lembut tetapi seorang taiko juga di dalam bidang permotoran. Dia berjumpa dengan suaminya sekarang pun kerana motosikal juga. Amelia melambaikan tangannya dua, tiga kali sebagai isyarat mengurangkan kelajuan. Kemudian, melajukan jenteranya mengejar suaminya pula.

Cikgu Hisyam yang melihat isterinya sudah menyainginya menoleh. Tatkala melihat isterinya memberikan isyarat mengurangkan kelajuan. Dia tersengih. Isteri aku ni dah layak jadi marshal dah ni. Desis hati Hisyam.

Akhirnya, mereka bertiga memandu di dalam kelajuan sederhana. Group konvoi mereka merata di highway mengundang pandangan mata orang ramai yang kagum melihat mereka semua bermotosikal berkuasa tinggi.

Setelah berehat di R&R Gambang perjalanan diteruskan. Cuaca nampaknya tidak menyebelahi mereka apabila rintik-rintik hujan mula terasa. Visor helmet Adelia mula dikaburi air hujan. Dari sikit-sikit lama-lama hujan menjadi semakin lebat pula. Nak tak nak mereka semua perlu mencari tempat berlindung. Kawasan yang mereka sedang lalui jauh lagi dari kawasan R&R. Apabila ternampak flyover. Mereka berhenti di situ beramai-beramai. Berkumpul rapat-rapat. Adelia membuka helmetnya. Habis lencun pakaiannya. Walaupun berjaket tebal masih membuatkan dirinya basah kuyup. Tidak semena-mena dia terbersin. Bukan sekali tetapi berkali-kali.

“Aaachumm..” Adelia terbersin lagi.

“Kesian Adel..” Amelia risau jika Adelia jatuh sakit pula nanti. Hujan pula tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti lagi. Mereka semua dah kesejukan. Semua dah kebasahan.

“Meh, sini akak peluk. Biar panas sikit.” Amelia terus memeluk Adelia rapat-rapat. Sayang benar dengan adik angkatnya itu. Hisyam menjeling jealous.

“Abang macam mana pulak, sayang? Sejuk ni..” Hisyam buat muka kesian.

Adelia mencebik. Manja bebenor abang aku seorang ini. Isteri peluk adik sekejap pun nak jealous. Nantilah kalau suami aku datang tunjuk kat dia pulak. Macam dia seorang ada isteri. Aku pun ada suami jugalah..hmm..dalam mimpilah kalau suami kau nak datang Adelia. Sodih..

Di Penghujung Cintaku AdeliaWhere stories live. Discover now